Hari ni saya bangun pagi dan masih bernafas. Syukur Alhamdulillah.
Hari ni saya masih sihat dan cergas. Syukur Alhamdulillah.
Hari ni suami dan anak-anak saya pun bangun, sihat dan cergas. Syukur Alhamdulillah.
Hari ni saya bangun masih ada kerja punca mencari rezeki. Syukur Alhamdulillah.
Hari ni saya mampu makan minum tanpa sebarang kepayahan. Syukur Alhamdulillah.
Hari ni mata saya masih mampu melihat, warna-warni duniawi walaupun sedikit rabun tapi boleh pakai lens. Syukur Alhamdulillah.
Hari ni saya masih berkereta, dapat datang kerja dengan selesa walaupun lambat 2 minit. Syukur Alhamdulillah..
Terlalu banyak yang perlu saya syukuri. Syukur Alhamdulillah.
What about you? Apa yang anda syukuri hari ini? Setakat pagi ini?
Saya, banyak sekali=)
Assalam Siti,
BalasPadamSyukur Alhamdulillah
iols lewat 10minit rini :P
Ater Fayyadh tak bagi iols mangkit dari katil he3
hari ni produce susu dah kembali normal. alhamdulilah :)
BalasPadam