Rabu, 23 Julai 2014

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

 
 
Assalamualaikum semua..
First time nak join segmen anjuran Macam² Ann  ni hehe. Bercerita pasal pengalaman puasa dan buat kueh raya pertama erm erm..
 
Pengalaman puasa masa kanak-kanak ribena riang ria dulu2..rasanya saya start belajar puasa masa darjah 2. Ada jugak kadang2 puasa yangyok hihi. Paling ingat masa darjah 3. Saya puasa tapi curi makan cikedis adik sikit. Sikitttttt sangat sebesar zarah jer kot sebab teringin sangat2. Padahal bukan lapar sangat pon. Lepas tu cepat2 campak bawah kusyen yang lebih tu. Agaknya memang muka bersalah tak pandai menipu kan, sepantas kilat kantoi dengan arwah abah saya. Dia siap boleh jumpa lagi cebisan kat bawah kusyen tu -____-;
 
Lepas tu abah terus suruh saya makan nasi. Dia kata alang2 dah curi makan tu, baik makan terus sampai kenyang. Saya kata takmau! Nak puasa lagi! Hahahaha boleh tak. Abah kata mana boleh dah, dah makan, buka terus jelah. Lepas tu arwah abah suruh saya buat kerja rumah. Angkat kain kat jemuran. Dia kata lagi ha tulah dah tak nak puasa sangat sini tolong buat kerja -________- Sambil tu dia boleh jerit dekat kawan dia yg duduk kat blok belakang bagitau saya curi makan sebab tu kena buat kerja! Masa dulu kami duduk flat Navy kat Perak. Memang malu gilerrr oooooiiii. Such a great lesson for me. Anyway saya sangat respect arwah abah saya ni. Dia memang ada cara tersendiri mengajar saya. Al-Fatihah untuk arwah abah. Love u much abah <3 p="">
 
Kuih raya pulak..dari kecik memang saya kena paksa tolong mak buat kuih raya. Masa tu saya rasa ya Allahurobbi boringnya! Masa tu bukannya saya suka makan pun kuih raya sangat. Saya tukang gentel2 atau tekap je lah tapi. Kadang2 buat kuih sambil tersengguk2. Mama paling suka buat tart nenas dengan jem yang self-made punya. Eeee nak gelek2 tu memang tak boleh tahan. Bila saya gelek habis bunga2 dia hilang mcm tayar botak dah jadinya haha. Kisah dulu2..sekarang saya suka pulak makan kuih raya hihi tak sabar tunggu raya nak makan kuih raya boleh? :p
 
Sekian memori daun pisang dari saya hihihi.



10 ulasan:

  1. Assalaamualaikum Siti,

    Hehehe.. gelak sorang² mummy baca pengalaman Siti.. Semua tu kenangan. Alfatihah buat ibubapa kita.

    Terima kasih dan salam kenal dari Mummy.

    Jangan lupa blogwalking ramai² dan yang belom join.. Jom! Ikut serta segmen mummy. Harap lebih ramai lagi yang sudi join..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalammm Mummy Ann,
      TQ sudi singgah kat sini. Teringat zmn dulu2 kan.

      Padam
  2. hahaha, memang dah biasa kalau puasa sume teringin padahal kalu hari biasa taknak lak makan kan.. salam singgah dari segmen sama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyesal xsudah.dhlah curi mkn sikit je, kena wat kerja rumah lak tu!
      Tq yer Eda dtg sini hihi.

      Padam
  3. Balasan
    1. jomlah join hihi mengimbau kenangan zaman muda mudi gitew

      Padam
  4. singgah dari segmen yang sama

    http://khudri2337.blogspot.com/2014/07/segmen-puasa-kueh-raya-pertama.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..hai terima kasih yerr.mailah singgah lagi

      Padam
  5. singgah dari segmen yang sama, baca cerita rakan se segmen... selamat hari raya

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...