Salam semua=))
Pernah tak dengar ungkapan macam ni? Bila ada orang meninggal, orang kata "Arwah seorang yang baik, orang baik selalu Allah sayang, sebab tu meninggal cepat.."?
Wallahualam. Semuanya rahsia Allah. Sebagai orang Islam kita percaya, ajal maut kita sudah pun ditentukan Allah. Tiada cepat atau lambat. Cuma kita yang taktau bila, di mana, bagaimana? Sebab tu kita kena sentiasa bersedia kan.
Pagi ini kami dikejutkan dengan berita seorang rakan kepada rakan kini sedang tenat akibat terlibat kemalangan. Semoga dipermudahkan buat mereka sekeluarga.
Membuatkan saya terkenang pada arwah abah saya, yang turut meninggal akibat kemalangan 15 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat arwah. Semoga syurga tempatnya di sana. Arwah pun amat baik orangnya.
Orang yang pergi akibat kemalangan, pada saya, pemergiannya agak sukar dihadam oleh ahli keluarga yang tinggal. Sebab perginya secara tiba-tiba. Semalam masih elok bergelak tawa, hari ni sudah tiada.
Apa pun yang pergi tetap pergi. Bekalannya setakat mana amalannya semasa hidup, ditambah doa anak-anak yang soleh/solehah, sedekah jariah dan ilmunya yang diajarkan dan diamalkan oleh mereka yang menerimanya.
Kita yang tinggal masih punya masa. Untuk perbaik mana yang patut in shaa Allah.. Semoga husnul khotimah milik kita semua amiin.
p/s: Please drive safely, follow the traffic rules and do not use your handphone while driving.
Arwah adik laki sy pon meninggal sbb kemalangan.Dh 10 tahun blalu.
BalasPadamBeberapa hari sblm tu arwah belikan tikar getah baru utk ry...beli cat & cat rumah baru renovate pstu time masak nk buka posa adik yg gorengkn bihun.
Tup2 tgh mlm polis mai ketuk pintu rumah mak habaq adik kemalangan.Ada kat spital S.Jaya.
Arwah anak yg jenis x menyusahkn mak bapak.Berusaha cr duit sndiri utk beli apa yg dia nk.Bukan jenis meminta2 pdhl dh tau mak pak org susah.
Moga arwah ditempatkn dikalangan org2 beriman....amin
Amin Zai..aminnn...
PadamAMIN
Padamberdebor2 kalo baca bab orang meninggal ni
sob3
ajal maut di tangan Allah....tapi kalau ajal dtg secara tiba-tiba mmg agak sukar diterima oleh keluarga...walau apa cara pon ALLAH jemput, semoga kita mati di dalam IMAN...wallahualam..
BalasPadamSinggah blogwalking...:)
Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html
Al Fatihah buat arwah abah awak.
BalasPadamYa, ungkapan Inggeris pun ada menyebut " The good dies young"
Yg penting, kita kena siap kan diri utk menjadi " the good pada pandanganNYA", so any time Dia jemput, Insya Allah..senang kita.
in shaa Allah DZ,,
PadamBiasa juga dengar kata-kata itu. Entahlah betul atau tidak, yang pasti ayah dan abang sulung saya memang orang yang baik-baik dan mereka pergi agak awal.
BalasPadamSemoga kawan kepada kawan yang terbabit dalam kemalangan tu akan lebih baik dari sakitnya dan alfatihah buat arwah abah Cik Siti.
tima kasih MD.. alfatihah juga buat ayah dan abg sulung MD..
PadamSetiao insan yg rapat dgn kita mmg kita rasa baik , kita sayang, dan bila Allah ambil kembali mmg trasa kehilangan, apa yg mampu kita hadiahkan Al fatihah selalu.
BalasPadamin shaa Allah kak..semoga kita istiqomah..
Padambiasa juga dengar kata-kata macam tu... itulah kan kalau sakit kita macam dah bersedia,tapi kalau meninggal sebab kemalangan ni seolah-olah kita tak bersedia je kan, dalam sekelip mata mereka tiada.. apapun akak doakan moga arwah abah ciksiti ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh
BalasPadamibarat kn mcm kata2 positif utk kuatkn semangat kita terima & redha dgn apa yg Allah tentukn.....al fatihah
BalasPadamAssalam siti,
BalasPadamAlFatihah
memang biasa dengar..mungkin Ada betulnya..lagi lama kita hidup lagi banyak kan dosa yang kita buat..semoga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadam