Khamis, 31 Mei 2018

RAMADHAN 2018


Salam semua,

Ramadhan masih berbaki 2 minggu. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Bagaimana keaadan berpuasa kali ni? Saya harap lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini. Saya rasa tak banyak pun yang berbeza walaupun kali ini pertama kali berpuasa dengan kerajaan baru =)

Kali ni 2 orang anak saya berpuasa. Abang Haikal darjah 3, dan Abang Haris darjah 1. Setakat ini alhamdulillah kebanyakan hari mereka berpuasa. Pelbagai jugalah ragamnya lebih-lebih lagi masa nak bangun sahur. Tapi saya rasa mereka sangat baik berbanding saya dulu. Agaknya sebab budak lelaki, tengah mengantuk pun masih berselera untuk makan. 

Berbuka puasa pula macam mana? Setakat ni, setiap hari masih lagi berbuka puasa di rumah atau di rumah keluarga pada hari cuti. Ada hari yang masak, ada hari beli di bazar saja. Belum lagi makan di luar. Apatah lagi nak jejak buffet.. sayang rasanya duit hehe. Lagipun saya sedang cuba kurangkan gula dalam diet harian. Jadi makan berbuka pun secara bersederhana sahaja.

Awal Ramadhan kami diuji dengan kesihatan suami yang terganggu. Hari pertama selepas berbuka, kami ke hospital kerana suami mengalami tekanan darah terlalu rendah sehingga pitam. Duduk di wad hospital dalam 3 hari. Sekarang Alhamdulillah nampaknya semakin pulih. Nasib baiklah suami ada medical card, jadi dapatlah rawatan dengan cepat. 

Persediaan untuk raya pula kami dah mula sedikit demi sedikit sejak bulan lepas. Baju melayu, kasut anak-anak Alhamdulillah dah selesai. Kuih raya pun sudah siap order he he he. Sekarang tengah pening nak kemas rumah, tak tau nak mula dari mana haha. 

Baiklah setakat ini dulu untuk kali ini. Saya doakan semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh barakah, semoga dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

1 ulasan:

  1. Find out these pointers read on and learn to know how to submit an application doing this that you policy your corporation today. Using Deskgram you can upload photos to instagram from PC/MAC, like and comment on post, follow unfollow profile, check news feed and many more.

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...