Jumaat, 11 Julai 2014

Sehari di Hospital Bukit Mertajam

Assalamualaikum..

Saya cuma nak share pengamatan saya seharian kat hosp BM. Ramai ibu2 lah yang saya jumpa. Yang tetap setia jadi penunggu setiap kali anak sakit. Macam tu lah kita mak mak ni kan hehe. Anak sakit kenalah cuti. Ada patient yg admit sebab demam panas patu develop macam lebam2 kat kulit. Ada baby yang cirit-birit, ada yang lelah..Macam-macam penyakit kan..

Salah seorang patient yang saya jumpa nama dia Fadil, umur 10 tahun. Penghidap kanser tulang stage 4. Ceria je budaknya walaupun berkerusi roda, berambut botak dan pakai mask penutup mulut dan hidung. Dia siap ajar saya main game kat handphone dia lagi. Suara lembut dan perlahan je. Dia hari-hari datang hospital untuk cek darah n check up. Dia disahkan kanser since hujung tahun lepas. Treatment dia buat kat hospital Pulau Pinang.. Then dah undergo siries of chemotherapy.. Kesannya rambut semakin hari semakin nipis. Seminggu sebelum raya ni dijadualkan buat operation buang kanser dekat tulang peha dia. Allahuakbarr..saya doakan yg terbaik buat adik ni. Dan ibunya jugak yg sentiasa tabah dan setia menjaga dan mengasihi anak ini. Menjelang tengahari tu after dapat result blood test saya tengok diorang bergegas2 pulak. Rupanya kena transfer ke hospital Pulau Pinang sebab result darah yg kurang baik..Allah..


Insaf saya. Betullah.. jika kita rasa kita susah, ada yang lebih susah. Subhanallah Maha Suci Allah.. Semoga saya dikurniakan sifat sabar dan syukur setiap hari setiap saat..apatah lagi dalam mengasuh, menjaga dan mendidik anak-anak.

Bila sakit kritikal macam ni..bukanlah masalah kewangan saja yg timbul. Bertarung dengan kesakitan, dengan rawatan, kena ulang-alik ke hospital, sokongan ahli keluarga, kekangan masa.. Macam2 lagi kan.. Teringat masa arwah nenek sakit dulu..Saya pun semalam banyak teringatkan arwah. Mungkin next entry boleh cerita..


2 ulasan:

  1. Bila kita sakit diuji sebenarnya ada yg lebih hebat ujian dari kita kan

    insaf ;(((((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Saya pun insaf..rasa mcm apalah susah sgt nk jaga anak2 kita yg sihat walafiat tu kan bnding dgn nk support anak2 yg sakit mcm ni..

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...