Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan

Khamis, 2 Januari 2020

SELAMAT TAHUN BARU 2020!


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Diharap semua sihat hendaknya ya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua. Ada sesiapa nampak kereta terbang tak pagi ni? Saya setakat ini belum nampak lagi =P

Anak-anak Alhamdulillah semua dah selamat sampai ke sekolah. Mama belum bangun tidur lagi, diorang semua dah siap pakai baju sekolah. Nampak sangat bosannya cuti sekolah kat rumah ya anak-anak!

Anak saya yang paling bongsu pun dah masuk darjah 1 hari ni. Saya cuma hantar ke sekolah pagi ni dan terus pergi kerja. Minta abang-abang tolong tengokkan adik. InshaAllah saya yakin Hadi okay saja. 

Tahun 2019 bagi saya Alhamdulillah, smooth sailing. Syukur atas segala nikmat, tidak lebih dan tidak kurang. Di harap tahun 2020 lebih bermakna dan lebih diberkati dan lebih mendekatkan kita semua pada jalanNya. Amin!


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN

Jumaat, 24 Ogos 2018

Blueblue Playland Ipoh



Image may contain: 2 people, people standing

Alhamdulillah tempoh hari saya, suami dan anak-anak dapat merasai pengalaman bermain di Blueblue Playland (BBP) Ipoh. Lokasinya terletak di No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak.

Image may contain: Masliana Tarmimi, smiling, hat


BBP telah memulakan operasi sejak 30 Jan 2017 dan merupakan taman permainan kanak-kanak yang terbesar di Ipoh dengan keluasan 21,000 kaki persegi. Bangunan 4 tingkatnya menampung akitiviti seisi keluarga dan anak-anak yang berusia 0 hingga 15 tahun. Ya, baby pun boleh main tau.




Tarikan utama BBP ni adalah trampoline park yang diberi nama Master Jump. Anak-anak yang berusia 7 tahun ke atas boleh lah cuba main trampoline park ni. Best!! Setiap hari siap ada free training lagi dari pukul 3-5 petang yang akan dilatih oleh jurulatih profesional. Masa kitorang pergi tu siap ada pertunjukan Ninja!


Selain daripada Master Jump, ada juga arena sukan yang family-oriented seperti gelanggang badminton yang mempunyai size standard Olimpik. Sesiapa yang suka main badminton boleh lah cuba main di court badminton BPP. Kalau nak hantar anak tau sign up diri sendiri dalam Lee Chong Wei Badminton Academy pon boleh. Coachin badminton dan modul latihan adalah inspired dan guided by Datuk Wira Lee Chong Wei tau. Kalau tak nak main badminton, ada juga gelanggang futsal indoor (Master Kick).


Yang menariknya BPP turut menyediakan aktiviti-aktiviti seperti corporate event, lawatan sekolah, lawatan OKU secara percuma, birthday party, aktiviti hujung minggu dan juga pertandingan mewarna. Selari dengan tema BPP iaitu 'Fun, Play and Learn', BPP sangat menekankan kepentingan development anak-anak termasuk fine and gross motor skills, bahasa dan sosial. Anak-anak dapat belajar melalui permainan dan dapat meningkatkan kebolehan melalui aktiviti seperti Messy Art, Creative Art dan lain-lain.

Image may contain: 1 person, smiling

Dekat BBP ni terdapat juga kawasan permainan pasir yang menggunakan biji cassia (perubatan China) untuk meningkatkan body dan sensory play anak-anak. BBP meluaskan lagi cabang pembelajaran melalui permainan dengan memberi fokus kepada idea-idea dan cara pembelajaran yang terbaru.

Image may contain: 4 people, people standing

BPP ni sesuai juga untuk dijadikan sebagai tempat untuk buat team building. Jadi you all bolehlah usulkan kepada management company tempat anda bekerja untuk buat aktiviti kat sini. Barulah boleh meningkatkan lagi semangat setiakawan dan lebih bermotivasi untuk bekerja dengan lebih baik gitu. Hehe.



Untuk yang datang berkeluarga dan bawa anak kecil, jangan risau. BBP menyediakan nursing room untuk ibu menyusukan baby dan bilik rehat untuk ibu dan baby. Kalau bawa banyak barang, nak sewa locker pun boleh. Bayar deposit RM10, nanti masa pulangkan kunci pihak BBO akan pulangkan balik deposit tu.


Sesiapa yang nak buat birthday party atau event kat sana tu, ada disediakan event hall yang boleh memuatkan sehingga 60 orang jemputan. Best ke best? Budak-budak mesti seronok habis ni. Dahlah dapat pergi birthday party, dapat pulak main macam-macam kat dalam tu.

Image may contain: 3 people, people smiling

BBP mengamalkan natural air ventilation yakni pengudaraan secara semulajadi. Lebih mesra alam gitu. Yang penting kita nak bakar kalori kita kat sana, bukan untuk bakar tenaga elektrik!

Bagi ibu-ibu, bapak-bapak, tak perlu risau tentang kebersihan dan juga hygiene sepanjang berada di BBP. Sebab mereka dah engage dengan SD Pro, company yang bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan proses nyahkuman di premis BBP. Mereka menggunakan coating dengan bahan yang unik dan menjanjikan peformance yang baik dan tahan untuk tempoh jangka masa yang lama.


Selain tu pihak BBP juga menyediakan hand sanitizer di 9 stesen, jadi you all dan anak-anak boleh sentiasa sanitize tangan untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit. Kesimpulannya, taman permainan dan trampoline BBP ni adalah selamat, bersih dan berkualiti tinggi.

Bagi kita yang beragama Islam juga jangan risau. Ada ruang solat yang bersih dan selesa untuk kita solat di sana. Sejadah dan telekung bersih pun ada tau. InshaAllah bolehlah beribadat dengan selesa walaupun sambil beriadah bersama keluarga kan.


So, berminat tak nak bawa anak-anak pergi jenguk Blueblue Playland ni? Ada pakej promosi kombo yang disediakan dan BPP juga menawarkan harga promosi istimewa pada hari bekerja. Untuk pertanyaan lebih lanjut bolehlah intai-intai Facebook page, Instagram ataupun terus call BBP. 




Waktu operasi: Selasa-Ahad, 10 pagi hingga 8 malam.


Lokasi: Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak. 



Silalah datang dan kongsikan keriangan bersama Blueblue Playland ya!



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Ahad, 6 Mei 2018

TIPS AJAR ANAK BERBELANJA



Assalamualaikum semua.

Sedar tak sedar kita dah pun masuk bulan 5 tahun 2018. Pantas masa berlalu kan. Entry blog nak dapat sebulan satu pun susah. Apa nak jadi ni Cik Siti? Okay abaikan.

Hari ni saya nak share tentang tips ajar anak-anak berbelanja. Saya pun bukanlah pandai sangat bidang kewangan mahupun parenting. Sekadar kongsi pengalaman. Kepada sesiapa yang tak mengenali diri saya, saya ibu kepada 3 orang anak lelaki. Anak saya umur 9, 7 dan 5 tahun. Setakat ini lah ye hehe. 

Mak-mak (dan ayah) di luar sana pernah tak alami situasi anak mengamuk berguling-guling kat kedai minta dibelikan barang? Atau nampak anak orang lain yang menangis kat kaunter kedai, lebih-lebih lagi kedai mainan? Atau dengar mak-mak marah anak yang tak habis-habis nak beli gula-gula? Saya rasa ini situasi yang biasa kita nampak. Atau orang putih kata common gitu.


Saya Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi anak-anak saya mengamuk kat kedai sebab tak dibelikan barang yang diorang nak. Jadi tak ada masalah lah kalau bawa anak-anak pergi kedai dengan poket yang limited pun he he he.. Apa cara yang saya gunakan untuk meminimumkan drama dalam kehidupan bersama anak-anak ni?

Teruskan membaca tips ajar anak-anak berbelanja (atau tidak berbelanja haha) di bawah.
1. SET MINDA ANAK-ANAK. Biasanya sebelum masuk ke kedai, saya akan pastikan saya terangkan siap-siap tujuan datang ke kedai, apa barang yang nak dibeli. Jika cuma nak beli groceries, cakap pada mereka cuma nak beli barang sekian sekian, selain dari itu kita tak akan beli. Minta tolong anak-anak tolong cari sama-sama barang yang nak dibeli to keep them occupied. Mereka akan rasa lebih seronok dan dapat belajar kenal nama-nama barang.
2.   BERI PENERANGAN. Mungkin cara di atas sukar berkesan lagi-lagi kalau kita baru nak practice. Anak-anak masih belum faham, itu biasa. Kita cuba terangkan dengan sabar, dan kena bari mereka masa. Terangkan kenapa tak boleh beli. Selalu saya cakap je duit yang mama bawa cuma cukup untuk beli barang sekian-sekian. Tapi kalau tiba-tiba nanti anak tanya kuat-kuat mama cukup duit ke tak sampai satu kedai boleh dengar, bertabahlah he he he. 
3.     BERI PELUANG PILIH DAN BAYAR SENDIRI. Jika hari tu adalah memang hari berbelanja untuk anak-anak, saya biarkan mereka pilih barang sendiri. Tentulah dah set limitation siap-siap berapa barang seorang boleh beli dan direct ke arah range harga yang saya nak he he. Tapi pastikan anda punya banyak masa untuk menunggu diorang shopping. Mau seharian kena tunggu kat kedai tu haha. Cuma ingat, ini adalah proses pembelajaran, dan sabarlah menunggu hihi.
4.     PERCAYA. Percaya pada anak-anak. Sekali sekala minta mereka tolong belikan barang. You will be surprise how much responsible they are ready for. Ia akan membantu anak-anak menjadi lebih berani, bertanggungjawab dan amanah. Dan mintalah bantuan padaNya dalam mendidik anak kerana Dialah sebaik-baik penolong dan penjaga.


Semoga bermanfaat!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 29 Mac 2018

Kes Buli di Kalangan Kanak-kanak Sekolah

Salam semua,

Saya pagi-pagi ni dah rasa panas hati. Kesnya duit anak saya sering diambil oleh kawan dia di sekolah. Duit yang saya bagi untuk beli baju sukan pula tu. Herm. Sekarang saya masih memikirkan cara yang terbaik untuk tackle masalah ni. Saya ingat petang ni nak pergi ke sekolah anak untuk menyiasat. 


Mengingatkan kembali zaman saya bersekolah rendah dulu. Di sekolah saya memang ada budak kembar yang suka sangat membuli. Selalunya dia baling batu, kacau, selak skirt dan macam-macam lagi. Memang saya trauma sangat dengan budak-budak tu masa tu. Bila beritahu tahu cikgu, cikgu buat tak tau saja. Bila beritahu nenek (masa tu saya tinggal dengan nenek), nenek saya cuma kata kalau dia pukul pergilah pukul dia balik. Buat apa balik menangis kat rumah T_T Arwah nenek memang ganas orangnya hehe.

Bagi saya kes buli kita kena tengok dari segala aspek. Tak boleh juga nak salahkan pembuli semata-mata. Dalam masa yang sama, kena didik anak supaya tak terlibat dalam aktiviti membuli. Perlu juga ajar anak dengan survival skill untuk elak daripada dibuli. Ibu bapa memang kena mainkan peranan yang penting. Cuba dengar cerita anak-anak supaya kita dapat kesan dengan cepat sebarang perubahan emosi pada anak. Saya pun masih banyak kena belajar dan memperbaiki diri sebagai ibu.

Kawan-kawan kat sini ada pengalaman dengan kes buli?





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 3 Julai 2017

Simpan Duit Raya Di Mana?

Salam semua,

Masih beraya lagi ke? Saya dah sedikit sebanyak rasa macam nak habis beraya dah haha..

Hari ni saya nak kongsikan kan sikit cerita tentang duit raya. Masa saya kecik-kecik dulu, kalau dapat duit raya RM1 tu macam Ya Allah besar rahmat sangat dah. 50 sen pun dah happy sangat. Saya kat kampung jarang berjalan kutip duit raya. Selalunya dapat duit raya dari orang yang datang beraya kat rumah. Rasanya paling banyak pernah dapat dalam RM60 macam tu kot.

Image result for duit raya

Awak semua dulu buat apa dengan duit raya? Selalunya saya simpan dalam tabung. Tapi tak sempat masukkan dalam bank pun. Selalu saya guna buat beli barang dapur ke, biskut ke, beras ke. Maklumlah orang susah kan. Daripada membazir beli mainan, baik beli barang makan. Betul tau saya dulu dengan arwah nenek, tahap kesempitan hidup tu memang sampai tak boleh nak makan. Kenangan betul. Alhamdulillah saya membesar juga dengan sihat dan jadi orang hehe.






Bila sendiri dah ada anak pula, awal-awal tu saya yang excited kumpul duit raya anak haha. Sekarang dah cool down dah. Tapi still kebanyakan duit raya diorang saya pegang. Tapi belum kira pun lagi, semua campak masuk handbag. Kami selalunya duit raya anak masukkan dalam akaun Tabung Haji. Ada juga ibu bapa yang masukkan duit raya anak dalam bank. tak kisahlah mana-mana asalkan tak membazir begitu sahaja.

Satu lagi sebenarnya kalau anak anda pemegang polisi takaful dengan PruBSN contohnya, boleh juga simpan dalam dana takaful. Saya nak kongsi mengenai anak saudara saya. Dia ada medical card Prudential sejak kecil lagi, sekarang dah darjah 4. Selain medical card, mak dia letak juga saving RM80 sebulan. Baru-baru ni diorang keluarkan duit simpanan dari dana Prudential tu untuk pindahkan ke tempat lain, ada RM20,000 tau. 

So siapa yang ada polisi tu cuba-cubalah tanya ejen, kalau nak tambah simpanan dengan PruBSN. Minimum RM10 je. Memang nampak sikit, tapi kalau dilaburkan dalam masa 10, 20 tahun at least ada jugak sejumlah wang yang boleh diguna pakai untuk tujuan pendidikan atau selainnya nanti.

Berminat nak tau pasal takaful/insurans untuk anak, boleh hubungi saya. Thanks for reading!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 20 Februari 2017

Salam Takziah

Salam semua,

Lama saya tak bersiaran. Kesian dekat blog ni terbiar tanpa kasih-sayang secukupnya..

Sekarang ni tak perlu baca surat khabar untuk ikuti perkembangan semasa. Cukup dengan skrol FB pun dah boleh tau macam-macam berita. Tak kisahlah berita yang kita nak dengar atau tak, berita yang sahih malah yang tak sahih pun tak kurang lambakannya dalam FB. Tak cukup dengan itu, ada pula yang copy paste lalu dijaja pula di group Whatsapp kan. Mudahnya dunia sekarang..

Kita dikejukan dengan berita sekumpulan kanak-kanak yang dirempuh kereta ketika berbasikal beberapa hari sudah. Pertama sekali, setinggi-tinggi ucapan takziah buat keluarga mangsa. Semoga syurga tempat mereka. Bagi yang cedera, semoga cepat diberi kesembuhan dan kelak boleh berbakti buat kedua ibu bapa.

Selepas itu, galak pula dengan kecaman dari pelbagai pihak yang menghukum ibu-bapa mangsa. Wallahualam. Tiada kata yang dapat saya ungkapan kerana sungguh saya tak tau apa situasi sebenarnya. Bacaan dan pengetahuan saya sebagai orang luar amat terbatas adanya.

Apapun pada saya, kes ini biarlah kita jadikan sempadan. Sungguh ini ujian buat mereka dan ujian juga buat kita. Ambillah pengajaran yang mana boleh kita ambil. Sebagai ibu-bapa, sebagai masyarakat.

Sedang saya juga punya 3 orang anak lelaki yang makin lama makin membesar. Selagi mampu sebagai ibu kita cuba sedaya upaya agar anak kita menjadi orang berguna. Supaya tidak bergaul dengan dengan yang tak sepatutnya. Perjalanan mereka masih jauh. Perjalanan saya sebagai ibu juga masih jauh.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. InshaAllah. Amin..

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 27 Disember 2016

Cuti Sekolah 2016

Salam semua,

Apa macam cuti 3 hari? Baik ke? Semoga bik-baik semua dan dapat dimanfaatkan bersama keluarga tersayang.

Macam mana pula program cuti sekolah? Saya tak ada ke mana pun lagi. Hari tu pergi rumah mak kat Shah Alam je. Nasib baik kat sana ada kolam dapatlah budak-budak2 tu berseronok bermandi-manda. Nak kata pergi holiday tu belum lagi lah.

Semalam pula kami open table kat depan rumah je. Ajak anak-anak saudara datang. Open table kat porch rumah tu, bawak keluar dapur dengan tong gas. Lepas tu kami masak burger, sosej n fries ala2 buat BBQ. Ketiau goreng pun ada. Settle.

Alhamdulillah it was good. Budak-budak semua pun happy. Dah macam pusat asuhan kanak-kanak jadinya rumah saya semalam.

[Photo]




Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 30 Ogos 2016

Kes Buli Atau Gurauan Melampau Di Sekolah

Salam semua,

Okay saya ada 2 minit saja untuk update blog. Hari ni nak ulas (ewaaah!) berkenaan kes buli yang banyak sangat terjadi sekarang. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga pelajar tingkatan 3 yang jatuh dari bangunan sekolah semalam. It's such a sad news indeed. Sedih sebab arwah cuba tolong ambilkan beg kawan dia yang disorokkan. Tak silap saya hari tu pun kes yang lebih kurang sama di mana ada pelajar jatuh semasa nak ambil kotak pensel dekat atas alang gimnasium ke dewan tu kan.

Sebagai ibu, saya sangat tersentuh. Yang sudah pergi, memang dah tertulis ajal mautnya. Semoga syurga tempat mereka. Masalah sekarang, kalau kita ni ditempat ibu bapa yang membuli. Apalah perasaan agaknya ya. Tak nafikan mungkin juga mereka ni bukannya berniat nak membuli sampai memudaratkan, mungkin sekadar suka-suka. Tapi dalam tak sedar tindakan mereka tu dah melampau sampai boleh mengundang maut pula pada rakan-rakan.

Sebagai ibu saya sangat sangat concern. Minta sangat-sangat dijauhkan anak-anak kita dari menjadi mangsa buli, dan dari menjadi yang membuli atau yang melampaui batas. Amin ya Rabb..

Pada saya, kes buli atau gurauan melampau ni bukan sekarang baru timbul. Dari zaman saya sekolah lagi dah ada. Saya pun pernah kena buli. Sampai sekarang saya masih ingat tekanan dari segi emosi tu MasyaAllah. Dan saya yakin benda ni dari dulu lagi dah ada. Tengok saja dalam filem P. Ramlee pun ada kan adegan buli membuli di kalangan anak-anak.

Cuma mungkin sekarang liputan media semakin meluas dibantu pula dengan internet, FB, Whatsapp dan sebagainya. Jadi satu satu berita tu cepat je tersebar. Yes there are a whole lot more cases than what we know actually. Sama juga macam kes gangguan seksual kanak-kanak. (Okay ni topik lain, next time baru ulas huhu)

Whatever it is, setiap yang berlaku adalah pengajaran pada kita. Walaupun tak berlaku pada kita atau keluarga kita, tapi pasti ada sebab kenapa Allah nak kita tahu satu-satu kejadian yang jadi. Supaya kita ambik iktibar. Supaya kita lebih berhati-hati. Supaya kita jaga anak-anak kita. Dan saya pasti kita sepatutnya bukan setakat boleh menghentam mana-mana pihak, atau sekadar mengulas (macam saya ni lah kononnya mengulas je hehe) tanpa gaji, tapi sebenarnya pasti ada sesuatu yang boleh kita buat untuk menambahbaikkan keadaan within our limitation. Sekadar yang kita mampu.

Jadi pembaca yang saya sayangi sekalian, apa yang boleh anda buat untuk mengurangkan ataupun menghalang kes buli dari berlaku di sekolah? Saya ulang soalan. Anda ye bukan kerajaan, bukan pihak sekolah, bukan ibu bapa, bukan polis ke bomba ke adun ke bukan. You. Yes You. Tak kiralah apa status anda dalam masyarakat, apa yang anda boleh buat? Boleh kongsikan di ruangan komen. 

Okay dah lebih 2 minit. Terima kasih kerana membaca ye!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 17 Ogos 2016

Dos Ubat Demam Untuk Kanak-kanak


Salam semua,

Saya ada satu Whatsapp group kawan-kawan satu batch sekolah menengah ni. Memandangkan sekolah tu semua perempuan makanya ahli-ahli dalam group tu pun semua perempuan lah kan. Yang satu tika dulu kami sama-sama membuat onar di sekolah masing-masing dengan pelbagai perangai, sekarang hampir semuanya dah jadi mak-mak orang. Selain daripada topik tudung, barang make up, perkembangan anak-anak, topik kesihatan anak juga antara yang paling hot dalam group kami. Lagi pula dalam tu ada ramai doktor dengan ahli farmasi kan, makin galaklah kami mendapatkan consultation free dalam tu he he he.

Soalan paling hangat yang biasa dia tanya adalah, berapa ml nak bagi ubat demam pada anak? Then minta tolong doktor ataupun pharmacist tolong kira. Jadi kelmarin saya cadangkan apa kata kalau kita buat satu jadual dos ubat demam ikut berat badan anak, lepas tu kita buat sebagai group punya profile picture hehe. Alih-alih semalam ada kawan pharmacyst tolong bagi formula dan cara kira dos yang betul. Jadi saya terus key in saja dalam Excel maka terhasillah ia. 





PCM 120mg/5ml selalunya yang warna merah, PCM 250mg/5ml selalunya warna oren, kalau tak silap sayalah.Kena tengok label pada packaging ubat betul-betul ya. Betul ke abang kakak farmasis sekalian? Dos minimum, dos maksimum tu faham kan? Contoh kalau anak kita berat 10 kg, dan ubat PCM yang kita nak beri yang 120mg/5ml, kita kena bagi paling kurang 4.2ml untuk ubat tu berkesan. Tapi jangan lebih dari 6.3ml. So any figure between that should be ok. Ini sebegai rujukan tau. Kalau demam berlarutan atau terdapat juga symptom lain, eloklah dibawa ke klinik cepat ya. Sekarang ni bahaya macam-macam penyakit berjangkit yang timbul.  

Yang penting kena yakin, yang mengurniakan kesihatan, kesakitan dan kesembuhan hanya Allah jua. Akhir kata saya doakan anak-anak kita semua sihat sentiasa dibawah lindunganNya hendaknya. Buat ibu-ibu (dan bapa juga) bertabahlah dalam menjaga anak-anak yang demam atau tak sihat, inshaAllah besar pahalanya. Semoga anak kita menjadi anak yang ingat pengorbanan ibu-bapa dan sentiasa mendoakan kita kelak. Kita pun haruslah sentiasa mendoakan ibu-bapa kita juga kan. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 18 Julai 2016

Difteria dan Peranan Ibu Bapa

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian kanak-kanak disebabkan virus difteria. Dasyat virus ni kan. Walaupun saya memang ada ambil vaksin untuk anak-anak mengikut  seperti yang disarankan kerajaan, tapi masih tak tau lanjut berkenaan virus-virus ni. Yalah dah kerajaan suruh ambil, kita pun ambil saja, tak ada nak kaji selanjutnya. Mungkin dengan terjadinya kes kali ni, ramai yang sedar dan membuka mata bahawa penyakit-penyakit ni benar-benar wujud malah sungguh berbahaya! Manakan tidak, cuma beberapa hari jangkitan boleh menyebabkan maut lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak.

Apa itu Difteria? 


Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan[5] kerana DPT (Diphtheria–PertussisTetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan. Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Difteria


Peranan kita sebagai ibu bapa


Ada yang mengatakan timbulnya kembali virus-virus sebegini kerana adanya gerakan antivirus yang enggan memvaksin anak-anak mereka. Malah sampai bergaduh-gaduh di laman sosial antara yang pro dan anti-vaksin ini. Susah nak cakapkan. Yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sebolehnya sebagai ibu, kita pastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak kita, dalam masa yang sama seharusnya kita ambil kira keselamatan dan kesihatan anak-anak orang lain juga. 

Ini tak semestinya tertakluk kepada difteria saja, malah apa jua penyakit, sebolehnya kita kena elakkan membawa anak-anak ke tempat awam bila anak kita kurang sihat. Kasihan pada anak kita tak dapat cukup rehat, dan kasihan juga pada anak orang lain yang mungkin akan mendapat jangkitan daripada anak kita. Bagi anak yang masih bayi, walaupun sihat kurangkanlah dedahan kepada tempat, sebab antibodi mereka masih lemah maka senang terkena jangkitan.

Lagi satu amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Seeloknya ajar anak-anak untuk sentiasa mencuci tangan. Selain daripada yang biasa kita amalkan sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas keluar tandas, ajar juga anak-anak untuk basuh tangan bila sampai ke rumah bila pulang dari sekolah atau dari mana-mana luar rumah.

Pada saya makanan juga memainkan peranan penting dalam isu kesihatan anak-anak. Kalau dapat terapkan pada anak-anak untuk amalkan pemakan sunnah, itu sudah terbaik. Sekiranya tak dapat mungkin perlu dimulakan dengan pastikan anak-anak makan makanan yang sihat dan bernutrisi. Tak dinafikan dengan tuntutan hidup zaman sekarang, kita terkadang terpaksa ambil jalan mudah dengan makan makanan segera atau beli saja dari luar. Saya pun selalu rasa bersalah dalam hal ini. Tapi sedikit demi sedikit marilah kita ubah.

Yang paling penting sentiasa pantau kesihatan anak-anak. Kalau anak demam berlarutan, janganlah teragak-agak untuk bawa jumpa doktor. Lebih-lebih lagi bayi di bawah umur 2 tahun. Saya biasanya kalau anak-anak demam bila waktu malam, saya dapat agak mesti ada jangkitan kuman. Biasanya saya akan jumpa doktor untuk ambil antibiotik walaupun ubat demam ada banyak di rumah.

Sentiasalah berdoa pohon pada Allah untuk mengurniakan kesihatan dan keselamatan untuk anak-anak kita. Sesungguhnya Dia saja yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan segala sesuatu itu amat mudah bagiNya. Dan berlapang dada lah. Ada masanya sakit datang sebagai sebab Allah nak kita ingat padaNya. Wallahualam..

Dapatkan perlindungan Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com 012-2961984 / 012-7645998


Khamis, 7 Mei 2015

PAEDOPHELIA DI KALANGAN KITA

Salam semua,
Hari ni topik agak berat. Pasti ramai yang tau kan berkenaan student kita yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara di UK sebab menyimpan, mengeluarkan dan mungkin mengedarkan bahan-bahan pornografi yang melibatkan kanak-kanak tu?
My comment: That news is such a very very very poor thing to hear.
Saya takmau judge, takmau kecam takmau apa. Saya cuma harap dia insaf dan pulih. Well they say paedophelia is an disorder condition. Hopefully there is a cure for it.
What I want to stress here is, this is actually not really a new thing. Bukan masalah orang zaman sekarang sahaja. Mereka ni (pesalahlaku seksual terhadap kanak-kanak) sebenarnya dari dulu-dulu lagi memang dah ada. Cuma maybe low exposure saja so kita tak tau. Most cases went unreported kerana pelbagai stigma. Mangsa ketakutan, tak bagitau pada sesiapa. Ahli keluarga malu pada masyarakat, jadi tak report.
The saddest part, pesalahlaku atau pendera seksual ni selalunya dari kalangan orang yang terdekat dengan mangsa. Yes! Orang yang dipercayai mangsa, orang yang provide for the family, orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan mangsa. Harapkan pagar...
Yes they are among us. Eyeing on our child..
Memang boleh stress kalau fikirkan kasihan dekat anak-anak kecil yang menjadi mangsa ni kan. Kasihan dekat mangsa, benci dan geram dekat pemangsa. But surely there is nothing much we can do to change those bad people.
So our part is to be responsible for those around us, within our circle. Hindari anak kita daripada terexpose menjadi mangsa mahupun pemangsa. Build a really strong relantionship with our kids, be alert for any behaviour changes and of course didikan agama yang mencukupi. Bercakap pasal didikan agama, it is actually a very broad subject. And yes not really an easy thing to do. Yang penting usaha, doa yang berpanjangan. Outcome nya tawakkal saja pada Allah.
May Allah make it easy for us as parents. May Allah protect us all. Amin..

Khamis, 13 November 2014

Sindrom anak kedua

Assalamualaikum=)

Saya ada baca satu artikel yang sangat menarik kat doktorbudak.com. A very nice one. You can read the full article here.

Right there written in the article, that is exactly how my 2nd child, Mohd Haris (anak yang soleh) is behaving!! Sekarang umur 3 tahun. Abang yang sulung Haikal, 5 tahun. Adik dia Hadi 1 tahun.

"According to Adler the second or middle child often have sense of not belonging, they fight to receive attention from parents and they feel insecure easily. The middle child or second child lacks drive and actually looks for direction from the first child. They tend to go with the flow of things. Adler also describes them as a natural mediator and is usually the peacemaker in the family. They would have many friends due to their easygoing nature and is loyal to their friends. The child may have even temper or take it or leave attitude. Adler believes that the middle child feels squeezed out of a position of privilege and significance. As such they are compelled internally to find peace within the family."
Exactly..lebih kesian lagi Haris, umur dia around 2 tahun, sudah dapat lagi adik pula. So you see, attention kami kat dia boleh kata memang kurang. And I can see he is very very independent. Kalau rasa mengantuk nak tidur, dia masuk je dalam bilik tidur sorang-sorang. Kadang-kadang rasa sedih pula, masuk-masuk bilik dia dah tertidur. Lagi-lagi kalau dia minta buatkan susu tapi saya tak sempat buatkan dia dah tidur. I can feel a pang in my heart T__T

Anyway as a mother I am trying my very best to love them equally. Now that Hadi pun dah besar and not such a baby anymore, saya cuba spend masa dan perhatian untuk Haris dan Haikal juga=) I may not be the best mother, but I am all u've got. So bear with me yer kiddos hehe.

Anyway semalam saya sembang dengan Haris dalam bilik air..

Me: Kenapa Haris asik poo jer?

Haris: Yelah sebab Haris makan nasik banyak sangat kat sekolah. Lepas tu makan banyak sangat dekat rumah.

Me: Kenapa Haris makan banyak?

Haris: Yelah sebab Haris nak jadi besar macam mama dengan abah.

Me: Oo yeke..Haris nak jadi besar nak buat apa?

Haris: Nak kejelah.

Me: Haris nak kerja kat mana?

Haris: erm..nak kerja kat KL! (amboi hang Haris, bukan main nak keje kat KL yer nak glamour saja)

Me: Oooooo Haris nak kerja nak beli apa?

Haris: Beli kete Mater..

Me: Haaa beli Mater? Haris nak p mana bawak kete Mater?

Haris: P jalan-jalan lah.

Me: Oooo mama boleh ikut tak?

Haris: Boleh!

Me: Kita nak jalan-jalan p mana?

Haris: P jalan-jalan tengok Mater.....

@_______________________@

Sabaq je lah. Hahahaha..

Kereta idaman Haris -______-;
Maklumlah bila main role play, abang Haikal je yang dapat jadi hero Mcqueen. Haris jadilah watak sampingan je..but he's very loyal and even proud of it hehe..way to go Haris! Buruk tak semestinya tak bagus kan=)

Selasa, 8 Julai 2014

Tips breastfeeding di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Eceyh beriya jer macam nak share tips. Sikit je sharing, kawan saya yang bagitau ni. Kawan kepada kawan saya yang share tips untuk maintain milk supply semasa berpuasa..

Sewaktu sahur, ambil:

- whole meal

- 11 biji kurma

- 1.5-2 liter air putih

Huhu banyaknya kurma tu..saya makan kurma setakat mampu je. Ada tu 5 bijik, ada tu 3 bijik, kdg2 sebijik. Depends larat tahan manis ke tak dengan cukup masa ke tak hehe. Air pun setakat mampu tapi sehabis boleh minum banyak2 lah..
Baby Hadi pun dah setahun lebih. Sehari menyusu 8 oz jer kat nursery. Saya berazam nak bf sampai cukup 2 tahun inshaAllah. Apatah lagi dia kan allergic susu lembu. Then kitorang discover dia allergic telur juga. Sama macam abang Haikal. Esok ni appointment dia p ambik injection vaccine 1 tahun kat Hospital Bukit Mertajam, tanah tumpah darah saya melahirkan dia hehe. Kenapa kena ambik kat hospital? Sebab takut jadi bronchospasm. Ha nanti saya sambunglah.
Later inshaAllah saya share prosedur ambik vaccine untuk baby yg ada allergic ya. Selamat 10 Ramadhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...