Rabu, 23 Julai 2014

Takaful suami saya

Tadi saya pergi KPJ Penang ingatkan nak submit medical report form untuk diisi oleh Doc Muthu. Oh biar saya cerita backgroundnya. Saya apply additional plan takaful (PruBSN Protect) untuk suami saya. Sebelum ni pun memang dia ada 2 insurans, 1 medical card PruBSN n satu lagi Etiqa PVS. Disebabkan Etiqa PVS ni monthly dia mahal (RM100) dan coverage sikit, dia pun terminate seiringan dengan nak pakai duit untuk deposit rumah. So sekarang dia nak buat balik lah lagi satu life insurans demi saya dan anak2. Tapi nak bayar monthly RM50 sahaja. So saya buatlah, untuk umur, pekerjaan n smoking status suami saya ni, dgn bayaran RM50 sebulan, dapat coverage RM65,000. Which is, kalau tiba2 husband saya ni dipanggil menghadap Ilahi (T___T), paling kurang adalah juga RM65,000 ni untuk kegunaan saya n anak2.

Feb 2013

Proposal form saya dah submit minggu lepas. Tapi mcm yg saya expect, disebabkan history sakit dia (boleh refer sini), maka tu lah yg sekarang ni kena medical report bagai. Semoga Allah permudahkan. Silap saya juga bertangguh-tangguh buat ni. Sampaikan husband pun kata "kalau abi mati sekarang, kesian dekat sayang n anak2..." Maka saya pun kenalah berusaha gigihkan tengah2 hari buta pergi KPJ.

Anyway tadi tak dapat settle sebab nak kena ada sign patient pulak. Maka esok Insya Allah akan bertapak ke KPJ lagi. Nasihat saya untuk u all semua kan, cuba cek dengan husband, dia dah ada buat insurans/takaful ke tak? If belum proposelah dia buat. Insha Allah sangat bermanfaat suatu hari nanti. Boleh je tanya kat saya bila2 kalau tak ada kenalan ejen yg berdekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...