Assalamualaikum semua.
Bulan lepas ada tour company minta tolong saya untuk jadi translator dan guide pelancong dari Jepun. Memandangkan jadual saya pun mengizinkan, saya pun bersetuju. Cuma kelas bahasa Jepun pada hari Ahad tu, suami saya yang cover kan untuk saya.
Program perjalanan dua hari Sabtu dan Ahad merangkumi Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh. Antara tempat yang kami pergi adalah:
- Pulau Orang Utan, Bukit Merah.
- Kuala Sepetang
- Muzium Taiping
- Taman Tasik Taiping
- Kilang Kopi Anton, Taiping
- Kawasan Istana dan Masjid Kuala Kangsar
- Stesen Keretapi Ipoh
- Concubine Road
- Han Chin Pet Soo Museum (Muzium Lombong Bijih Timah)
- Pamelo Garden (Limau Bali)
- Gua Kek Lok Tong
Memang satu pengalaman baru buat saya. Saya sendiri yang excited sebab ada tempat-tempat tu saya sendiri tak pernah pergi. Hehe. Alhamdulillah urusan pun dipermudahkan. Orang-orang Jepun yang datang tu pun baik-baik semua.
Sedikit update berkenaan kelas Bahasa Jepun. Pengambilan untuk batch kedua sedang berlangsung. Kelas akan mula 7hb April, Ahad 8:30 pagi. Siapa nak datang preview esok percuma ya. Contact nombor di bawah ya.
Banyak kelebihan bila kita boleh bertutur bahasa asing ni. Best tau. Mungkin saya akan ceritakan lagi nanti ya.
Terima kasih kerana membaca blog saya!
Waahhh..jadi tour guide tuuu.. Alhamdulillah.. kelebihan boleh bebahasa asing ni kan..banyak manfaat
BalasPadamCuba pengalaman baru:)
PadamWah, mesti orang Jepun tu suka sebab depa faham apa yang diterangkan
BalasPadamAlhamdulillah semua happy:)
Padambanyak juga tempat2 menarik diterjah tu kak.. ada gak banyak yang cheq tak sampai gi wakakaka..
BalasPadamsaya yg orang malaysia ni pun banyak lagi tempat2 tu yg x pernah sampai.. hehehe
BalasPadamhai there! i'm blogwalking here^^
BalasPadam