Selasa, 28 Januari 2020

DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM 50%!


Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar Januari 2020 pun sudah hampir ke penghujungnya.

Bagaimana dengan perlaksanaan azam baru anda semua? Sudah mula mengejar target atau belum?

Azam saya tahun ini adalah untuk menumpukan lebih perhatian terhadap kesihatan fizikal, mental dan rohani diri untuk diri sendiri dan anak-anak. InshaAllah.

Bab azam ini inshaAllah saya akan tulis dalam entri yang lain.

Hari ini saya nak kongsikan tentang diskaun saman trafik PDRM yang boleh dibayar secara online sejak 18 Januari 2020 dan akan berakhir pada 1 Febuari 2020.

Tempoh diskaun berbaki beberapa hari saja lagi.

Rebutlah peluang ini untuk membayar saman-saman anda yang tertunggak itu.

Saya sudah. Anda bila lagi hehe. Tunaikanlah kewajipan kita sebagai rakyat yang berhemah sambil berjimat =P

Pembayaran online boleh dibuat melalui MyEG dan Rilek.com.my.

Layarilah laman sesawang mereka dan mendaftar sekiranya anda masih belum mendaftar.

Daftar akaun MyEG di SINI.

Boleh terus semak jumlah saman dan bayar melalui FPX, lebih mudah.

Mudah sangat sangat berbanding bayar secara manual ya kawan-kawan.

Teringat kisah silam semasa membayar saman di kaunter yang dikelolakan oleh PDRM dan MBI Ipoh.

Beratur lebih 5 jam dalam panas terik ya ampun. Tak akan ku ulang lagi.

Jadi tunggu apa lagi. Bayarlah sekarang!


Image result for saman myeg
Sumber gambar : jomurusduit.com


Akhir kata, sepatutnya tanggungjawab kita adalah memandu secara berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan ya kawan-kawan.

Demi keselamatan bersama dan InshaAllah tak akan kena saman!

Semoga bermanfaat!

p/s: Terima kasih PDRM=)


PUBLIC MUTUAL
PRUBSN TAKAFUL
KELAS/ PENTERJEMAHAN BAHASA JEPUN
YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PRODUCTS

7 ulasan:

  1. Sy baru cek dah xde la diskaun saman tu kt myeg atau rilek.. final amount dah kembali ke asal.. kata smpai 1hb. Hmmm

    BalasPadam
  2. ada satu lagi saman belum jelas. terima kasih ingatkan nak kena daftar myeg juga la

    BalasPadam
  3. Mana ada dapat diskaun kalau guna online. Sama je kah kah kah

    BalasPadam
  4. Mohon maaf kepada yang tidak sempat. Mungkin mereka tamatkan lebih awal. Saya menyampaikan mengikut info yang diberikan sahaja.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Sis Siti Sharini, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...