Isnin, 18 Julai 2016

Difteria dan Peranan Ibu Bapa

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian kanak-kanak disebabkan virus difteria. Dasyat virus ni kan. Walaupun saya memang ada ambil vaksin untuk anak-anak mengikut  seperti yang disarankan kerajaan, tapi masih tak tau lanjut berkenaan virus-virus ni. Yalah dah kerajaan suruh ambil, kita pun ambil saja, tak ada nak kaji selanjutnya. Mungkin dengan terjadinya kes kali ni, ramai yang sedar dan membuka mata bahawa penyakit-penyakit ni benar-benar wujud malah sungguh berbahaya! Manakan tidak, cuma beberapa hari jangkitan boleh menyebabkan maut lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak.

Apa itu Difteria? 


Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan[5] kerana DPT (Diphtheria–PertussisTetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan. Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Difteria


Peranan kita sebagai ibu bapa


Ada yang mengatakan timbulnya kembali virus-virus sebegini kerana adanya gerakan antivirus yang enggan memvaksin anak-anak mereka. Malah sampai bergaduh-gaduh di laman sosial antara yang pro dan anti-vaksin ini. Susah nak cakapkan. Yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sebolehnya sebagai ibu, kita pastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak kita, dalam masa yang sama seharusnya kita ambil kira keselamatan dan kesihatan anak-anak orang lain juga. 

Ini tak semestinya tertakluk kepada difteria saja, malah apa jua penyakit, sebolehnya kita kena elakkan membawa anak-anak ke tempat awam bila anak kita kurang sihat. Kasihan pada anak kita tak dapat cukup rehat, dan kasihan juga pada anak orang lain yang mungkin akan mendapat jangkitan daripada anak kita. Bagi anak yang masih bayi, walaupun sihat kurangkanlah dedahan kepada tempat, sebab antibodi mereka masih lemah maka senang terkena jangkitan.

Lagi satu amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Seeloknya ajar anak-anak untuk sentiasa mencuci tangan. Selain daripada yang biasa kita amalkan sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas keluar tandas, ajar juga anak-anak untuk basuh tangan bila sampai ke rumah bila pulang dari sekolah atau dari mana-mana luar rumah.

Pada saya makanan juga memainkan peranan penting dalam isu kesihatan anak-anak. Kalau dapat terapkan pada anak-anak untuk amalkan pemakan sunnah, itu sudah terbaik. Sekiranya tak dapat mungkin perlu dimulakan dengan pastikan anak-anak makan makanan yang sihat dan bernutrisi. Tak dinafikan dengan tuntutan hidup zaman sekarang, kita terkadang terpaksa ambil jalan mudah dengan makan makanan segera atau beli saja dari luar. Saya pun selalu rasa bersalah dalam hal ini. Tapi sedikit demi sedikit marilah kita ubah.

Yang paling penting sentiasa pantau kesihatan anak-anak. Kalau anak demam berlarutan, janganlah teragak-agak untuk bawa jumpa doktor. Lebih-lebih lagi bayi di bawah umur 2 tahun. Saya biasanya kalau anak-anak demam bila waktu malam, saya dapat agak mesti ada jangkitan kuman. Biasanya saya akan jumpa doktor untuk ambil antibiotik walaupun ubat demam ada banyak di rumah.

Sentiasalah berdoa pohon pada Allah untuk mengurniakan kesihatan dan keselamatan untuk anak-anak kita. Sesungguhnya Dia saja yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan segala sesuatu itu amat mudah bagiNya. Dan berlapang dada lah. Ada masanya sakit datang sebagai sebab Allah nak kita ingat padaNya. Wallahualam..

Dapatkan perlindungan Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com 012-2961984 / 012-7645998


7 ulasan:

  1. Tq sharing, akk pun kurang tahu, terlalu byk percanggahan fakta.

    BalasPadam
  2. Tq sharing, akk pun kurang tahu, terlalu byk percanggahan fakta.

    BalasPadam
  3. banayk pendapat sekarang ni berkenaan vaksin dan antivaksin...semua ni perlu ada ilmu sebelum ambil tindakan tertntu...

    terima kasih atas info difteria ini kak siti

    BalasPadam
  4. info yang berguna. Sekarang ni mcm2 penyakit ada ...ada tu yang tak pernah dengar. Moga kita sentiasa berhati2 dan jaga kebersihan diri dan persekitaran.

    BalasPadam
  5. seram laa dengan kes2 macam2 skrang ni.. minta jauh semua ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...