Selasa, 21 Ogos 2018

JAMBANGAN BUNGA UNTUK YANG TERSAYANG



Salam semua,

Kalau nak tau, bulan Ogos merupakan bulan ulang tahun perkahwinan saya dan suami. Tahun ni Alhamdulillah ulang tahun yang ke-10. Sekejap je rasanya masa berlalu. Pahit manis hidup berumahtangga, adatlah kan ada merajuk-rajuk sorang sedikit tu hehe. Saya sangat bersyukur dan berterima kepada suami yang sudi menerima saya seadanya sebagai isteri, kerana telah banyak bersabar dengan saya selama 10 tahun ni. Semoga teruskan bersabar sehingga ke akhirnya ya InshaAllah..



Hari Sabtu lepas pula, rasanya ramai yang memilih tarikh 18/08/18 sebagai tarikh perkahwinan mereka. Dekat rumah mertua saya saja ada 2 kenduri! Tahniah kepada semua yang baru melangsungkan perkahwinan. Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai suami/isteri dan semoga berkekalan hingga ke syurga hendaknya. 



Pengasas Flower Chimp dan rakan kongsinya, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa

Bercakap mengenai perkahwinan dan ulang tahun, tahukah anda sekarang semakin banyak servis penghantaran bunga dan hadiah untuk meraikan pasangan yang tercinta? Salah satu daripadanya adalah servis oleh Flower Chimp yang diasaskan oleh Maximilian Lotz dan rakan kongsinya merangkap Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa.


Maximilian graduated with a B.Sc. in Business Administration from Maastricht University (Netherlands) and Bocconi University Milan (Italy)
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Comel kan bunga matahari?

Daisies pun saya suka saya suka=))

Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.




Siapalah yang tak suka kan kalau orang tersayang bagi kita bunga? Or better yet, apa kata kalau kita dulu yang mulakan bagi bunga pada orang yang tersayang. Mesti mereka gembira dan semakin sayang gitu, ewah! Flower Chimp boleh dihubungi seperti di bawah. Do check them out okay.

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/

Instagram: @flowerchimp.ph


Sekian, terima kasih kerana membaca!




Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

5 ulasan:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...