Heee.. Ular pun nak naik kapal terbang? Sumber dari Astro Awani, berita hari ini. Kejadian berlaku di Mexico dan saya agak domestik flight, katanya dari Torreon to Mexico City.
Bercerita mengenai ular, saya dulu di kampung biasa sangat nampak ular. Sebab saya dan nenek tinggal di lereng bukit. Kawasan tu cuma rumah kami je seketul, jauh dari orang. Depan rumah ada sekolah rendah, tapi keliling memang hutan dan bukit bukau.
Bila musim kemarau, terkadang jumpa ular dekat dapur, lepak atas simen. Mungkin cari tempat sejuk. Bahagian dapur rumah arwah nenek saya rendah kat atas tanah dan agak gelap. Nasib baik ruang tamu bilik-bilik semua belah atas. Biasalah rumah kampung dulu-dulu kan tinggi.
Bila jumpa ular, nenek saya yang gagah perkasa yang uruskan. Selalunya ketuk dengan kayu penumbuk lesung kayu ataupun batang buluh. Lepas tu campak jauh-jauh ke arah bukit. Ular yang kami jumpa pula bukan calang-calang ular. Jenis ular tedung yang garang tu. Nenek saya kata bangkai ular jangan sesekali dibakar, nanti kaum kerabat dia datang untuk balas dendam. Kebenarannya wallahualam.
Saya pun pernah sekali pergi buang sampah. Melangkah nak meletak kaki ke tanah sambil berjalan, tiba-tiba baru perasan ular lalu kat bawah kaki tempat saya nak berpijak. Terus saya kaku dan menahan nafas sebab takut ular dengar haha. Berpeluh jugalah dengan jantung berdegup laju. Alhamdulillah saya selamat. Mungkin lakonan saya menjaadi, ular tu pun berlalu pergi begitu sahaja. Ingat lagi warnanya hitam berkilat! Huhu.
Ular daun tak payah ceritalah. Boleh kata selalu sangat jumpa sebab banyak pokok mangga sekeliling rumah. Pak cik saya selalu tangkap dan usik saya. Benci betul. Ular daun agak kurang bahaya tu dia berani buat main kot.
Paling takut kalau jumpa ular kapak. Ular kapak ni kecik halus lebih kurang macam ular daun juga. Tapi warna merah. Katanya berbisa sangat ular ni. Gerun juga kalau jumpa tu. Huhu.
Banyak kisah saya berdua dengan arwah nenek. Sayang Chik. Semoga tenang di sana. Al-Fatihah.
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Camane ular tu bole masuk ek? Pelik gak nih.
BalasPadamBiasalah kalo duk kampung, ular tak bole elak, rmh arwah mak akk selalu gak masuk ular, mak siap ada kayu org tganu panggil kayu tas, kayu ni katanya buat ular jadi lemah.
ular pun teringin nak merantau agaknya hihi..lama tak dengar tu kayu tas. ada lagi tak agaknya..
Padamtringat arwah tok yui. ular dok ada atas dada dia time dia tdo
BalasPadamOrang melayu kata ular, orang putih kata snake. Orang putih kata snake orang melayu kata ular.
BalasPadam(Kunjunglah ke blog saya. Ada entry baru:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com)
Orang melayu kata ular, orang putih kata snake. Orang putih kata snake orang melayu kata ular.
BalasPadam(Kunjunglah ke blog saya. Ada entry baru:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com)
Salam kenal.. alamak geli la pulak. hahahah
BalasPadamgeli kaki tgk snake ni
BalasPadam