Memaparkan catatan dengan label kelas bahasa jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelas bahasa jepun. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2020

IPOH-FUKUOKA TWIN CITIES - PENTERJEMAH BAHASA


Assalamulaikum,

Bersama InvestPerak dan Delegasi dari Fukuoka City Council



FOKUS NYA! 

Sekitar awal Disember 2019 saya dan suami diberi peluang untuk menjadi penterjemah bahasa Jepun-Melayu-Inggeris untuk program Bandaraya Berkembar Ipoh-Fukuoka di bawah anjuran Majlis Bandaraya Ipoh sempena sambutan yang ke-30 program tersebut. Secara keseluruhan, Alhamdulillah satu pengalaman yang baik dan bermakna buat saya. 

Di kesempatan itu dapatlah saya pun masuk dan melihat tempat DUN bersidang, pejabat Yang Di Pertua Dewan dan beberapa tempat di dalam bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Selama ni hanya lalu sahaja. 

Terima kasih kepada MBI kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk turut serta menyumbang dalam menjayakan program tersebut. Kami berharap agar program ini dapat diteruskan dan lebih maju di masa hadapan.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan program tersebut, bolehlah lawati laman sesawang MBI ya. Jika organisasi anda memerlukan khidmat penterjamah, boleh hubungi kami di nombor di bawah.  Sekian dulu=)


PUBLIC MUTUAL/ YOUNG LIVING EO 
PRUBSN TAKAFUL/KELAS BAHASA JEPUN 012-7645998 (HAFIDZ)

Isnin, 11 November 2019

DEMAM 11.11


Assalamualaikum semua,

Harap semua sihat sejahtera hendaknya ya. Saya masih mengalami selsema dan batuk, setelah demam hampir 2 minggu. Ya Allah.. bila dah lama tak sakit, sekali sakit yang teruk. Rasa macam hilang kesabaran Astagfirullahal'azim. Walhal selama ini Allah bagi nikmat sihat, kurang rasa syukurnya. Maka benarlah sihat itu nikmat. Moga kita lebih bersyukur dan berusaha menjaga kesihatan diri. Bila tak sihat, mula lah mood pun tiada, semangat pun hilang. Ya Allah berdosanya. Padahal orang lain yang sakit lagi teruk masih boleh sentiasa senyum malah memberi inspirasi kepada orang lain. Sungguh lemahnya saya!

Jadi anda semua pun jagalah kesihatan ya. Makan yang seimbang, banyakkan minum air putih, kurangkan pengambilan gula. Bersenam jangan lupa ya. Saya pun dah lama tak bersenam ni. 

Hari ni saya cuma nak update secara ringkas. Maklumlah blog ini sudah lama terbengkalai. Dari aspek kerja di pejabat, Alhamdulillah. Saya masih berusaha belajar dan belajar. Semangat tu biasalah kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Masih berusaha untuk menyiapkan laporan lapangan untuk kompetensi Buangan Terjadual. Untuk pengolahan efluen, Alhamdulillah saya dah dapat kompetensi penuh pada bulan April tempoh hari. Perancangan tahun depan nak ikuti latihan Safety nad Health Officer pula. Doakan!

Kelas Bahasa Jepun Alhamdulillah masih berlangsung. Sekarang kami ada 2 sesi iaitu hari Ahad pukul 10:30 AM dan Rabu malam pukul 8:30 PM. Pelajar ada yang datang dan pergi kerana kekangan dan komitmen masing-masing. Tetapi ada beberapa orang yang setia bersama kami dari awal penubuhan kelas tempoh hari. Semoga ilmu yang diturunkan mendatangkan manfaat ya. Kami juga menyediakan kelas untuk staf-staf Majlis Bandaraya Ipoh, 3 hari seminggu. Dijadualkan silibus akan habis pada penghujung tahun ni inshaAllah. 

Saya juga masih aktif sebagai ejen unit trust bersama Public Mutual. Nak kata aktif sangat tu tidaklah. Maklumlah kekangan kerja. Kena pandai agihkan masa yang bagi saya sampai sekarang masih belum pandai lagi he he he. Segala urusan insurans Prudential dan Prudential BSN Takaful sekarang di ambil alih oleh suami saya. Tapi klien saya masih boleh berurusan dengan kami seperti biasa ya. 

Anak-anak Alhamdulillah. Semua pun baru baik demam. Nasib baik sudah habis peperiksaan semua. Keputusan peperiksaan yang abang so so Alhamdulillah. Padanlah dengan saya pun tak memantau secara terperinci sangat. (Jangan ikut macam saya). Tetapi tahun depan, saya pun kena usaha untuk lebih pantau kerja-kerja sekolah anak-anak. Abang Haikal tahun depan sudah masuk darjah 5, Haris darjah 3, Hadi darjah 1. Secara rasminya semua anak-anak saya bersekolah rendah tahun depan ya. jadi mama tak bolehlah nak perasan muda lagi.

Akhir sekali, berbalik kepada tajuk posting saya hari ini. 11 November merupakan hari jualan besar-besaran platform e-commerce ya. Lazada siap buat konsert lagi semalam. Mungkin ramai yang teruja, apa pun pesanan saya, berbelanjalah secara berhemah. Benda diskaun tak bermakna kita kena beli. Bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam, kalau perlu baru beli ya. Okay, selamat membeli-belah!


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN
siti.sharini@gmail.com

Dapatkan tudung sekolah untuk anak-anak dengan menekan link di bawah ya.

Isnin, 1 Julai 2019

KELAS BAHASA JEPUN IPOH STATION 18


Assalamualaikum semua.

Anda semua masih beraya ke tu? Sedar tak sedar, Syawal pun semakin hampir melabuhkan tirainya. Saya doakan anda semua melalui Ramdhan dan Syawal dengan penuh keberkatatan dan kebaikan tahun ini. Mudah-mudahan bertemu lagi kita dengan Ramdhan yang akan datang. Insha'Allah.

Lama saya tak menulis dalam blog ini. Alhamdulillah kehidupan berjalan dengan baik dengan limpah rahmatNya. Tidaklah mewah tapi cukuplah membahagiakan. Sesungguhnya bahagia itu letaknya pada hati. Saya pun masih belajar dan terus belajar bagaimana untuk sentiasa bahagia walau sesekali uijan datang melanda. Kata orang ujian itu datang kerana kasih sayang Allah pada kita, supaya kita sentiasa ingat padaNya. 

Kali ini izinkanlah saya beritahu sedikit perkembangan kelas Bahasa Jepun yang saya dan suami kendalikan bertempat di Station 18, Ipoh (deret Mee Rebus Ramli). Alhamdulillah permintaan meningkat. Setakat ini kami kendalikan 2 sesi kelas iaitu pada hari Ahad pukul 8:30 pagi dan sesi kedua pada pukul 10:30 pagi. Target waktu kelas adalah sejam, seminggu sekali. Cuma kebiasaannya akan drag juga masa dalam setengah jam.

Siti Sensei. Peace :))



Sedikit penerangan mengenai kelas kami.. Kelas fokus kepada pertuturan bagi potential pelajar ataupun profesional untuk berinteraksi dalam bahasa Jepun. Pelajar yang ada sekarang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang baru habis belajar sekolah menengah, ada yang sedang bekerja, ada juga pelajar-pelajar yang menunggu kemasukan UPU. Alhamdulillah pelajar-pelajar pun semua yangb baik-baik, comel-comel belaka hihi.


Kelas pukul 10:30 pagi tu adalah kelas batch pertama. Silibus mereka sudah agak advanced, minggu depan kami akan upgrade ke buku teks yang kedua. Kelas 8:30 pagi merupakan batch kedua, dan silibus masih di peringkat awal. Kami juga sedang membuka pengambilan untuk batch ketiga. Kelas dijangkakan akan dibuat pada sebelah malam hari Rabu, pukul 8:30 malam setiap minggu. Jika ada yang berminat, boleh hubungi kami nanti ya.

Suka juga untuk saya kongsikan minggu lepas saya hadir ke satu mesyuarat pemegang saham, bertugas sebagai penterjemah bahasa Jepun-Inggeris. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan dilancarkan pertuturan. Malam sebelum pergi tu "kinchou' (nervous) juga sampai tak boleh tidur! Sepanjang 4 tahun bekerja dengan syarikat sekarang ni sebenarnya setiap tahun paling kurang 2-3 kali saya hadir mesyuarat tu. Setiap kali tu jugalah nervous sebab orang yang saya nak jumpa tu semua berpangkat tinggi dan termasuk orang Eropah. Tapi Alhamdulillah sekarang dah kurang nervous dah hehe. Yang pasti saya pun kena teruskan belajar dan belajar lagi. Barulah yakin untuk mengajar pula kan. Doa-doakanlah ya.

Baiklah setakat ini dahulu tulisan saya untuk hari ini. Doumo arigatou ne=)



PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN 012-2961984 (SITI) 
PRUBSN TAKAFUL 012-7645998 (HAFIDZ)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...