Sekejap je kan dah bulan Ramadhan balik. Macam mana puasa so far? Harapnya semua baik-baik sahaja. Saya ni bukanlah siapa siapa, tapi sebagai kakak sedikit sebanyak yang saya nak pesan sempena bulan Ramdhan yang mulia ni..
- Rebut peluang beribadat, berdoa banyak-banyak dan jadikan Ramadhan kali ni sebagai titik tolak kita ke arah insan yang lebih baik. Mula-mula memang susah tapi kena lawan juga rasa susah tu. Sebenarnya rintangan tu datang dari minda kita sendiri.
- Ikhlaskan hati dalam menunaikan tuntutan kewajipan, bukan setakat dalam berpuasa dan solat, malah dalam melakukan kerja-kerja seharian di pejabat dan rumah. InshaAllah manisnya lebih terasa.
- Jaga kesihatan diri. Berpada-pada sewaktu berbuka dan makan masa malam hari tu. Biasa kita memang teruja nak berbuka banyak makan kuih dan minuman manis-manis. Beringatlah, walau siang berpuasa, pengambilan makanan masih perlu di kawal.
- Hati-hati beli makanan di bazar takut terbeli yang sudah kurang elok. Perlu lebih perhatian dan belek jika nak beli kuih yang bersantan, berinti kelapa, taugeh. Bahan-bahan ni cepat basi. Pastikan rasa dulu makanan sebelum bagi anak kecil makan. Nanti kesian anak sakit perut.
- Kawal perbelanjaan. Elakkan pembaziran. Perut kita kecik saja. Jangan borong semua makanan kat bazar.
- Minum air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Ini lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa. Pantaulah selalu keadaan mereka. Jangan terlalu memaksa diorang berpuasa di luar kemampuan, takut nanti beri kesan pada kesihatan anak kecil.
- Senyum banyak-banyak, semurah sedekah yang tak perlukan duit ringgit. InshaAllah boleh bantu kita lebih tenang dan kurang melatah dalam melalui liku-liku hari kita penat berpuasa.
- Sabar. Banyak-banyak sabar.
- Jaga keselamatan di jalan raya. Tolonglah jangan sengaja langgar lampu merah atau mencilok atau hon sana sini. Refer no 7, sabar..
- Jaga keselamatan di rumah juga. Pastikan gas sentiasa di tutup lepas memasak. Alert pastikan tak lupa lauk pauk yang dipanaskan kat dapur. Banyak kes kebakaran dalam bulan puasa terjadi. Minta dijauhkan.
- Jangan main mercun yang berbahaya. Pantau anak-anak sekalian okay. Sayang tau, tangan sekali hancur bukan boleh tumbuh balik dah.
- Eratkan silaturrahim sesama keluarga. Berkumpul jangan ingat makan saja walaupun ya memang makan pun agenda utama he he.
Sekian saja dari saya. Semoga di Ramadhan kali ini kita boleh jadi insan yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Semua ni peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Semoga istiqomah okay. Assalamualaikum.
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Terima kasih atas tips yg diberikan tu...
BalasPadamSama2 kasih..
Padam