Isnin, 29 September 2014

Pneumococcal conjugate vaccine

Seorang client saya baru discharged from hospital. Baby anak kawan saya ni baru umur dalam 6 bulan macam tu. At first diorang diagnosed at acute bronchiolitis. Rupa-rupanya pneumococcal. Herm..macam-macam virus ada kat dunia ni kan.

So anak you all ada ambik tak vaksin ni? Saya rasa Haikal dulu ada ambik masa kat Japan. Haris pun macam ada. Hadi macam tak da. Huh! Balik kena check balik buku report kesihatan diorang. Which also reminds me..alamak! Tak bawa lagi Hadi pergi check up!

Apparently vaksin pneumococcal ni pun ada banyak jenis/manufacturer. Yang paling latest contains 13 serotypes of pneumococcus. Maksudnya boleh membantu menghalang daripada 13 virus yang paling merbahaya dalam kumpulan pnemococcal ni.

From Wiki,
Pneumococcal conjugate vaccine (PCV) is a pneumococcal vaccine used to protect infants and young children against disease caused by the bacteria Streptococcus pneumoniae (pneumococcus). There are currently three PCV vaccines available on the global market: Prevnar (called Prevenar in some countries), Synflorix and Prevnar 13
Prevnar is a heptavalent vaccine, meaning that it contains the cell membrane sugars of seven serotypes of pneumococcus, conjugated with Diphtheria proteins. It was manufactured by Wyeth.[1] In the United States, vaccination with Prevnar is recommended for all children younger than 2 years, and for unvaccinated children between 24 and 59 months old who are at high risk for pneumococcal infections.[2] 
Synflorix is produced by GlaxoSmithKline. It is a decavalent vaccine, meaning that it contains ten serotypes of pneumococcus (1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, and 23F) which are conjugated to a carrier protein. Synflorix received a positive opinion from the European Medicines Agency for use in the European Union in January 2009 [3] and GSK received European Commission authorization to market Synflorix in March 2009.[4] 
Prevnar 13 is produced by Pfizer. It is a tridecavalent vaccine, meaning that it contains thirteen serotypes of pneumococcus (1, 3, 4, 5, 6A, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19A, 19F, 23F) which are conjugated to a carrier protein. Prevnar 13 was approved by the U.S. Food and Drug Administration on February 24, 2010.[5] After waiting for the outcome of a trial underway in the Netherlands, the Centers for Disease Control and Prevention (CDC) recommended the vaccine for adults over age 65 in August, 2014.[6]

So far vaksin ni hanya available kat hospital/klinik swasta, diberi dalam beberapa kali selang beberapa bulan ikut dosage dia lah. I think 1 injection dulu kami ambik paling murah RM80, so it can go up to hundreds lah.. Ni harga dulu. Client saya ni pulak, dia ada ambil vaksin ni tapi yang 10 serotypes tu je. Ujian pada dia dijangkiti virus yang tak termasuk dalam 10 jenis tu.. So ibu-ibu semua yang ada anak kecil, boleh plan out ye. Talk to your Paed and do some study on it okay.

Update 29/9/2014 10:17pm:
Baby Adam tak jadi discharge. Doc tak happy dgn breathing dia so diorang nak buat lagi satu test. Semoga cepat sihat hendaknya..

*Medical card for baby starts from RM100. Harga medical card akan di revise dalam masa terdekat. Sekarang kos untuk kesihatan makin naik tau so sesiapa nak buat medical card, tak rugi kalau buat cepat okay*


Salam Isnin

Assalamualaikum semua. How are you todayyy?? Semoga semua sihat-sihat sentiasa hendaknya ya. How was your weekend? Ada pergi jalan-jalan tak?

Hari Sabtu saya pergi Prudential Seberang Jaya. Lunch dengan leader2 yang datang untuk BOP dari KL kat kedai nasi kandar sederet office Prudential yang baru tu. Lepas tu sempatlah join sekejap je tengok presentation pastu balik sebab husband nak masuk kerja shift malam tu. Alhamdulillah ada juga 2-3 orang candidate agent baru. You all pun kalau ada yang berminat nak join jadi agent, bagitau je saya, nanti kita arrange.

anggaran

Ilustrasi ni hanya contohlah.. Bukan income sebenar saya. Hehe. Saya ni buat pelan-pelan je. Kalau you all bersungguh-sungguh, mesti punya boleh dapat lebih lagi.

Anyway hari ini ada sedikit perasaan tak best kat office kilang nih because of something. Herm sabar je lah..

Khamis, 25 September 2014

Rabu, 24 September 2014

BOP

Assalamualaikum selamat pagi.

Team saya  tengah buat BOP untuk mencari ejen baru. Jomlah datang tengok presentation kami. Cuma perlu dengar dan fahamkan sikit-sikit konsep menambah income dengan jadi ejen. Mana tau nanti timbul minat dan semangat kan, bolehlah proceed. Nak buat full time ke part time ke pun tak kisah. Mana2 yang you all happy. Kitorang tak akan paksa orang jadi ejen tau. But if you are interested, do come. Inform saya ok. No phone saya besar ada kat tepi tu hehe.

Sesapa kat belah Penang ke Kulim ke Kedah ke mehlah Seberang Jaya. Ada rezeki boleh kita bertemu mata =)


Selasa, 23 September 2014

Hidup harmoni bersama gastrik dengan SRASEE

Hari ni gastrik menyerang oleh kerana tak makan pagi betul2. Pagi tadi dah kelam kabut tak sempat makan or beli pun nasi. Maka terpaksa alas perut dengan biskut yang ada kat pantry. Cicah air kosong suam je tau sebab saya tau kalau minum milo ke apa2 yang bersusu ke mesti lagi haru-biru jadinya.

Tapi still perut jadi tak sedap dan mulalah loya dan angin naik ke kepala terus jadi pening. Bila dah jadi macam ni, minum air masak pun kena hati-hati. Boleh minum sikit2 je sakli teguk. If not kang takut ada yang terwekk pulak.

Nasib baiklah ada Pati Halia Pala Mint ni. Rasa dia sedap macam gula-gula tau. Memang membantu sangat menghilangkan loya dan keluarkan angin. Ye lah macam makan or minum air halia tu. Cuma yang ni lagi senang sebab dah dlm bentuk gula2 boleh bawa ke mana saja.

Time raya ke makan2 besar or macam2 ke memang convenient halia mint ni. Tak pun kan ada sesetengah sayur yang berangin macam rebung ke pucuk paku ke. Ada orang memang elakkan makan yang berangin walaupun teringin. Feveret saya semua tu. Selalu saya tibai je makan. Takut angin nanti makanlah halia hehe.

Halia muda pun sedap gak. Kan kalau halia kita kat rumah yang beli besar gabak tu lambat habis nanti dia tumbuh macam pucuk tu kan. Saya selalu patahkan dan makan. Sedapp tak sepedas halia memasak tu. Rangup je rasa dia. Mak mertua saya kata bagus halia muda tu buat ulam especially untuk ibu dalam pantang. Saya makan je sebab suka. Halia jeruk kat kedai sushi tu pun saya suka. Makan halia lagi banyak dari makan sushi kadang tu hahaha.

Anyway halia memang banyak benefitnya, you all boleh google. Atau pun sesiapa lagi yang ada petua turun menurun dari nenek moyang pasal halia ni bolehlah share dengan saya =)


Sebotol ni ada 50 biji halia pala mint. Sedap!
SUCCESS is a state of mind.
If you want success, start thinking of yourself as a SUCCESS.

Isnin, 22 September 2014

Hari-hari makan tengah hari

Aha.
Macam pantun 2 kerat tak? Ihiks..
Saya nak tanya you all makan apa eh lunch hari2 kat tempat kerja?

Saya hari-hari makan dekat kantin kilang lauk ikan goreng sekoq dengan sayur 2 jemput.
Harganya pulak boleh mencecah RM5, ikut pada siapa yang jaga cashier hari tu.
Kalau seorang perempuan yang merupakan menantu kepada owner catering tu memang charge mahal. Tapi kalau pekerja dia yang kira selalu RM3 je saya hidangan saya yang tak seberapa tu. Air pun saya tak minum. Balik ofis baru minum air. Saya bukanlah nak complaint sangat tapi rasa macam tak berbaloi dengan apa yang saya makan. Sayur dia agak kurang healthy sebab selalunya diorang masak sampai layu dan oily juga.. Tapi makan jugaklah sebab tak ada pilihan. Nasiblah subsidi kilang bagi RM3 sehari.

Cita-cita saya nak bawak bekal gi kerja. Bukannya nak makan sedap mewah2 pun. Asalkan kenyang dan sihat cukuplah. Saya tak suka makan ayam so hari-hari ikan pun takpa. Kalau boleh bawak ikan goreng sendiri, pastu dengan tomato atau ulam2 mentah pun memadai bagi saya. Kasik itu cili potong sket hehehe. Saya memang suka makan sayur sampai kawan Jepun saya cakap macam kambing -__-;

Gambar google. Bestnya kan kalau kat kampung saya dulu ni rasa nak makan p ja kutip sekitar rumah.


Oh anyway alhamdulillah.. masalah gastric saya hampir selesai. Tapi memang kena jaga makan. Breakfast kena makan carbo. Pastu makan tak boleh banyak2 sekaligus. Makan sikit tapi kerap. Aiyoh dah berusia ni kan sensitive pulak segala organ badan ni ha. Syukur alhamdulillah masih sihat walafiat ni kan. Ya Allah.. semoga dijauhkan dari segala penyakit.

Jumaat, 19 September 2014

LIEBSTER AWARD #2 - BY SITI YANG MENAIP

 
Liebster Award entry kedua. Kali ini dari Cik Siti Yang Menaip. Sharing sharing nama hehe. Ramai betul orang nama Siti kat dunia ni kan.. Sebab tu kat sekolah dulu takde orang panggil saya Siti sebab nanti kompius dengan orang lain. Dah lama kena tag ni baru nak buat hihi maaf ye Siti..



Nominated by Siti Yang Menaip. Thank you so much.


Untuk join Liebster Award super famous ni you all kenalah ikut syarat-syarat yang ditetapkan.

  1. mention the person who nominated you with a link to her or his blog
  2. answer 11 questions being asked
  3. nominate another 11 bloggers with lots of potential
  4. create 11 of your own questions for them to answer
  5. notify you nominees
So lemme straight away answer the questions given yer.

1. Jujur punya opinion tentang blog aku ini ?
Nice. Polkadot hijau.

2. Korang suka tak blog aku ?
Suka (ehem ehem takkan nak cakap tak suka hehe xdelahhh main2 jer)

3. Kenape ?
Sebab banyaknye pengalaman travel jenjalan best kan.

4. Benda yang perlu ada dalam bag korang sebelum nak keluar rumah ?
Wallet, kunci kereta, kunci rumah. Handphone selalu jer tertinggal kadang tu heheh.

5. Negara idaman korang untuk travel ?
Turki

6. Pengalaman travel paling best dalam hidup ?
Herm.. Masa study dulu travel from Okayama sampai Nagasaki sanun naik kereta. Ramai2 dengan kenkawan dan boyfriend terchinta ihiks.

7. Habit tidur korang ?
Gelap boleh cerah pon boleh. Tapi kalau dalam kelas or tengah meeting mak aii konfem senang je tido haha sampai dipanggil ratu tidur dalam kelas.

8. Fast food favourite korang ?
First Kitchen! kat Jepun dulu hehe. Sekarang apa yerr Pizza?

9. Favourite KPOP idol ?
Not applicable. Jarang sangat dengar lagu sekarang huhu.

10. Handphone korang sekarang ?
Samsung kecik jer utk call n sms only. Style 3310 jer. Dengan Samsung Duos yang hermm bolehlah takat nak whatsapp gurai.

11. Cita cita / Impian / Keinginan ?
Impian saya untuk mencapai financial freedom. Give the best untuk family dan tolong orang dalam kesusahan. Haha macam Wonderpets pulak.

Sekian..

Herm siapa 11 orang yang saya nak tag yer??
mamakaori, PetakBunga, OurKizuna, Zai, Wa, DilaElla, Mar, ..

Cukuplah takat ni dulu huhu..

11 soalan saya pula
1. What do u think about my blog?
2. What do u think about your blog?
3. Why are u blogging?
4. Anything u want to know about me?
5. What's your hobby?
6. Where do u save ur money?
7. Do u love shopping?
8. Have u bought a house?
9. If u are married, how much was ur hantaran? If not yet married, how much u think ur hantaran shud be?
10. What is ur fav cartoon?
11. Why?

Silakan sila:)

Khamis, 18 September 2014

Selamatkan SERINGGIT Anda!

Assalamualaikumm..
Selamat pagi semua. Semoga sihat dan ceria hendaknya:)

Di pagi hari ni saya nak share tips menjimatkan duit you all dalam melakukan transaction bank/insurans.

You all tau tak insurans/takaful ni cara bayaran dia boleh pilih nak bayar secara bulanan/setiap 3 bulan/setiap 6 bulan/setahun sekali. Kalau you all opt for setahun sekali, bayarannya akan lebih murah daripada bayar monthly tau. Walaupun beza dia sikit tapi still, lebih murah. In the end kalau you all bayar selama berpuluh tahun, total yang boleh dijimatkan tu memang sampai ratus tau. So actually lebih untung kalau bayar setahun sekali masa bonus contohnya. Alaa kalau monthly bayar RM120, bayaran untuk setahun baru RM1200 (most likely less). Kalau dapat bonus banyak, buat bayar insurans sikit apa salahnya. Maybe you all tak nak pilih option ni but it doesn't hurt to know kan..
Gambar ihsan
Lepas tu lagi satu method bayaran pun ada banyak: cash/auto debit/credit card/angkasa. Cara bayar ni guna credit card paling menguntungkan. Boleh jimat RM1 for transaction fee. Yang lain ada charge RM1 tau. Memang sikit dengar kan RM1. Tapi kena ingat RM1 pun kalau setahun dah RM12. Kalau 10 tahun RM120. Kalau 30 tahun? RM360. Banyak tu.. Kalau tak cukup RM1 lagi untu beli handbag Coach berharga RM1999, agaknya salesgirl nak bagi beli tak? Tak kan. RM 1 pun kalau invest yang menguntungkan boleh dapat pulangan. RM 1 kalau sedekah kat masjid banyak pahala dapat. RM 1 kalau buat beli aiskrim kat budak2 bayangkan kegembiraan hati yang bakal diperoleh yang tak ternilai dengan wang ringgit. Hah giteww. Pahala lagi dapat. So kawan sekalian alam, never underestimate the power of our RM1!

The same goes to any other types of transaction, banking ke investment ke unit trust ke semuanya lah. You all tau kan sekarang interbank transfer boleh option untuk giro transfer (charge RM0.10) atau instant transfer (charge RM1/2 ikut bank). So pilih the cheapest option. Better understanding and planning leads to better cost saving. Kalau buat investment dengan Maybank, better buat autodebit from Maybank acc. Kalau invest dengan CIMB, buat autdebit from CIMB acc. So boleh save on transaction fee.

I could go forever writing bout this. Hahah. Well my main point is, always watch where your money go even only tiny amount. Make sure every cent we earn go to somewhere benificial to us rather than sedekah kat any financial istitution yang sememangnya kaya raya itu

Rabu, 17 September 2014

Diagnosis penyakit melalui aplikasi whatsapp

Ahah!

After some consultation with dearest Doc J, my dorm-mate back in high school, through group whatsapp, I diagnosed myself with high acid in the body. Heheh. Maybe caused improper meal and fatigue.

Apparently stress also can increase acids production from the stomach that cause bloatedness and gaseous. (Hah giteww) Memang disamping loya saya rasa pedih perut, berangin, kembung dan I think berat badan pun turun mendadak. Sebab seluar kerja tiba-tiba longgar habis.

Kenapa boleh stress ye? Ada possibilities penat sangat kot sejak husband saya masuk shift since last 2,3 weeks. Bertabahlah..

Description: Low stomach acid levels

So I need to balance balik my eating pattern. Sebab memang lost appetite gila-gila. Hari ni baru makan roti sikit, biskut dan nestum. Air masak pun boleh minum sikit je. Kena makan balanced diet tapi starts with easily digested foods. No more spice foods for a while huhuh.

Lepas tu banyakkan zikir supaya mencapai ketenangan yang hakiki. Mungkin kesibukan saya membuatkan saya jauh dariNya astaghfirullah.. Semgoa Allah berikan saya kekuatan. Amin.

Selasa, 16 September 2014

Bunga-bunga cinta

These are some of the pictures I took masa balik rumah in laws hari tu.
Mak sure did a good job in planting those beautiful flowers.
They are called Japanese Rose (Mak kata).
Gigih saya tunggu dia kembang dari pukul 7 pagi kejap2 jenguk keluar pintu.
Dekat pukul 11 pagi baru dia kembang habis..
When the sunshine goes out, so does the kembang2.
Kurang best snap waktu ni sebenarnya sebab waktu cerah all the details tak nampak sangat.
Maybe I'll try again next time..







Isnin, 15 September 2014

Merancang dengan IUD boleh gagal?

Hye peeps.

Mengantuk tak ingat. Tertidur sambil scroll mouse. Boleh tak? -________-;

Anyway, I am still feeling like a freaking pregnant woman. Seriously loya memanjang. Since last week then continue Saturday loya disertai kemengantukan yang melampau. So does Sunday and today. Bila makan je lagilah loya. Dengan tak sedap perutnya. Rasa macam gastrik pun ada. Plus today terlebih sakit lak.

Mungkin betul gastrik saja kot.

I did the pregnancy test at home with the one that looks reliable (RM16 each) and it turned out -ve. Oh mind you, saya bersyukurlah kalau betul2 pregnant. Thing is, I still have the IUD inside me!

So saya pun adalah study juga pasal failure rate IUD ni. Discuss dengan rakan2 doktor. One said her sister in law did get pregnant while in IUD. Nasiblah kedudukan baby tu jauh dari IUD masa diorang discover pregnancy so they managed to take out the IUD. Kalau tak, kena tunggu bersalin nanti baru boleh keluarkan. I read a few cases where they actually miscarriaged after taking the IUD out T__T

Another friend pulak suggest saya cepat2 cek dan sebab takut jadi ectopic pregnancy. Oh! That's why I did the test last week. But I did read juga, people who get pregnant while on IUD, actually got the -ve results even after a few tests pun ada -_- So untuk kepastian memang kena pergi scan je.

Diorang kata well..merancang dengan IUD memang boleh gagal pun. Tiada kaedah perancang yang dijamin 100%. There was one mother who took 4 different methods at different time but all failed. Yes saya jumpa dia dekat hospital, melahirkan anak no 5. See?

That's why some will suggest double even triple protection huhu..

But yeah I'll wait for a bit before pergi klinik kot. Sebab there was a time jugak I thought I was pregnant, went to clinic and turned out I was gassy heh -__________-; Still, kalau condition macam nih continue, it's best to confirm lah. See lah until next week how..

Aiyoh even thinking about having to eat pun make me want to puke already T___T

Sabtu, 13 September 2014

Ada apa dalam popia?


Guess what's inside me??


Banana tihihi..
Ini masa saya buat popia minggu lepas..inti dah habis tapi kulit tinggal sekeping. Alang2 saya try gulung pisang. Rasa dia? Sedap macam pisang hahahahaha.

Isnin, 8 September 2014

Perempuan dan CYST

Assalamualaikumm semuaaaa:) Salam pagi IsninzZZzzzz ahaks. Mari bekerja rajin-rajin.. Sebelum tu quick entry satu.

Perempuan dan cyst.. Siapa kat sini mengalami masalah cyst atau pernah buat operation cyst? Ataupun fibroid ke apa2 yang berkaitanlah. Saya alhamdulillah so far tak pernah mengalami cyst ni. Semoga kekal sihat lah hendaknya amin..

Tapi sure you all tau kan kan sekeliling you all, kawan2 ke colleague ke yang ada masalah cyst ni. Kawan saya kat kolej dulu ada sorang sampai kena buat operation kat Jepun. Herm.. kawan saya yang buat medical card dengan saya pun setakat ni 2 orang dah ada masalah cyst ni.

Seorang junior saya baru buat operation bulan 6 baru ni kat Hospital Serdang. Kami tak dapat nak claim sebab cyst ni existing condition. Meaning dia dah pernah ada record cyst problem sebelum apply insurance lagi dan dia pun fahamlah tak boleh claim..

Lagi seorang satu batch dengan saya. Baru je 2-3 hari lepas dia inform doc suruh buat operation buang cyst dia. Selepas period pain yang amat teruk setahun lebih dah, dia pergi check kat Hospital Pantai dan disahkan cyst. Alhamdulillah policy dia dah 2 tahun lebih so bolehlah buat operation guna medical card. Take care yer my friend..

Apapun kita ni sebagai wanita, kenalah jaga anugerah Allah kat kita, rahim kita yang bakal melahirkan mujahid mujahidah nanti kan. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Serta doa yang berpanjangan. In sha Allah.. Ingin juga saya nasihatkan berpada2 mengambil produk2 malah makanan2 tertentu dan jangan pula melampaui batas. Sebelum mencuba any produk, cek isi kandungan, make sure selamat jangan sampai memudaratkan kesihatan ye. Safety first kata orang=) Better yet talk to a doctor first..

Tapi kalau yang bermasalah dengan cyst tu janganlah susah hati atau bersedih pula. Kadang-kadang penyakit ni datang bukanlah sebagai musibah, malah sebagai hadiah kepada kita. Peluang kepada kita untuk benar2 ingat dan kembali berharap kepada Allah. Dan jika kita sabar dan redha in sha Allah pahala besar buat kita. Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang di luar kemampuan.

Wallahualam.

p/s: Kalau you all nak tanya pasal medical card, dipersilakan=) PruBSN ada jugak cover penyakit wanita.

Sabtu, 6 September 2014

Projek Popia

Assalamualaikuuuummmmm..

Apa projek you all hari ni? Saya taktaulah apa projek. Tengah hujan lebat ni. Abang Veder pulak shift malam. Baby Hadi demam and asthma. So most likely duk rumah je lah yer kita anak2..

Saya first time buat popia 2 minggu lepas. Heheh. Setelah 30 tahun hidup baru nak belajar buat popia. Ini pun sebab Abang Veder suka sangat makan popia. Masa bulan puasa hari2 dia beli. Haris pun suka. Kalau makan kat Chicken Rice Shop ker memang Haris makan popia sorang dia je 9 ketul leh habis. So memang worth it lah kalau buat kan. Apa saja demimu anak (dan suami heheh). Elok pulak ternampak kulit popia frozen ada jual kat kedai runcit ni ha.

So first time saya buat inti taugeh, carrot dan timun. Semalam saya EL, sambung projek popia. Buat inti bayam, taugeh dan ayam. Sebab Haris ni memang takmau makan ayam, sayur lagiiilah jauh. So it got me thinking, kalau buh dalam popia maybe dia makan tanpa sedar heheh. Eh tapi saya EL bukan semata-mata sebab nak buat popia tau. Saya EL bawa hadi gi klinik.

First attempt

Saya cuma tumis bawang cincang sket, pastu goreng je bahan2 ni. Tambah garam secukup rasa.

Belajar gulung kat google heheh

2nd attempt..inti taugeh, bayam dan ayam yang dicincang kecil.

Alhamdulillah menjadi dan anak2 serta abahnyer pon suka. Sila abaikan size yang tak sama -_-;


7. Asma' binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Asma' binti Abu Bakar - wanita yang memiliki 2 ikatan tali pinggang.

Asma' merupakan saudara Aisyah, seorang yang cantik, cerdas dan lincah. Asma' dikurniakan umur yang panjang serta kecerdasan akal fikiran. Asma' termasuk kumpulan wanita yang terawal memeluk Islam. Asma' menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar ketika peristiwa hijrah mereka. Asma' digelar 'zatin nithaqin' yang bermaksud wanita yang memiliki 2 ikatan tali pinggang. Ini kerana pernah satu ketika Asma' mahu menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan Abu  Bakar, dia tiada tali untuk mengikat bungkusan makanan dan minuman itu. Lalu Asma' pun memotong tali ikatan pinggangnya kepada dua bahagian dan digunakan untuk mengikat bungkusan makanan dan minuman. Rasulullah mendoakan agar Asma' dikurniakan tali ikatan pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.

Asma' berkahwin dengan Zubair bin Awwam, seorang pemuda biasa dan tidak juga berharta. Anak mereka Abdullah bin Zubair dilantik menjadi khalifah menggantikan Yazid bin Mu'awwiyah. Bagaimanapun dia ditentang oleh Bani Humayyah di bawah pimpinan Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi. Pejuang dibawah pimpinan Abdullah ramai yang belot lalu tinggallah Abdullah di ambang kekalahan.

Ketika inilah Abdullah mendapatkan nasihat daripada ibunya Asma' samada untuk terus berjuang atay menyerah kalah. Asma' menasihatinya untuk terus berjuang dan akhirnya Abdullah bin Zubair syahid.
--------------------------------------
Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut beserta rujukan yang sepatutnya. Thanks!

Next:
8. Atikah binti Zaid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah


Danger! Malware ahead.

Danger: Malware Ahead!
Google Chrome has blocked access to this page on storybyciksiti.blogspot.com.
Content from pingbusuk.org, a known malware distributor, has been inserted into this web page. Visiting this page now is very likely to infect your computer with malware.


Malware is malicious software that causes things like identity theft, financial loss, and permanent file deletion. Learn more
Are u guys seeing this too?
Is this serious?
Kalau betol ni then no one is coming here already lah kan T_T
Eh tapi bila bukak guna IE okay jer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...