Salam semua, salam 1 Malaysia. Salam Perak Amanjaya. Ewah.
Jadi, esok tibalah hari yang dinanti-nantikan setiap 5 tahun. Anda semua sudah bersedia? Eh jap, anda dah daftar sebagai pengundi ke belum ni? Yang belum tu nanti pergilah daftar ya. Yang mana tempat mengundi jauh sangat dan ada pelbagai kekangan untuk mengundi kali ini, mungkin boleh consider untuk tukar alamat tempat mengundi. Tunaikanlah kewajipan walau di mana anda berada gitu.
Parti mana pilihan anda? Tepuk dada, tanyalah hati. Undi yang mana anda rasa terbaik untuk kita semua. Jika ada yang tak sealiran fahaman politik sesama keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja, berlapang dadalah. Berdebat jika perlu dengan penuh hemah. Jauhi segala jenis provokasi atau menyentuh sentimen. Ingatlah siapa pun yang memerintah, hanya Dia lah sebaik-baik pemerintah.
Pengalaman saya tinggal di Jepun 8 tahun, rakyat Jepun kebanyakannya tak begitu ambil port dalam politik. Bagi mereka siapa pun yang memerintah, impactnya tidak besar pada kehidupan seharian mereka. Mereka pun tidak bergantung sangat dengan kerajaan dalam segi. Jepun banyak company besar yang menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti Corporate Social Responsibility. Yang saya kagum, perlawanan sukan antara sekolah-sekolah pun ditayangkan di TV. Saya rasa itu antara sebab kurangnya kebergantungan rakyat sepenuhnya pada kerajaan.
Okaylah cukup setakat ini. Thanks for reading. Selamat mengundi!
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Salamm..
BalasPadamWaaa lamanya menetap kat Jepun..mesti banyak pengalaman kan..
Seronoknyaa. Sis dh brp kali rancang nak ke sana , belum tercapai lagi ..
wslm..semoga dipermudahkan inshAllah..
PadamPru 14 dah selesai dah dna kita oun dah ada oemimoin baru. Jepun memang sebuah negara yang maju kan..Mimi pun kagum dengan negara Jepun
BalasPadamSemoga kita bergerak ke arah yang lebih baik. Amin.
Padam