Hari ni saya rasa nak cerita sedikit sebanyak tentang diri saya. Macam ta'ruf gitu. Maklumlah lama tak update blog kan. Mana-mana yang kenal sikit-sikit tu, bolehlah kita refresh balik sambil merapatkan silaturrahim ewah.
Dari mana saya nak mula ya? Saya buat ringkasan sajalah saya rasa. Saya berasal dari sebuah kampung di Terengganu, dibesarkan di sana sehingga tamat darjah 6. Mula dari tingkatan 1 saya mula berkelana ke Johor Bahru, tinggal di asrama. Tamat sekolah, saya masuk ke Matriks Tangkak sekejap. Alhamdulillah dapat tawaran MARA untuk mengikuti program persediaan ke Jepun di KYPM Bangi selama 2 tahun.
Tahun 2002, saya berangkat ke Jepun menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia selama 3 tahun. Setelah grad, saya bekerja pula di sebuah syarikat di Jepun juga selama setahun. Selepas tu sambung lagi pelajaran buat Sarjana dalam kursus yang sama.
Dalam tahun pertama Sarjana, saya mendirikan rumahtangga. Kehidupan di Jepun sebagai pelajar, isteri dan ibu. Selepas anak sulung berusia setahun lebih, kami pulang ke tanah air.
Pekerjaan pertama saya di Malaysia adalah sebagai Jurutera teknikal di sebuah kilang di Penang. Tahun yang sama saya mula bekerja, saya mendaftar sebagai ejen insurans di bawah syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful sebagai ejen takaful separuh masa.
Dalam 2 tahun yang lepas, suami saya pula mengikut jejak sebagai ejen takaful sepenuh masa dan kami berhijrah ke Ipoh. Saya pula mula bekerja di sebuah kilang di Batu Gajah, Perak dan dalam masa yang sama masih juga menjalankan bisnes takaful bersama suami.
Kalau diikutkan perjalanan saya yang boleh dikatakan banyak berhijrah ke sana sini, pengalaman tu sedikit sebanyak ada lah juga. Sepanjang saya memulakan karier, rasanya berpuluh-puluh sesi temuduga saya pernah hadir. Temuduga biasiswa, kemasukan ke universiti, kerja di syarikat Jepun dan Malaysia, temuduga jawatan pensyarah, temuduga kerja part-time dan macam-macam lagi lah. Mungkin lain kali saya boleh share sikit pengalaman yang tak seberapa ni.
Kini saya ibu kepada 3 orang anak lelaki. Kebanyakan masa selain bekerja dihabiskan dengan memasak untuk keluarga dan biasalah jaga perihal keluarga walaupun dengan serba kekurangan hehe. Saya suka macro photography, membaca dan cuba exercise bila ada masa terluang. Membaca tu, erm kalau baca FB kira membaca juga kan hehe. Taklah, saya memang suka baca buku. Tapi tulah, kena baiki lagi pengurusan masa..
Begitulah sedikit sebanyak tentang diri saya. Saya harap entry ini sebagai titik tolak kepada saya ubtuk aktif berblog semula. Harapan saya juga untuk kongsikan pengalaman yang ada dan meningkatkan kesedaran ramai mengenai takaful dan pengurusan kewangan.
Sekian, terima kasih kerana membaca coretan yang tak seberapa ni!
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Salam kenal sis...
BalasPadamSalam Sheila..yoroshiku ne.
PadamSalam Siti.
BalasPadamAkk pun dah tak aktif berblog
Wslm..Jom kak kita aktif balik~~
Padamsalam kenal! hihi..
BalasPadamHai Timm!
PadamHye.. salam kenal..
BalasPadam