Isnin, 22 September 2014

Hari-hari makan tengah hari

Aha.
Macam pantun 2 kerat tak? Ihiks..
Saya nak tanya you all makan apa eh lunch hari2 kat tempat kerja?

Saya hari-hari makan dekat kantin kilang lauk ikan goreng sekoq dengan sayur 2 jemput.
Harganya pulak boleh mencecah RM5, ikut pada siapa yang jaga cashier hari tu.
Kalau seorang perempuan yang merupakan menantu kepada owner catering tu memang charge mahal. Tapi kalau pekerja dia yang kira selalu RM3 je saya hidangan saya yang tak seberapa tu. Air pun saya tak minum. Balik ofis baru minum air. Saya bukanlah nak complaint sangat tapi rasa macam tak berbaloi dengan apa yang saya makan. Sayur dia agak kurang healthy sebab selalunya diorang masak sampai layu dan oily juga.. Tapi makan jugaklah sebab tak ada pilihan. Nasiblah subsidi kilang bagi RM3 sehari.

Cita-cita saya nak bawak bekal gi kerja. Bukannya nak makan sedap mewah2 pun. Asalkan kenyang dan sihat cukuplah. Saya tak suka makan ayam so hari-hari ikan pun takpa. Kalau boleh bawak ikan goreng sendiri, pastu dengan tomato atau ulam2 mentah pun memadai bagi saya. Kasik itu cili potong sket hehehe. Saya memang suka makan sayur sampai kawan Jepun saya cakap macam kambing -__-;

Gambar google. Bestnya kan kalau kat kampung saya dulu ni rasa nak makan p ja kutip sekitar rumah.


Oh anyway alhamdulillah.. masalah gastric saya hampir selesai. Tapi memang kena jaga makan. Breakfast kena makan carbo. Pastu makan tak boleh banyak2 sekaligus. Makan sikit tapi kerap. Aiyoh dah berusia ni kan sensitive pulak segala organ badan ni ha. Syukur alhamdulillah masih sihat walafiat ni kan. Ya Allah.. semoga dijauhkan dari segala penyakit.

3 ulasan:

  1. haha...teringat mase keje kat ibiden dulu...takut nak ambik sayur sebab ada member jumpa ulat dalam sayur..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau! hasben kite penah citer haha. sid kata takpalah ulat tu sumber protein hehehe

      Padam
  2. slalu mknn kt kantin mmg jumpa mcm2...br2 ni operator jumpa kuku dlm bubur chacha....euwwwww...

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...