Sabtu, 11 Ogos 2018

PULANG


Salam semua,

Apa khabar? Diharap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Lama sungguh rasanya tak bersiaran kan.

Alhamdulillah, saya dah berjaya menonton filem PULANG ini di pawagam pada hari Rabu yang lalu bersama adik. Best dan memang tak mengecewakan! Gambar sangat cantik, scenery yang cantik. Pantai yang sungguh indah wajiblah dipuji sebab lokasi penggambaran adalah di tanah tumpah darah saya, Terengganu tercinta. Tempat-tempat lain yang ditonjolkan dalam cerita ini pun cantik sangat. Mungkin juga faktor kemajuan teknologi camera dan screen zaman sekarang ni kan. 

Jalan cerita pun bagi saya sangat baik. Simple dan dekat dengan rakyat dan kehidupan seharian tu terasa di hati. Lebih-lebih lagi saya ni seorang cucu seorang nelayan, memang terasa dekat sangat.

Babak-babak cemas hampir semua nampak real. Setanding filem luar negara. CGI semua hebat. Sikit sangat flaw nya. Boleh ditambahbaikkan lagi. Way to go for Malaysian's film.

Barisan pelakon semua hebat. Semuanya bakat besar dan menjiwai watak. Remy Ishak tu sah-sahlah tak perlu diulas lagi. Memang hebat walau ada masanya nampak macam Mat Bangla =P. Puteri Aisyah pun sangat baik lakonannya. Dapat rasalah hebatnya cinta diorang ni. Cumanya saya tidaklah sampai menitiskan air mata pun. Cuma babak-babak akhir tu adalah rasa sedih sikit. Sepanjang masa saya terlalu menikmati keindahan alam sampai tak sempat nak rasa sedih he he..

Akhir kata, awak semua pun pergilah tonton. 


65fd



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

3 ulasan:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...