Khamis, 17 Julai 2014

Jalan oh raya!

Assalamualaikum..
Wahhhhh Prai tengah hujan lebat la ni. Dengan guruh kilat sabung-menyabung cukup lengkap. Alhamdulillah semoga hujan yg turun membawa rahmat buat semua.

Tapi adanya saya di sini (ewah) bukanlah nak cerita pasal hujan. Saya nak share je sikit2 pasal keselamatan jalan raya. Kes traffic accident ni memang hari2 je ada kan tak kira lah kat mana2 pun. Saya ada follow FB Jabatan Bomba. Memang kadang tu sehari 5-6 kes accident. Lebih teruk yang melibatkan nyawa lah kan.

Last week pun saya came across accident seen kat Jalan Baru area Shell tu. Patutlah jalan jem. Rupanya ada accident motor langgar kereta rasanya. Saya tengok sorang dah terbaring kaku. Tak tau status kecederaannya teruk mana Ya Allahuakbar.. Insaf saya. Betapa kita ni makhluk yg lemah kan. Tak kiralah apa social status kita ker, kuat mana ke cantik mana ke, bila Allah nak tarik sekejap je kan. Peringatan buat kita semua.

Dalam kesempatan ini (ewah lagi :p) saya nak comment sikit pasal insiden road bully yg tersebar luas kat FB dan internet baru2 ni walaupun takdak sapa mintak saya komen. Seriously, hal ini sepatutnya benda kecik antara pemandu wanita dan uncle tu saja. Tapi dengan viralnyer video yg merakam detik2 tu, tu yg jd mcm besaq gila. Apa pun nasib baiklah uncle tu tak cedera kan.. Setiap kali ada 'hot incident' macam ni terserlahlah keprihatinan semua, siap dengan komen2, share video, share details peribadi org terlibat.. Belum masuk yg edit2 gmbr lagi. Hebat betul teknologi sekarang kan. Peringatan untuk saya, if we don't have anything nice to say, don't say anything at all. We are not in their shoes, we actually don't know the exact situation. Andai benar pun (memang nampak benar dlm footage sy tengok kat berita) orang itu bersalah, tak ada gunanya kita maki hamun dia sampai sumpah 7 keturunan ke apa. Sebabnya,
  • First of all, bukannya kita orang yg teraniaya tu (salah satu doa yg makbul adalah doa orang teraniaya).
  • 2nd, Perbuatan memaki hamun atau membuli di alam cyber dikhuatiri mendatangkan dosa lak kat kita.
  • 3rd, tak elok membuka aib orang walaupun dia buat salah. Kita ni kira masih selamat sebab Allah tutup aib kita.
  • 4th, people makes mistake and they can always bertaubat. Bila Allah perkenankan, In shaa Allah dosa dia diampunkan. Kita ni patut risaukan dosa diri sendiri dulu sebelum risaukan dosa orang lain. Apa pun tak salah menegur cara baik. Berlapang dadalah.

Semua ni pengajaran untuk kita kan.
  • Pengajaran pertamanya, if anything like kereta kena langgar ke happen, cuba bertenang dan jangan cepat naik angin. Bawak beristighfar dan cari jalan penyelesaian secara elok. Pasti ada hikmahnya. Allah kan bersama orang yang sabar.
  • Pengajaran kedua, sentiasa bersedia memaafkan orang lain yg berbuat kasar dgn kita mcm yg ditunjukkan uncle tu. Bagus kan..

Wallahualam.. Paling penting, sentiasa berhati-hati bawak kereta! Ingatlah orang tersayang:)

-------
At times, unfortunate things are just due to happen. Memang kita tak boleh elak. Kita hanya boleh prepare. PruBSN pun ada cover accident. Boleh propose kat husband masing2 ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...