Selasa, 6 Januari 2015

Latihan kegel baik untuk otot pelvis

Salam semua=)

Sempena dengan azam 2015 saya untuk menjalani gaya hidup lebih sihat (insyaAllah..amin), pagi ni saya nak share pasal kegel exercises. Tau tak apa ni? Okay, latihan kegel ni adalah senaman pada otot pelvis untuk membantu menguatkan otot. Dipanggil juga senaman kemutan (menurut Karangkraf)

Senaman ni baik untuk orang yang mempunyai masalah terleak air kecil masa batuk, bersin mahupun ketawa. Maksudnya otot-otot kat kawasan pelvis tu agak lemahlah. Macam mana boleh lemah otot ni? Antaranya: selepas menjalani proses mengandung, bersalin, operation, penuaan dan juga overweight. Penting ya untuk ibu-ibu semua. Bapak pun sama hihi.

Macam mana nak buat senaman ni? Senang sangat. Hanya perlu 'kemut' otot pelvis. Untuk permulaan cuba dulu kemut 5 saat, lepas tu rehatkan 5 saat. Then ulang lagi sampai 10 set. Kalau boleh buat 3 sesi satu hari. Maksudnya 30 set lah. Mungkin sekali pagi, petang dan malam ke.

Tak tau otot mana? Untuk pertama kali, cuba tahan masa tengah buang air kecik tu. Kalau berjaya, haa tulah ototnya. Tapi jangan pula buat latihan ni masa tengah buang air, bahaya.

Latihan ni senang sangat sebab boleh dibuat kat mana-mana, bila-bila masa saja. Sambil duduk baca e-mail kat office, sambil tengok TV, bila-bilalah. Cuba jadikan rutin harian. Hasilnya mungkin akan kelihatan dalam beberapa bulan. Kesan mungkin lambat tapi ianya senang, murah, semulajadi dan yang penting selamat. Tak perlulah puan-puan semua beli pil ke apa-apa tanpa preskripsi yang belum tentu isi kandungan dan keselamatannya.

Read details here.

9 ulasan:

  1. akak pun tau pasal senaman kegel ni, senang je sebenarnya, tapi biasalh benda senang, mudah sgt lupa nak buat, padahal boleh buat bila-bila masa je kan.
    Akk tgh belajar pasal SEO tu, byk lagi tak faham

    BalasPadam
  2. nice sharing.. belum pernah buat lagi. nanti boleh cuba :)

    BalasPadam
  3. Senaman yg mudah dan baik utk kita org perempuan
    Duduk di pejabat pun boleh buat..

    BalasPadam
  4. Masa saya ajar patient2 saya, ramai yg tergelak gelak / tersenyum...

    :P

    BalasPadam
  5. Bila ingat buat.. tapi asyik lupa.. ok.. lepas ni InsyaAllah tak.. siap letak nota depan pc lagi.. ;)

    BalasPadam
  6. Penerangan yang cukup baik, CS.
    Harap boleh dipraktikkan oleh semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai wanita berumur ada masalh urinary incontinence ni. So better start exercise early.

      Padam
  7. senaman ni pun antara tips tuk senang bersalin

    aa'h tgh berblog pun boleh je nak wat senaman ni kan hehe

    BalasPadam
  8. Senaman yang mudah dan boleh amal pada bila2 masa je kan..

    tapi tulah kekadang lupa :D

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...