Alhamdulillah tempoh hari saya, suami dan anak-anak dapat merasai pengalaman bermain di Blueblue Playland (BBP) Ipoh. Lokasinya terletak di No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak.
BBP telah memulakan operasi sejak 30 Jan 2017 dan merupakan taman permainan kanak-kanak yang terbesar di Ipoh dengan keluasan 21,000 kaki persegi. Bangunan 4 tingkatnya menampung akitiviti seisi keluarga dan anak-anak yang berusia 0 hingga 15 tahun. Ya, baby pun boleh main tau.
Tarikan utama BBP ni adalah trampoline park yang diberi nama Master Jump. Anak-anak yang berusia 7 tahun ke atas boleh lah cuba main trampoline park ni. Best!! Setiap hari siap ada free training lagi dari pukul 3-5 petang yang akan dilatih oleh jurulatih profesional. Masa kitorang pergi tu siap ada pertunjukan Ninja!
Selain daripada Master Jump, ada juga arena sukan yang family-oriented seperti gelanggang badminton yang mempunyai size standard Olimpik. Sesiapa yang suka main badminton boleh lah cuba main di court badminton BPP. Kalau nak hantar anak tau sign up diri sendiri dalam Lee Chong Wei Badminton Academy pon boleh. Coachin badminton dan modul latihan adalah inspired dan guided by Datuk Wira Lee Chong Wei tau. Kalau tak nak main badminton, ada juga gelanggang futsal indoor (Master Kick).
Yang menariknya BPP turut menyediakan aktiviti-aktiviti seperti corporate event, lawatan sekolah, lawatan OKU secara percuma, birthday party, aktiviti hujung minggu dan juga pertandingan mewarna. Selari dengan tema BPP iaitu 'Fun, Play and Learn', BPP sangat menekankan kepentingan development anak-anak termasuk fine and gross motor skills, bahasa dan sosial. Anak-anak dapat belajar melalui permainan dan dapat meningkatkan kebolehan melalui aktiviti seperti Messy Art, Creative Art dan lain-lain.
Dekat BBP ni terdapat juga kawasan permainan pasir yang menggunakan biji cassia (perubatan China) untuk meningkatkan body dan sensory play anak-anak. BBP meluaskan lagi cabang pembelajaran melalui permainan dengan memberi fokus kepada idea-idea dan cara pembelajaran yang terbaru.
BPP ni sesuai juga untuk dijadikan sebagai tempat untuk buat team building. Jadi you all bolehlah usulkan kepada management company tempat anda bekerja untuk buat aktiviti kat sini. Barulah boleh meningkatkan lagi semangat setiakawan dan lebih bermotivasi untuk bekerja dengan lebih baik gitu. Hehe.
Untuk yang datang berkeluarga dan bawa anak kecil, jangan risau. BBP menyediakan nursing room untuk ibu menyusukan baby dan bilik rehat untuk ibu dan baby. Kalau bawa banyak barang, nak sewa locker pun boleh. Bayar deposit RM10, nanti masa pulangkan kunci pihak BBO akan pulangkan balik deposit tu.
Sesiapa yang nak buat birthday party atau event kat sana tu, ada disediakan event hall yang boleh memuatkan sehingga 60 orang jemputan. Best ke best? Budak-budak mesti seronok habis ni. Dahlah dapat pergi birthday party, dapat pulak main macam-macam kat dalam tu.
BBP mengamalkan natural air ventilation yakni pengudaraan secara semulajadi. Lebih mesra alam gitu. Yang penting kita nak bakar kalori kita kat sana, bukan untuk bakar tenaga elektrik!
Bagi ibu-ibu, bapak-bapak, tak perlu risau tentang kebersihan dan juga hygiene sepanjang berada di BBP. Sebab mereka dah engage dengan SD Pro, company yang bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan proses nyahkuman di premis BBP. Mereka menggunakan coating dengan bahan yang unik dan menjanjikan peformance yang baik dan tahan untuk tempoh jangka masa yang lama.
Selain tu pihak BBP juga menyediakan hand sanitizer di 9 stesen, jadi you all dan anak-anak boleh sentiasa sanitize tangan untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit. Kesimpulannya, taman permainan dan trampoline BBP ni adalah selamat, bersih dan berkualiti tinggi.
Bagi kita yang beragama Islam juga jangan risau. Ada ruang solat yang bersih dan selesa untuk kita solat di sana. Sejadah dan telekung bersih pun ada tau. InshaAllah bolehlah beribadat dengan selesa walaupun sambil beriadah bersama keluarga kan.
So, berminat tak nak bawa anak-anak pergi jenguk Blueblue Playland ni? Ada pakej promosi kombo yang disediakan dan BPP juga menawarkan harga promosi istimewa pada hari bekerja. Untuk pertanyaan lebih lanjut bolehlah intai-intai Facebook page, Instagram ataupun terus call BBP.
Waktu operasi: Selasa-Ahad, 10 pagi hingga 8 malam.
Lokasi: Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak.
Silalah datang dan kongsikan keriangan bersama Blueblue Playland ya!
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998