Sabtu, 6 September 2014

Projek Popia

Assalamualaikuuuummmmm..

Apa projek you all hari ni? Saya taktaulah apa projek. Tengah hujan lebat ni. Abang Veder pulak shift malam. Baby Hadi demam and asthma. So most likely duk rumah je lah yer kita anak2..

Saya first time buat popia 2 minggu lepas. Heheh. Setelah 30 tahun hidup baru nak belajar buat popia. Ini pun sebab Abang Veder suka sangat makan popia. Masa bulan puasa hari2 dia beli. Haris pun suka. Kalau makan kat Chicken Rice Shop ker memang Haris makan popia sorang dia je 9 ketul leh habis. So memang worth it lah kalau buat kan. Apa saja demimu anak (dan suami heheh). Elok pulak ternampak kulit popia frozen ada jual kat kedai runcit ni ha.

So first time saya buat inti taugeh, carrot dan timun. Semalam saya EL, sambung projek popia. Buat inti bayam, taugeh dan ayam. Sebab Haris ni memang takmau makan ayam, sayur lagiiilah jauh. So it got me thinking, kalau buh dalam popia maybe dia makan tanpa sedar heheh. Eh tapi saya EL bukan semata-mata sebab nak buat popia tau. Saya EL bawa hadi gi klinik.

First attempt

Saya cuma tumis bawang cincang sket, pastu goreng je bahan2 ni. Tambah garam secukup rasa.

Belajar gulung kat google heheh

2nd attempt..inti taugeh, bayam dan ayam yang dicincang kecil.

Alhamdulillah menjadi dan anak2 serta abahnyer pon suka. Sila abaikan size yang tak sama -_-;


2 ulasan:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...