Salam semua,
Sejak jadi penasihat takaful, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Suka, duka, kelakar semua ada. Alkisahnya semalam, saya cek akaun Maybank tiba-tiba ada duit orang transfer melalui cash deposit. Memang ada beberapa client saya yang transfer duit masuk akaun untuk bayar caruman. Kebetulan jumlah yang dimasukkan tu sama dengan client saya kat Penang. Tapi bila tanya dia, dia kata tak masukkan pun. Jadi jenuh satu hari memikirkan duit siapa lah pula ni.
Sampai terpaksa buat iklan kat FB lah punya pening taktau duit siapa. Habis saya minta suami pun tanya client dia. Akhirnya dah dekat tengah malam baru dapat tau, betullah kawan suami saya yang transfer duit. Tapi patutnya lain amaun, yang masuk ni tak cukup RM10. Rupa-rupanya cash deposit machine tu reject duit RM10 dia lagi sekeping. Adududu. Penat tapi legalah dah tau siapa yang empunya.
Duit orang ni jangan dibuat main. Lagi-lagi duit untuk bayar bulanan takaful. Buatnya payment tersangkut lepas tu apa-apa jadi nanti tak dapat claim ke apa. Bahaya tau. Saya pun tak berapa gemar sebenarnya client transfer duit dalam akaun peribadi saya, takut terlepas pandang.
Jadi marilah saya cerita, ada beberapa cara untuk buat bayaran takaful/insurans PruBSN sebenarnya.
- Bayaran melalui kad kredit/debit. Ini cara paling mudah dan berkesan. Cuma perlu isi borang bersama details kad, sign, ejen hantar pada Prudential dan mereka akan proses. Client perlu call bank untuk authorizekan PruBSN untuk debit akaun. Jadi setiap bulan dia akan tarik dari akaun. Selalunya awal bulan, tapi kalau tak berjaya (baki dalam akaun tak mencukupi), cubaan kedua pada tengah bulan dan cubaan ketiga pada akhir bulan. Kena take note ye, kalau tukar kad mesti inform pada ejen untuk isi borang baru. Sebab bila tukar kad, bermakna nombor kredit/debit kad pun tukar.
- Bayaran melalui potongan auto debit. Cara ini pun baik juga. Lebih kurang sama macam cara 1 di atas. Beza dia yang ni dia guna nombor akaun bank. Macam bank seperti Maybank, client cuma perlu isi borang dan ejen terus hantar pada PruBSN untuk diproses. Tapi akaun CIMB dan BSN, client perlu bawa borang pergi kaunter bank untuk dapatkan cop pengesahan, lepas tu baru ejen hantar ke PruBSN. Yang kalau tukar kad atm baru pun tiada masalah, tak perlu isi borang baru sebab nombor akaun masih sama kan.
- Bayaran tunai/cek. Ok ini yang tricky sikit bagi ejen ni. Bayaran tunai pula ada beberapa cara lagi.
- Duit tunai di bayar di kaunter Prudential. Boleh bayar sendiri atau serah pada ejen. Tapi sangat tak digalakkanlah cara ni ya.
- Bayaran melalui online banking bill payment, Maybank2u atau CIMB Clicks contohnya.
- PruBSN Touch. Ini cara bayaran paling baru dan mudah dibuat oleh client sendiri pun. Cuma perlu masuk website https://www.prubsn.com.my/ dekat atas belah kanan ada butang PruBSN Touch. Cuma perlu masukkan nombor polisi, jumlah bayaran dan bayaran akan diproses melalui sistem FPX (macam online shopping).
- Bayaran melalui Biro Angkasa bagi kakitangan kerajaan. Potongan gajilah kiranya.
Jadi anda berhak memilih cara bayaran yang paling sesuai ikut pilihan masing-masing. Kami sangat galakkan bayaran secara automated melalui kredit/debit/auto debit. Sebab apa? Untuk elakkan lupa bayar, tu je. Tapi ada orang nak lebih fleksibel, pon tak kisah.
Cuma ingat satu je. Sebaik-baik plan insurans/takaful adalah yang dibayar carumannya hehe. Bercakap panjang pasal bayaran pun tiada guna, sekiranya anda tiada pelan takaful. Nak buat satu? Boleh je contact saya. Okay terima kasih kerana membaca!
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998