Memaparkan catatan dengan label tips penjimatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips penjimatan. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Januari 2021

#DAHSETEL

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Harga minyak petrol 30 Januari - 5 Febuari 2021


Hari ini saya nak kongsikan tentang aplikasi #Setel. Ia ada aplikasi untuk memudahkan urusan pembayaran ketika mengisi minyak di stesen minyak Petronas. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Setel, daftar sebagai pengguna, masukkan maklumat bank anda, top up. Seterusnya bolehlah bayar guna apps sahaja nanti, tanpa perlu ke kaunter atau swipe kad bayaran anda di panel pam.

Saya baru guna aplikasi ini dalam 2 bulan. Jujur saya katakan, memang sangat memudahkan urusan. Terutama buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, anda tak perlu bawa anak ke kaunter atau tinggalkan mereka di kereta untuk buat pembayaran. Boleh bayar terus dari dalam kereta je! Lebih selamat, bukan? Lagipun di saat Covid-19 masih tak surut ni, adalah lebih baik untuk mengurangkan contact sebaik mungkin kan.

Anda juga boleh memasukkan maklumat dan link kan keahlian kad Mesra anda ke dalam aplikasi Setel. Tak perlu bawa kad fizikal lagi. Dan point mata ganjaran anda akan ditambah secara automatik! Kad Mesra saya sendiri dah rosak sebab saya gunakan untuk mencungkil pintu yang rosak =P Kadang-kadang lupa bawa. Kadang-kadang adik cashier swipe laju-laju, point tak masuk pun -_-; Jadi guna aplikasi Setel, senang kan?

Selain daripada tu, boleh tengok rekod pembelian petrol, cek harga petrol semasa, terima penyata bulanan dan semak lokasi stesen minyak terdekat. Best kan? Boleh membantu mengurus budget dengan berkesan tau. Contohnya setiap kali gaji, top up siap2 mengikut budget bulanan penggunaan petrol anda. Jadi tak adalah masalah kut terbabas guna duit ke lain, nak isi minyak dah susah pulak nanti.

Apa pun, bergantung kepada keselesaan masing-masing ya. Bagi saya, baguslah aplikasi ni. Anda boleh cek di laman web rasmi Setel nanti ya untuk maklumat lebih lanjut. Jika nak download dan sudi guna kod saya ni https://www.setel.my/ref/beufr, terima kasih banyak. Kita untung sama k=)


KAK SITI EJEN UNIT TRUST ANDA=)

Selasa, 8 Januari 2019

KADAR DIVIDEN ASNB 2018


Salam semua,

Sebagai rakyat Malaysia bumiputera saya rasa sangat bertuah sebab kita ada banyak pilihan ruang pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Kebanyakan orang yang sudah bekerja saya rasa pasti ada membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji kan.


Kalau nak tau, boss saya yang Jepun tu pun jelous tau dengan kita. Sebab kata dia kadar dividen Tabung Haji tu pun sebenarnya sangat tinggi dan yang paling penting risikonya sangat rendah. Kalau boleh, dia pun nak menyimpan dengan Tabung Haji katanya!

Hari ini saya nak kongsikan kadar agihan dividen ASNB bagi simpanan tahun 2018 yang telah diumumkan pada 21 Disember 2018. Iaitu total sebanyak RM 7 sen seunit. Yang ada buat simpanan ASB. anda semua semua dah pergi cek baki akaun ke?


Saya? Saya tak cek pun. Sebab tak ada duit dalam tu he he.. Saya baru ingat nak mula menyimpan balik dalam ASB ni. Saya berhasrat untuk register online, jadi lebih mudah untuk semak penyata dan buat sebarang transaksi tanpa perlu beratur di Pejabat Pos.


Bagi agihan Tabung Haji dan KWSP pula dijangkakan akan diumumkan pada pertengahan Februari atau Mac 2018. Sama-sama kita nantikan ya.

Bagi yang belum mulakan menyimpan, mulakanlah. Sedikit dulu pun tak apa. Jika anda nak merancang kewangan dengan lebih tepat dan jitu, eloklah jika awak semua mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan anda.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 28 November 2016

Percubaan Membuat Roti


Salam semua,

Tiba-tiba hari ni nak kongsi pengalaman buat roti. 32 hidup, inilah pertama kali cuba buat roti hehe. Sebenarnya memang sejak kebelakangan ni, banyak juga yang saya cuba-cuba buat sendiri. Menyahut seruan kerajaan untuk mengubah cara hidup jadi kita DIY kan je semua. Tahun ni juga pertama kali dalam sejarah saya buat kuih raya sendiri, walaupun hanya 2 jenis dan tak sempat raya dah habis. Yes, exactly itu yang sebenarnya. Anak-anak bujang saya semua kuat makan. Jadi satu kepuasan bagi saya walaupun bertangan bangku, bila masak dan tengok anak-anak bersungguh makan walau rasanya tak seberapa. Rupa lagi toksah cakaplah haha.

Resepi roti saya dapat dari http://www.sumarz.com/2015/04/resepi-roti-manis-gebu-lembut-dan-sedap.html. Terima kasih banyak-banyak sebab kongsi resepi. Saya copy je balik ye.

Bahan-bahan:
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

Cara-cara membuatnya:
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.

Nota: Saya tak letak telur pun sebab tak ada. Cara ke 10 pun saya skip sebab kelam kabut nak pergi kerja.

Doh yang sudah kembang

Uli lagi dan buat bulat kecik-kecik, susun dalam loyang

Doh yang ditinggalkan untuk mengembang. 

Selepas bakar dalam oven. Tak cantik kan.
Saya tak spray pun sebelum bakar huhu.

Dah siap. Saya pun tak sempat makan ni.
Lepas habis bakar terus pergi kerja.

Rupanya taklah susah sangat nak buat roti walaupun semua saya manual je. Tak ada apa mesin pun. Buat roti biasa macam ni memanglah tak susah kot nak dapat yang cantik tu yang susah haha. Yang penting makan kenyang dan anak-anak suka Alhamdulillah.

Memang satu tips penjimatan yang bagus ni bila boleh buat roti sendiri. Bahan-bahannya pun masih dalam kategori murah dan mudah didapati. Saya suka saya suka. Lepas ni boleh cuba letak inti kaya pulak.

Siti Sharini
Prudential BSN Takaful
012 296 1984
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...