Khamis, 22 Januari 2015

Jadi cantik dengan bedak sejuk

Assalamualaikum semua=)

Kulit tak terjaga kerana sifat culas


Ingat tak hari tu saya berkira-kira nak membeli produk penjagaan kulit kat sini? Sudahnya sampai sekarang tak beli lagi. Sebab utama Abang Veder tak berapa approve. Sebab dia tau sangat perangai saya ni sat lagi hangat-hangat tahi ayam je. Bila malas nanti tak guna, membazir je beli kalau yang mahal tu. Itu yang jadinya kulit muka terbiar je tanpa kasih-sayang. Dan saya pun memang cheapskate hahahaha.

Bedak Sejuk Beras Pulut


Entah macam mana lebih kurang sebulan lepas, dalam duk mengGoogle cari-cari skin care tu saya jumpa pulak blog orang share tentang cara buat bedak sejuk. Dan rata-rata kata pakai bedak sejuk pun bagus juga. Jadi tanggal 31/12/2014 hari tu bermulalah kisah saya dan bedak sejuk. Haha. Saya guna beras pulut lebihan dari masak nasi dagang dulu, rendam dalam air dalam 3-4 genggam beras. Sementara nak tunggu bedak sejuk menjadi, saya basuh muka guna air basuhan beras. Segala pencuci muka semua saya stop guna. Hari-hari saya tukar air rendaman dia supaya tak busuk.

Seminggu saya rendam, beras dah mula la jadi rapuh sikit. Memang ambil masa lama buat bedak sejuk ni. Saya tengok ada orang tulis makan masa bertahun-tahun baru beras hancur sepenuhnya dan jadi macam tepung tu bila kering. Oleh kerana sifat tidah sabar saya, hari ke 7 tu saya blend beras tu haha. Lepas tu sambung rendam balik, sampai sekarang dan hingga bila saya pun taktau hehe.





Saya dah mula sapu kat muka 3 minggu jugalah. Pagi sekali, malam sekali. Saya pakai sekejap je, bila kering for few minutes tu saya basuh. Selalu pakai sebelum mandi sambil-sambil buat kerja rumah atau siapkan baju anak-anak ke sekolah. Masa mandi nanti basuh sekali je senang.

Saya ambil yang lapisan teratas sekali. Beras yang dah betul-betul hancur dia jadi warna putih dan likat. Bau pun wangi je. Oh saya rendam dalam balang kaca, tutup dengan kain. Supaya bendasing tak masuk dan supaya gas-gas yang terhasil akibat penguraian beras boleh dilepaskan ke udara.  Ha saintifik sangat hehe. Kalau gas terperap dalam balang nanti jadi busuk atau takut meletup. Amboi over.

Perubahan pada kulit muka


So far Alhamdulillah, kesan positif. Jerawat atas dahi 2-3 ketul hilang dan parut makin pudar. Saya rasa kulit lebih licin sikit dan tona warna kulit lebih sekata. Lembut juga sikit. Saya rasa saya bukan perasan. Sebab Abang Veder pun kata saya lebih hot semenjak pakai beras -_-;

Tapi betul lah. Sekarang saya keluar rumah tak pakai foundation atau compact powder pun takdalah rasa buruk sangat muka ni. Dan kalau nak apply foundation pun sikit je pun dah cukup. Nak terus pakai compact powder pun boleh. Tapi selalunya saya tak pakai apa-apa dah. Konon nak back to natural gitu haha.

Harapan


Saya harap dapat terus istiqomah menjaga kulit muka, badan dan penjagaan diri segala keseluruhan. Umur makin meningkat. Tambah pula sejak dua menjak ni heboh sangat cerita suami curanglah, suami kawin dua tiga empat tanpa pengetahuan isteri lah. Minta dijauhkan. Tapi dalam masa yang sama kenalah kita berusaha menawan hati suami kan hehe. Motif sangat nak jadi cantik sebab takut suami kawin lain haha.

Lepas ni target saya nak buat treatment guna lemon pulak. Lepas tu buat mosturizer guna daun aloe vera. Pokoknya dah ada kat rumah mak hehe. Saya taknak buat semua dalam satu masa. Try satu satu supaya boleh tau mana yang berkesan. Lagipun nak mengajar diri supaya konsisten. Guna homemade remedies ni kenalah sabar. Kesan bukan dalam masa sehari dua. Tapi saya percaya kesannya tetap ada dan lebih selamat. Tengok sajalah nenek kita dulu-dulu pun cantik je dengan pakai bedak sejuk hehe.

p/s: Tapi kalau orang yang mampu pakai SKII pun tiada salahnya. Go for it heheh.

16 ulasan:

  1. masa dikmpung dulu2 adalah pakai bedak sejuk siang juga malam,biasa pakai masa nak tidurkan....skrg ni klu pakai org sbelah bersin
    lps tu leceh plk nak kemas lapik bantal huhu kes mls ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. he he tulah saya pun tak pakai buat tidur..pakai kejap then biar kering about 10 minutes pastu basuh.

      Padam
  2. dulu rajin sangat tambah kalau ada jerawat. mesti picit sikit jus limau nipis atau lemon. masa tu muka macam meletup2 rasa sebab pedih jerawat nak kecut gamaknya. tapi memang. jerawat sangat cepat kecut balik. sekarang je tak rajin sobssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kembalikan kerajinan kira! demi kemaslahatan bersama hehehe

      Padam
  3. Assalam siti,
    oohooiiiiiiiiiiiiiii ghajinnya uols
    iols ni memang dari anak dara pemalaih bab2 nak belek muka ni haaaaaaaaaa he3
    ater kulit kan kelabu asap, xnampak sangat kalo berdanok he3
    tapi sekarang ni iols dok cari kekdah2 nak ilangkan ANGIN dalam badan
    makin teruk sob3

    BalasPadam
  4. dl zaman muda remaja ms tok ada lg kami suka mkn bedak sejuk yg tok buat...errr...pelik ka?
    hahaha...tu la tabiat pelik kami...mkn bedak sejuk.pkainya idok pon tp mmg kulit halus je...xda jerawat.skrg?rjin pulak jerawat ni naik klau stress

    BalasPadam
    Balasan
    1. makannn???!!!

      well tapi beras memang boleh makan pun hehe..kalau xcukup cantik lagi mungkin pasni saya try mkn jugaklah haha

      Padam
  5. ehehehe SKII tu pun guna beras la kan ? Cik Siti dok jepun mesti tau sangat kan SKII hehehe.. CT penah try skali tapi bak maintain memang kering poket. memang baguih tapi x dapatla nak teruskan..

    BalasPadam
  6. boleh mula bisnes bedak sejuk lepas nk behehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bisnes???
      oh tidakkk nak buat untuk pakai sendiri pun jenuh haha..tu pon duk ada dalam balang lagi belum titik or keringkan pon.. mungkin CT boleh tolong buatkan heheh

      Padam
  7. Owh..guna kekdah sains jugak ye. Hehe.
    Rajin buat sendiri.. Tapi, kalau saya pun x sabar.
    Takkan nak tggu bertahun. Memang blender je abes cite.

    BalasPadam
  8. Abang vendor x kasi?
    Saya x mintak izin sebab suma ongkos sendiri.
    Kalau ongkos takde, saya melopong je..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abg Vederr he he he..saya guna ongkos sendiri jugak tapi still tanya juga juga pendapat dia hehe

      Padam
  9. Baru start pakai smlm. Sbb jerawat dah mula bercucuk tanam. Hehe. Harap2 licin balik la nnt.

    BalasPadam
  10. Kena peram lama sikit baru jadi mcm sk11 @ sk2 kawan aku kata

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...