Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

Khamis, 3 Januari 2019

2019



Salam semua.

Selamat Tahun Baru 2019!! Alhamdulillah dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya masih lagi bernafas di muka bumi ni dengan kesihatan yang baik. Anak-anak dan keluarga semua pun baik-baik. Syukur Alhamdulillah.

Macam mana dengan setahun 2018 semua? Disimpulkan saya rasa semuanya baik-baik saja. Banyak benda yang berlaku tapi yang penting pengakhirannya baik.

2 anak lelaki saya berjaya dikhatankan. Alhamdulillah! Pencapaian di sekolah pun Alhamdulillah baik-baik semua. 2 orang tu dapat merasa naik pentas ambik anugerah. Syukur sangat.

Sebelum berkhatan sempat saya bawa anak-anak ke MAPS dan jalan-jalan seminggu di Penang. Balik dari Penang, terus majlis kecil-kecilan sempena khatan dan akikah anak saudara. Bila dah khatan tu, berehat sajalah mereka di rumah.

Saya pula yang penuh dengan aktiviti company di hujung tahun. Bermula dengan training dan exam Scheduled Waste competent person di Penang. Lepas tu event bersama ahli kelab sukan di Lost World of Tambun. Penutup 2018 dengan annual dinner di Casuarina Meru.

Memang berkejaran ke sana ke sini. Dengan event yang padat, jemputan kenduri dan acara mencari persiapan sekolah anak-anak. Tak cukup nafas mama dibuatnya. Penat tapi seronok dan puas hati dapat laksanakan semua aktiviti yang dirancang.

Azam tahun baru saya tahun ni simple saja, iaitu SABAR. Kenapa sabar? Sabar bukan sahaja bila diuji. Sabar merangkumi seluruh aspek kehidupan. Sabar dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya, isteri, ibu, anak, pekerja. Sabar dalam berdoa dan meminta. Sabar dengan menahan diri dari bermalas-malasan. Sabar dalam berusaha untuk mencapai setiap yang dihajati. InshaAllah. Semoga istiqomah dan semoga diberkati dan diredhaiNya. Apapun, hidup harus terus maju ke hadapan ya kawan-kawan? Azam you all semua pula macam mana?

Cukuplah saya menulis sampai di sini. Saya belanja serba sedikit gambar sepanjang tahun 2018 ya=)

Majlis Kahwin Haziq, April 2018.

Hari Raya Aidilfitri 2018

Menara Kuala Lumpur
Training ISO di KL

Malaysian wedding
Kenduri kahwin sepupu belah suami di Kuala Kangsar

Bayar saman trafik dekat DBI beratur 6 jam!

Raya Haji 2018

Sukan sempena sambutan Hari Merdeka Tabika Kemas

SUKMA Perak 2018

Seminar IGEM di KLCC 

taman tema Perak
Lawatan ke MAPS bersama sekupu-kupu 

chalet atok dolah
Family day di Chalet Atok Dollah Kampar

Hari Anugerah Sekolah Agama Abang Haikal

tempat menarik Penang
Design Village Batu Kawan

sunat kanak-kanak
Majlis berkhatan dan akikah (sepupu)

panduan bersunat
Sejurus sebelum khatan

taman tema Perak
MAPS sekali lagi bawa Adik tersayangg

tempat menarik Perak
Aktiviti kelab sukan company di Lost World of Tambun

dinner tema retro
Company Dinner Event di Casuarina Meru Perak


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 8 November 2016

Ular Naik Kapal Terbang First Class!

Snake surprises first class passengers on plane

Heee.. Ular pun nak naik kapal terbang? Sumber dari Astro Awani, berita hari ini. Kejadian berlaku di Mexico dan saya agak domestik flight, katanya dari Torreon to Mexico City.

Bercerita mengenai ular, saya dulu di kampung biasa sangat nampak ular. Sebab saya dan nenek tinggal di lereng bukit. Kawasan tu cuma rumah kami je seketul, jauh dari orang. Depan rumah ada sekolah rendah, tapi keliling memang hutan dan bukit bukau. 

Bila musim kemarau, terkadang jumpa ular dekat dapur, lepak atas simen. Mungkin cari tempat sejuk. Bahagian dapur rumah arwah nenek saya rendah kat atas tanah dan agak gelap. Nasib baik ruang tamu bilik-bilik semua belah atas. Biasalah rumah kampung dulu-dulu kan tinggi.

Bila jumpa ular, nenek saya yang gagah perkasa yang uruskan. Selalunya ketuk dengan kayu penumbuk lesung kayu ataupun batang buluh. Lepas tu campak jauh-jauh ke arah bukit. Ular yang kami jumpa pula bukan calang-calang ular. Jenis ular tedung yang garang tu. Nenek saya kata bangkai ular jangan sesekali dibakar, nanti kaum kerabat dia datang untuk balas dendam. Kebenarannya wallahualam.

Saya pun pernah sekali pergi buang sampah. Melangkah nak meletak kaki ke tanah sambil berjalan, tiba-tiba baru perasan ular lalu kat bawah kaki tempat saya nak berpijak. Terus saya kaku dan menahan nafas sebab takut ular dengar haha. Berpeluh jugalah dengan jantung berdegup laju. Alhamdulillah saya selamat. Mungkin lakonan saya menjaadi, ular tu pun berlalu pergi begitu sahaja. Ingat lagi warnanya hitam berkilat! Huhu.

Ular daun tak payah ceritalah. Boleh kata selalu sangat jumpa sebab banyak pokok mangga sekeliling rumah. Pak cik saya selalu tangkap dan usik saya. Benci betul. Ular daun agak kurang bahaya tu dia berani buat main kot.

Paling takut kalau jumpa ular kapak. Ular kapak ni kecik halus lebih kurang macam ular daun juga. Tapi warna merah. Katanya berbisa sangat ular ni. Gerun juga kalau jumpa tu. Huhu.

Banyak kisah saya berdua dengan arwah nenek. Sayang Chik. Semoga tenang di sana. Al-Fatihah.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...