Selasa, 14 Ogos 2018

KERJA


Salam semua,


Hari ini rasanya terpanggil nak bercerita pasal karier saya. Sedikit background, saya pelajar jurusan Chemical Engineering dari salah sebuah universiti di Jepun. Alhamdulillah setelah melalui pelbagai liku-liku kehidupan berjayalah juga mendapatkan Master degree.

Katayama Kagaku Osaka
Jadi kerja saya yang pertama adalah di Osaka Jepun, di sebuah syarikat bernama Katayama Chemical sebagai water quality analyst. Lebih kurang macam QA department. Company ni jual water treatment chemical untuk boiler, cooling tower dan wastewater treatment. Setiap hari beratus-ratus sample air akan dihantar ke lab kami. Jadi tugas saya hari-hari adalah menjalankan analysis terhadap beratus-ratus sample air tu. Antara parameter yang kami cek adalah seperti pH, color, kandungan silica, phosphorus, ferum dan macam-macam lagi lah. Haa terpanjang pulak cerita teknikal yer. Maafkan saya hehe. Jadi adalah pengalaman kerja setahun di Jepun.


Katayama Kagaku Osaka

Kerja yang kedua, kilang di Prai Penang. Kilang buat ABS plastics. Saya kerja sebagai Technical Engineer. Buat product development, technical support untuk customer complaint, product compliance dan lain-lain. Alhamdulillah berpengalaman bekerja selama 3 tahun setengah di situ.

Toray Plastics Malaysia


Sekarang saya kerja di kilang minuman di Batu Gajah, Perak. Mula-mula masuk sebagai translator. Buat kerja-kerja translation untuk Japan expat dalam masa yang sama buat payroll. Setahun lepas tu diserap ke Engineering. Sekarang saya monitor utility, coordinate energy saving projects, environmental management, dan masih translate juga. Alhamdulillah satu pengalaman yang baik, walaupun kerja tak pernah habis haha. Banyak benda kena belajar lagi.

Sebagai ejen takaful pulak, dah 6 tahun sejak saya bekerja di Prai lagi. Kerjaya sebagai ejen takaful membantu saya berkomunikasi, mengasah skill bercakap di hadapan orang dan dapat kenal lebih ramai orang. Walaupun saya ejen part-time, income dari takaful sangat membantu juga dalam perbelanjaan setiap bulan. Alhamdulillah.

Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya stress juga dalam pengurusan kerja dan rumah sehari-hari. Alhamdulillah suami banyak membantu. Begitu juga dengan keluarga saya dan mertua, sangat supportive. Saya masih berusaha untuk cuba seimbangkan segenap penjuru kehidupan sebaiknya. Tolong doakan saya. Terima kasih kerana membaca.



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

2 ulasan:

  1. Ohhh.. first time tau background kerja akak.. ingatkan dah buat full time prudential tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat buat full time sekejap masa baru pindah Ipoh. Sementara dapat kerja baru:)

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...