Jumaat, 25 Julai 2014

Jahit samping raya 2014

Assalamualaikum semuaa:)

Siapa yang masih masuk office lagi hari ni? Saya!! Hihi orang takdok cuti macam ni lah gayanya.. Itu pun nasiblah dapat apply cuti hari Rabu gak. So merasalah Haikal, Haris n Hadi beraya 3 hari. Tapi baju raya 2 pasang sorang jerrrrr   -_______- Lagi sehari tu kita pakai lah baju jalan yang ada yer anak2 sekalian. Tak pun pakai balik baju melayu kang rugi jer beli mahal2 pakai sekali. Well taklah mahal tapi bila darab 3 tu yang jadi mahal eheh. Mama setiap tahun pun pakai baju yang dah ada jer tau.

Ha kan dalam checklist raya 2014 raya saya hari tu, ada kata nak jahit samping kan. Eherm eherm.. Alhamdulillah dah siap dah Haikal & Hadi punya. Haris jer belum lagi. Saya ni menjahit ikut suka hati sendiri je. Saya suka nak menjahit je. Buat pola ke iron2 ke memang saya tak minat sangat. Ibaratnya macam nilah dulu saya drive nak bawaaakkk jerrr jalan stret, tak suka nak berhenti ke parking ke naik bukit ke tak nak. Ha teringat lak kisah dulu hihi. Nak tau tak saya nak citer ni..hihi.. Dulu saya konon2 nak bawak moto, pinjam moto kawan pergi jalan kampung tapi dekat jelah. Tapi nak patah balik saya dah tak tau nak u-turn. Last2 saya turun dari motor, tinggalkan motor kat situ, balik jalan kaki. KESKESKES. Eh terpanjang pulak perumpaan saya ni. Maafkan saya.


Oklah berbalik kisah menjahit samping, saya main jahit je agak2. Bolehlah nampak ala2 samping tu kira oklah. Budak2 jer pun, bukannya nak pakai buat menikah. HEHEHE.. Pakai samping getah je.. Kain guna kain pelikat abah dia yang kami beli kat Terengganu RM10 selai. Tapi kecik beno jadi husband saya takmo pakai. Saya pun apa lagi ZASSSS gunting ler hihi. Jimat kan, modal seploh hinggit je dapat 3 samping. Jimat duit abah kan.. Masa nak jahit pun taklah lama pun kalau tak ada gangguan dari askar2 ataupun tiba2 askar menangis minta tushu -_-

Teaser jer ni. Lom siap lagi ni nak lipat sket tang pinggang tu pastu jahit
sembat je lah kang..

Anyway you all tau tak mana nak cari songkok murah eh? Semalam saya tanya kat Perda RM18. Huh nak beli 3 kalu dah RM54 amboi..beli lom tentu pakai. tapi tak beli kang berebut pulak sbb sekarang abg Haikal jer ada songkok.

2 ulasan:

  1. terer...

    Aqil x pkai sampin & songkok.kang bg pkai msti dia buang.xpela...baby lg T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..xterer pun saya zai..asal boleh jerr..

      baby memang xpayah pun takpe.mcm kami ni dah ramai.sorg ada yg lain mesti nak juga -__-

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...