Khamis, 29 Mac 2018

Kes Buli di Kalangan Kanak-kanak Sekolah

Salam semua,

Saya pagi-pagi ni dah rasa panas hati. Kesnya duit anak saya sering diambil oleh kawan dia di sekolah. Duit yang saya bagi untuk beli baju sukan pula tu. Herm. Sekarang saya masih memikirkan cara yang terbaik untuk tackle masalah ni. Saya ingat petang ni nak pergi ke sekolah anak untuk menyiasat. 


Mengingatkan kembali zaman saya bersekolah rendah dulu. Di sekolah saya memang ada budak kembar yang suka sangat membuli. Selalunya dia baling batu, kacau, selak skirt dan macam-macam lagi. Memang saya trauma sangat dengan budak-budak tu masa tu. Bila beritahu tahu cikgu, cikgu buat tak tau saja. Bila beritahu nenek (masa tu saya tinggal dengan nenek), nenek saya cuma kata kalau dia pukul pergilah pukul dia balik. Buat apa balik menangis kat rumah T_T Arwah nenek memang ganas orangnya hehe.

Bagi saya kes buli kita kena tengok dari segala aspek. Tak boleh juga nak salahkan pembuli semata-mata. Dalam masa yang sama, kena didik anak supaya tak terlibat dalam aktiviti membuli. Perlu juga ajar anak dengan survival skill untuk elak daripada dibuli. Ibu bapa memang kena mainkan peranan yang penting. Cuba dengar cerita anak-anak supaya kita dapat kesan dengan cepat sebarang perubahan emosi pada anak. Saya pun masih banyak kena belajar dan memperbaiki diri sebagai ibu.

Kawan-kawan kat sini ada pengalaman dengan kes buli?





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

11 ulasan:

  1. Zumal jadi mangsa buli dari sekolah rendah sampai la menengah. Masa sekolah rendah report dekat arwah tok wan, Alhamdulillah bila tok wan pi sekolah yang buli sikit2 pun datang minta maaf. Masa sekolah menengah report kat cikgu, sampai la sorang pembuli tu kena buang sekolah. Puas hati. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sepatutnya yang membuli kena dapat pembalasan.Semoga Zumal tak terkesan dengan kisah dulu tau.

      Padam
  2. selalu dengar kes mcm nie. kadang2 risau juga dengan keselamatan anak1 semasa di sekolah..kena siasat dan buat aduan pada guru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling penting kena dengar cerita anak-anak.. mungkin ada hint2 yang dia nak bgtau.

      Padam
  3. Kes buli ni memang takut. kita tak nak anak jadi pembuli dan dalam masa yang sama tak nak juga anak di buli. sebab tu sis selalu tanya anak-anak samada ok atau tak kat sekolah. risauuu huhu.. anyway, 1st time dtg sini. done follow ur blog. salam kenal =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-samalah kita doakan anak2 dijauhkan dari anasir tak baik macam ni. Thank you for dropping by=)

      Padam
  4. Moga anak-anak semua dijauhkan daripada perbuatan buli ini. Kesian kat anak-anak yang jadi mangsa.

    BalasPadam
  5. adik nik pun selalu balik cerita tentang kawan dia yang dibuli..dah dia pun kecik,, tak tahu nak bertindak macam mana.

    BalasPadam
  6. takde pengalaman tapi mintak jauhhh sangat!!

    BalasPadam
  7. Anak sy pernah kena.. Tapi mujur tak teruk...

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...