Ahad, 28 Jun 2015

BERJIMAT DENGAN DRESS MURAH DAN BERKUALITI DI HARI LEBARAN

Salam semua=))

You all semua dah beli baju raya ke? Saya belum lagi T___T .. Takdelah sedih pun sebenarnya. Setiap tahun pun macam ni. Selalunya sediakan kelengkapan anak-anak dan suami dulu, saya paling last sekali dekat-dekat raya baru beli. Sebab apa? Sebab saya kan lone ranger hihi. Anak-anak semua lelaki, jadi sedondon dengan abahnya. Saya seorang je bunga dalam keluarga tak perlu nak matching dengan sapa-sapa so saya bebas lah pilih mana yang berkenan. Cuma cari yang boleh match warna sesikit dengan askar-askar semua je. So tahun ni apa tema agaknya ya? Taktau lagi sebab baju askar semua pun belum beli hihi.

Trend sekarang orang suka pakai dress kan? Saya pun suka juga pakai dress kadang tu. Sebab apa? Sebab senang sekali sarung je dah siap. Kadang saya pergi kedai runcit pakai dress sebab malas nak tukar-tukar baju seksi yang pakai kat rumah tu, sarung je kot atas. Hehe. Dress pun banyak sangat pilihan sekarang ni. Yang kat kedai banyak, yang online lagiii banyak. Boleh berpinar mata nak memilihnya haha. Yang penting duitnya ada ye dak.

Gambar tahun lepas, kenduri sepupu di Pantai Merdeka
 Bagi sesiapa yang serupa saya suka beli last minute nih, meh sini nak share sikit ihiks. Raya tahun ni kan akan jatuh pada tanggal 17/18 Julai kan, maksudnya kurang dari 3 minggu je lagi. Tengah bulan tu errmmm biasalah mostly orang gaji pun belum masuk, susah tu, (Padahnya shopping last minute haha). Lagipun duit mesti dah banyak habis buat kelengkapan raya yang lain kan. Beli baju anak-anaklah, kuih raya lah barang rumah lah,macam-macamlah. Kalau yang balik kampung jauh-jauh tu, ha lagilah. Duit minyak lagi, tol lagi, mana nak servis kereta lagi. Disebalik kegairahan nak balik beraya, keselamatan perlu diutamakan! (Pesanan khidmat masyarakat hehehe).. Pikir pun dah pening @@

BUT! FRET NOT! Jangan bimbang jangan risau kakak-kakak, adik-adik, rakan-rakan seperjuanganku sekalian! Raya tetap raya hehe. Kita tetap boleh berjimat sambil tampil anggun jelita di hari lebaran dengan membeli koleksi dress murah berkualiti di Zalora Malaysia. 


The best thing about Zalora dresses ni, semuanya keluaran brand ternama tau. ZALIA ada, ZAWARA ada, LUXE by Ethnic Chic ada. Macam-macam adalah. Cuba try p tengok sendiri, tengok apa lagi yang ada.

That's not all! Dahlah cantik-cantik dressnya, harga pun berpatutan. Buat apa nak bayar lebih kalau kita boleh memiliki dress yang cantik-cantik ni dengan harga yang lebih murah kan? Boleh berjimat sikit. Kang nak bagi duit raya lagi barang seringgit dua kat anak-anak sedara penuh sekampung tu =P


Dress depa ni bukan saja cantik, ikut pulak trend terkini (barulah macam retis sket). Koleksi dress ni juga berkualiti tinggi, dan yang penting sesuai untuk muslimah yang berhijab. Sekali sekala bergaya dengan dress di pagi Syawal nan indah, pastinya penampilan cik kakak semua akan lebih menyerlah dan terserlah. Silap-silap boleh buat cik abang jatuh cinta lagi kak cik kakak ihiks.

Antara 3 dress kat atas, yang mana you all suka? Yang pesen lain pun banyak lagi cantik-cantik, bolehlah you all tengok sendiri kat website dia ye. Kalau you all beli nanti, jangan lupa tampal gambar you all banyak-banyak bergaya dengan dress Zalora kat blog nanti. Boleh Cik Siti tumpang usha sama=))

Jumaat, 26 Jun 2015

LINDUNGI PELABURAN DENGAN PRUBSN TAKAFUL

Salam Jumaat semua..

Selasa sampai Khamis minggu ni saya attend training untuk cukupkan CPD hour sebagai ejen takaful PruBSN. Kami memang wajib attend training semua ni setiap tahun. Kalau tak nanti habislah lesen ditarik balik. Penting untuk belajar dan terus belajar supaya kami pulak boleh sampaikan pada anda-anda kat luar sana pasal pengurusan kewangan berasaskan takaful, pengurusan dan pembahagian harta, macam mana nak bantu anda mencapai impian dan memberi anda a piece of mind dalam kewangan. Macam-macam kami belajar sebenarnya. Jadi kalau anda dah ada ejen insurans/takaful yang servis anda, anda berhak untuk tanya macam-macam soalan berkenaan kewangan ni kat dia. Kerja kami bukan setakat jual insurans, kerja kami sebenarnya adalah untuk mendidik anda merancang kewangan berasaskan takaful.

So hari ni saya nak cerita sikit kenapa penting untuk kita lindung dulu sebelum melabur atau membina kekayaan.. Ada seorang kawan saya ni bila saya advice dia untuk sertai takaful, dia kata nantilah, dia nak melabur dulu. Which is okay juga. Tak salah. Tapi cuba bayangkan, kalau dia melabur banyak-banyak sampai katakan duit terkumpul ada RM50,000. Lepas tu suddenly kena heart attack, nak buat operation makan belanja RM50,000. Agaknya mana dia nak ambil duit banyak-banyak tu? Mesti dari duit yang dia ada kan? Then sekelip mata duit dia gone. Itupun kalau cukup.. kalau tak cukup for sure kena berhutang lagi..

Then lepas operation, agaknya berapa lama pulak masa dia akan ambil untuk kumpul balik RM50,000 tu? Dengan keadaan baru lepas operate jantung, sekuat mana dia mampu bekerja lepas tu? Tapi kalau dia ada perlindungan takaful PruBSN atau mana-manalah, kos rawatan dah kawtim. Dapat pulak lagi sejumlah duit lump sum boleh lah buat guna untuk bayar kos ulang alik ke hospital, kos-kos tambahan rawatan, buat belanja harian sementara tak boleh bekerja, banyak lagilah yang you all boleh fikirkan. On top of that, dah tak perlu bayar lagi bulanan takaful tu, jadi percuma. Nampak tak? Pentingnya untuk kita ada insurans/takaful kesihatan dulu. Saving pon ada.

Sebab tulah kita kena rancang kewangan kita sebaiknya. Kalau nak juga melabur dulu tanpa ada apa-apa perlindungan insurans/takaful pon boleh. Cuma pastikan anda tahu consequences dia. Yang penting fahami dulu sebelum buat apa-apa keputusan, Kalau tak tau, boleh tanya pada yang tahu. Kalau tak apa gunanya ada kami?

Just so you know, anda boleh juga jemput saya untuk bagi talk berkenaan perancangan kewangan berasaskan takaful di office, sekolah, atau mana saja tempat anda bekerja. Tak perlu bayar apa-apa pun. In sha Allah saya usahakan=))

Siti Sharini
Wakil Prudential BSN Takaful dan Prudential 
012-2961984
siti.sharini@gmail.com

Rabu, 24 Jun 2015

RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Dah dekat seminggu pun bulan Ramadhan telah berlalu. Hari ni baru Cik Siti hegeh-hegeh nak wish hihi. Biar lambat asal selamat tak gitu?

So how's your Ramadhan so far? Moga-moga segalanya baik dan dipermudahkan segala urusan dan dapat beribadat dengan lebih kusyuk dan tawaduk hendaknya.

Maafkan saya yang mengabaikan blog ini sekian lama. Dah lama juga tak kongsi tips kewangan kat sini. Haa alang-alang dah tersentuh bab kewangan ni, sukalah saya nak mengingatkan, hati-hatilah berbelanja di bulan Ramadhan ni. Terutama di bazar-bazar Ramadhan tu. Moga-moga tiada pembaziran yang berlaku ye kawan-kawan. Kesian kat saudara-saudara kita sama, ada yang tak mampu pun nak membeli juadah berbuka. Semoga saudara-saudara kita yang di uji juga dimudahkan urusan dan diredhai Allah atas berkat kesabaran mereka Amin ya Rabb.

Saya ni sibuk sikit sekarang. Baru nak menyesuaikan diri dengan tempat dan kerja baru. Tapi inshaAllah saya cubalah nak update kat sini selalu ye. Jangan rindu-rindu taww ihiks.

Saya akhiri entry ini dengan satu teka-teki..

Cuba teka blogger mana yang saya jumpa masa pegi KL haritu?

Siapa dapat teka, saya bagi flying kiss satu. Hihi.

Jumaat, 5 Jun 2015

TRAVEL

Pada hemat saya, dalam banyak-banyak blog, mesti travel blog antara yang mendapat trafik tinggi kan? Zaman google menggoogle macam sekarang ni senang kan. Sebelum pergi mana-mana, tekan je dulu tot tet tot tet, berderet info yang keluar. Boleh lah buat persediaan sebelum pergi ke sesuatu tempat. Lagi-lagi kalau tempat asing kan.

Saya pun dah lama bebenor tak travel rasanya. Kalau travel pun mostly atas urusan kerja, atau mengikut family mertua. Tak pernah lagi travel holiday yang saya arrange sendiri. Sampaikan colleague saya pun ada tegur, eh you takde pergi holiday ke? Tak pernah nampak gambar you holiday dekat facebook pun. Heh.

Memang tak pernah pun. Selain Jepun, saya pernah pergi Korea je zaman muda mudi dulu haha. Kat Jepun alhamdulillah banyak tempat dah pergi. Tapi tu lah, gambar-gambar lama tak dapat retrieve. CPU yang lama pun masih dalam kotak lagi. Tak pernah buka since 2011 haha.

Saya sebenarnya teringin sangat kembali Jepun, tanah tumpah darah abang Haikal. (Darah saya sebenarnya, sebab saya yang melahirkan dia hehe). Nak pergi waktu winter sebab nak main snowboard ngee in shaa Allah amin.. Baby Hadi pun dah tak baby lagi dah. Boleh sangat nak main snowboard tu hehe.

Dulu saya tunggu Hadi besar, baru nak pergi travel. Sekarang dia dah besar terasa nak baby baru pula. Eh!

p/s: Doakan saya dan suami dapat qualify ke London tahun depan! In shaa Allah amiiinnn..


ANDAI KU TAHU

Salam Jumaat semua=))
Semoga hari ini usia kita, ibadat kita, kerja kita, rezeki kita, masa kita lebih diberkati dari hari-hari semalam. Semoga kita sentiasa berusaha dengan lebih keras lagi untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari semalam. Semoga hari ni kita lebih dekat lagi padaNya. Semoga hari ini ada ilmu bermanfaat yang dapat kita sampaikan pada sesiapa saja di sekeliling kita. Hari Jumaat hari yang baik untuk berdoa. Jadi doalah. Doa banyak-banyak. Apa saja yang terbuku di hati. Luahkanlah.

Allah al-Malik, al-Mutakabbir, Allah pentadbir sekalian alam. Allah yang mengatur segala pergerakan di langit dan di bumi. Percayalah Allah maha kuasa, sebesar-besar alam ini ditadbir olehNya. Maka Allah sajalah yang mampu menunaikan hajat-hajat kita, menyelesaikan permasalahan-permasalahan picisan kita (jika dibanding dengan besar dan kompleks nya ciptaan alam). In shaa Allah. Dengan izinNya. Dialah penawar, Dialah penyembuh, Dialah pembahagia setiap hati. Dengan izinNya.. Dengan izinNya =))

Panjang mukadimah hehe. Ada apa dengan lagu Andai Ku Tahu (Ungu)? Semalam masa membasuh pinggan, terngiang-ngiang lagu ni di telinga saya. Walaupun saya tak pernah minat sangat dan tak pernah tahu lagu ni. Hanya sikit-sikit tahu rentaknya saja. Tapi terbit rasa gembira dan tenang di hati.
Jadi hari ni, saya cari lagu ni dekat YouTube. Buat pertama kali saya tengok dan beri perhatian pada penyanyinya, dengar lagunya secara penuh dan tengok videonya. Masih lagi rasa tenang tapi ada air mata bergenang. Mengundang seribu rasa..

Maafkan emosi yang melanda. Sudahlah semalam dapat berita Ustazah yang juga guru kelas saya masa tingkatan 1 di STF telah pulang ke rahmatullah. Adik pada kawan sekolah juga turut sama dijemputNya pada usia 25 tahun (anak istimewa cerebral palsy). Moga syurga tempat mereka..
So, may you all have a great blessed day ahead. Apapun yang berlaku hidup mesti terus selagi ada peluang bernafas. Marilah hidup sambil menuju kejayaan yang hakiki di akhirat sana. Lahawlawala quwwata illa billah~ Tiada daya dan kekuatan melainkan dariNya.
Assalamualaikum=))


Selasa, 2 Jun 2015

MISI MENCARI MEE UDANG

Hari Ahad lepas lepas appointment ni Tesco Jelutong, saya plan nak bawak adik dan mak jalan-jalan cari makan. Kesian pulak depa asik terperap kat rumah je. Adik pulak minggu ni dah nak balik UiTM..

Masalahnya saya tak tau mana tempat nak pergi he he he. Nama je dah duduk Penang 3-4 tahun. Mula-mula ingat nak pergi Kota Kuala Muda, tapi tak dapat sebab time limited. Keluar rumah pun dah tengah hari. Punya call orang sana sini tanya tempat mana yang okay nak pergi.

Akhirnya kami sampai kat Pantai Robina, Teluk Air Tawar. Haha. Beberapa minit je pun dari rumah. Selama ni bila rasa nak lepak release stress kami selalu pergi Bagan Ajam. Padahal Teluk Air Tawar lagi dekat rupanya, tol pun tak perlu. Pergi Pantai Bersih Bagan Ajam tu kena 2 kali tol okay hehe.


Kami sampai masa tu pukul 2 petang. Kedai banyak tapi mostly tak buka. Kami makan kat satu kedai kecik je tepi pantai tu. Ada mee udang dan air kelapa yang super besar buah kelapa dia. Dahlah kami order satu sorang, ada 4 biji air kelapa. Overall rasa dia okaylah.Udang pun besar. Cuma portion mi dia agak sikit.




Kami order 4 mee udang, 2 nasi goreng cina, 1 mee bandung, 4 biji air kelapa, 1 lemon tea, 1 nescafe ais, total RM86.40. Diskaun empat kupang.. Boleh tahan juga harga dia.. You all ada tempat best nak rekemen kat saya? Saya suka pantai =))

ORANG BAIK, MENINGGAL AWAL?

Salam semua=))
Pernah tak dengar ungkapan macam ni? Bila ada orang meninggal, orang kata "Arwah seorang yang baik, orang baik selalu Allah sayang, sebab tu meninggal cepat.."?

Wallahualam. Semuanya rahsia Allah. Sebagai orang Islam kita percaya, ajal maut kita sudah pun ditentukan Allah. Tiada cepat atau lambat. Cuma kita yang taktau bila, di mana, bagaimana? Sebab tu kita kena sentiasa bersedia kan.

Pagi ini kami dikejutkan dengan berita seorang rakan kepada rakan kini sedang tenat akibat terlibat kemalangan. Semoga dipermudahkan buat mereka sekeluarga.

Membuatkan saya terkenang pada arwah abah saya, yang turut meninggal akibat kemalangan 15 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat arwah. Semoga syurga tempatnya di sana. Arwah pun amat baik orangnya.

Orang yang pergi akibat kemalangan, pada saya, pemergiannya agak sukar dihadam oleh ahli keluarga yang tinggal. Sebab perginya secara tiba-tiba. Semalam masih elok bergelak tawa, hari ni sudah tiada.

Apa pun yang pergi tetap pergi. Bekalannya setakat mana amalannya semasa hidup, ditambah doa anak-anak yang soleh/solehah, sedekah jariah dan ilmunya yang diajarkan dan diamalkan oleh mereka yang menerimanya.

Kita yang tinggal masih punya masa. Untuk perbaik mana yang patut in shaa Allah.. Semoga husnul khotimah milik kita semua amiin.

 p/s: Please drive safely, follow the traffic rules and do not use your handphone while driving.


Isnin, 1 Jun 2015

MAKAN GAJI SEBAB TIADA PILIHAN?

Boss saya pernah berkali-kali kata pada saya, kita sebagai orang makan gaji, beginilah hidup kita. Kita tiada pilihan. Suka atau tak, kita tetap kena kerja. Kena juggle between work and family.
Dulu, saya cuma senyum.
Pada saya, kita ada pilihan. Tak ada sesiapa yang memaksa kita bekerja. Apatah lagi memaksa kita buat kerja yang kita tak berapa gemar. Tak ada siapa yang paksa kita kerja dalam ofis yang penuh konflik dan politik pejabat. Contohnya.
Setuju atau tidak, sebenarnya pilihan di tangan kita. Kita yang memilih untuk terus menerus stay kat tempat sama walau tak happy. Kita boleh sebenarnya pilih untuk keluar dari tempat itu.

Of course, banyak sebab yang membuatkan kita rasa terhalang dari buat pilihan. Dan sebab utamanya ialah saya rasa, perasaan TAKUT. Takut tak cukup duit, takut tak mampu bayar hutang, takut bidang yang nak diceburi tak berjaya, takut orang kata belajar pandai-pandai tapi jadi surirumah. Itu normal.

Walhal yang sebenarnya kita kena keluarkan rasa takut dan timbulkan rasa berani. Berani berkorban. Berani keluar dari comfort zone. Berani hidup di bawah kemampuan. Berani buat perubahan. Berani untuk berjaya.

Apa pun, saya telah buat pilihan saya. Dan saya juga kena berusaha supaya pilihan yang saya ambil ini tidak memudaratkan diri dan keluarga.

5 TIPS BILA EJEN PRUBSN ANDA TIDAK AKTIF

Salam Isnin semua=))

Weekend lepas Alhamdulillah aktiviti penuh dengan appointment dan sharing info takaful dari Seberang Jaya ke Sungai Petani ke Jelutong =) Semoga dimudahkan jalan untuk kami terus membantu orang-orang yang mencari-cari perlindungan terbaik untuk diri dan keluarga.

Anyway saya nak share sikit pasal polisi anak yatim atau orphan policy ni. Orphan policy adalah merujuk kepada keadaan di mana seseorang ejen tidak lagi aktif sebagai ejen (berhenti/diberhentikan dsb), maka semua client dia secara automatik akan jatuh ke bawah tanggungjawab leader ejen tadi. Macam anak yang kehilangan ayah, sekarang perlu dijaga oleh ayah angkat macam tu lah.

Selalunya bila jadi macam ni, masalah komunikasi timbul sebab ejen baru tak directly kenal dengan pemegang polisi. Lepas tu ejen baru yang selalunya leader ni lebih sibuk dan mungkin tak sempat nak bagi perhatian pada anak-anak angkat. Akhirnya pemegang polisi terkontang-kanting bila nak berurusan hingga ada yang kena directly berurusan dengan kaunter.

Jadi saya kongsikan 5 tips bila ejen anda tidak lagi aktif.
  1. Dapatkan contact number ejen yang baru dan cuba hubungi dia untuk berurusan.
  2. Kalau tak dapat contact, kalau anda familiar dengan pejabat cawangan, bolehlah buat urusan sendiri.
  3. Atau anda boleh juga dapatkan nasihat atau pertolongan ejen lain yang masih aktif. Setakat untuk tolong buat claim dan sebagainya in shaa Allah boleh.
  4. Mohon untuk penukaran ejen yang baru. Kalau jumpa ejen baru yang anda selesa, mungkin boleh cuba mohon untuk buat penukaran ejen.
  5. Sebarang penukaran ejen dan sebagainya, seeloknya dibagitau pada pewaris. Supaya nanti apa-apa jadi pada anda, waris boleh contact orang yang sepatutnya untuk memudahkan urusan tuntutan pampasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...