Selasa, 28 Oktober 2014


For things to change I must change first..

Khamis, 23 Oktober 2014

Breastfeeding bullies

Eherm..

Siapa yang pernah dengar term breastfeeding bullies ni? Pada yang taktau saya cerita sikit ye. Breastfeeding bullies ni refers to emak-emak yang BF anak dia dan terlalu taksub dengan breastfeeding hingga tahap menghina emak-emak yang bagi susu formula kat anak.

Lets give them a big NO!

Saya faham dengan kemajuan teknologi serta limpahan sumber informasi (eh!), it is actually a very good thing that mothers nowadays are very keen on breastfeeding their babies. Memang Allah pun sarankan kita menyusu anak sehingga cukup 2 tahun or setakat mutually agreed by both mother and baby. Tak dapat disangkal susu ibu paling baik bagi bayi.

But at the same time, kita juga kena faham tak semua ibu yang dikurniakan rezeki untuk menyusukan anak. Ada yang dah usaha macam-macam, beli breast pump mahal, makan supplement, power pumping lagi tapi masih tak mampu sediakan susu yang secukupnya untuk baby. As a final resolution kenalah bagi juga formula kan. Takkan nak biar anak kelaparan semata-mata nak mempertahakankan pendirian nak juga BF anak sebab orang sekeliling kita semua BF anak.

On the other hands, there are mothers who choose not to BF pun ada. Just leave it to them la kan. Kita tak tau apa masalah orang so lets not simply judge others dengan kecaman seperti:

Oh siapa tak BF anak, tak sayang anak..
Tak BF anak, nanti anak tak pandai..
Susu tak cukup maknanya malas nak usaha..

and what not..

I get it  some simply just nak nasihat. I also do sometimes, kalau ada orang ask for advice (saya pun BF anak2 juga).Atau bagi semangat. Cuma maybe diorang tak perasan yang their comments or remarks to actually boleh menyakitkan hati ibu-ibu yang lain. Ada yang extreme sangat komen nyer pun. Especially those yang nak sangat BF tapi tak dapat. So lets berhati-hati kalau tulis komen or update status kat FB tu. Takut tanpa disedari entah berapa banyak hati yang kita dah sakitkan.

Come on yer peeps. Bukan susu badan semata-mata yang menentukan sel-sel otak anak kita berhubung ke tak, anak kita pandai ke tak, sihat ke tak. Yes BF does help tapi it's not the only factor. Semua atas ketentuan Allah juga. Banyak lagi faktor lain, macam didikan kita, persekitaran, dan sebagainya yang bakal menentukan kelansungan hidup anak-anak kita.

Not breastfeeding does not make us less a mother.

Tidak menyusukan anak dengan susu badan tak menjadikan seseorang kurang keibuan.

Setiap ibu memang nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. We do our best within our capabilities. Yes, mengikut kemampuan masing-masing. In sha Allah..

Kuddos to those breastfeeding mothers. And to those non-breastfeeding mothers also. We worked hard being pregnant, lepas tu pushing the babies out into the world pulak. Breastfeeding or not, kita masih seorang ibu.

Apa pun pilihan kita yang penting jangan stress tau especially dengan pandangan orang sekeliling. Kita kena happy2 barulah anak pun happy kan =)

And do not judge! Dalam segala apa aspect pun, just stop judging. Bukan kerja kita tu nak bagi hukuman kat orang. There a lots of trouble kat dunia ni yang timbul just because of people keep on judging other people. Berlapang dada lah.. It's okay to give advice, but lets keep it moderate. Or better yet, give advice to those willing to hear only heheh.

Peringatan untuk diri sendiri juga ni. Mohon tiada yang terasa ya. Kalau ada, saya minta maaf tau.

Selasa, 21 Oktober 2014

TPM Dinner 2014

Assalamualaikum semuaaa..

Jengjengjeng!!!!

Baru nak upload cerita dinner yang kononnya Glitz n Glamarous itu.. Maaflah saya tak bawak camera pun haha. Memang selalu xbawa dan tak ambik gambar pun kalau event yang saya sorang jer pergi tak bawa anak-anak. Saya cuma menyelit-nyelit dalam camera orang he he..

So lihatlah akak Siti you all taklah merelit mana. Tudung half moon shawl hadiah dari mama yang dibuat dan dijahit manik sendiri. Baju from The Pop Look pun mama yang sponsor hihi. Kakak saya bagi untuk raya hari tu tapi for the time being mama saya tak muat nak pakai so bagi saya pinjam hehehe. Yer saya adalah sebegitu jimat ye kenkawan tak ada nya nak membeli baju baru ke apa. Walaupun ada juga teringin hahaha. Kawan saya pakai dress kembang n merelit macam elsa yang menang Best Dress, dapat hadiah voucher Pacific RM50. Bagi can lah kat orang-orang muda. Hihi..

Akak bertiga ni committee members yang organize event malam tu. Maaflah atas dasar privacy saya tak tunjuk lah wajah cun they all. Tapi seriously mereka memang cun lah kalau dah make up kat kedai kan.
Gambar blur sikit. Taktau apa diorang silap setting DSLR tu.. bolehler dari tak ada gambar kan..hihi
 
As for me, saya make up sendirian berhad je. Ambik kesempatan ini untuk beli barang make up sesikit. Seriously macam dah lama gila tak beli kot bertahun ada rasanya. Sampai dah buang pun ada sebab mestilah dah expired nak pakai pun tak best.
 
Eye liner, lip pencil, mascara n CC cream from FCC. Lipstick Maybelline. Barang FCC ni best juga. Saya beli dari husband punya cousin. Mascara tu saya tak sempat nak pakai sebab semalam baru sampai -_-; Hari Sabtu hari tu saya beli je mascara Silky Girl kat pharmacy depan rumah hihi. Nasib murah jer.

FCC Foundation ni saya beli few months ago. Best! Bau wangi, dispersion bagus. Highly recommended.
Saya ada mintak sorang kawan ambik gambar close up guna DSLR dia tapi gambar tak minta lagi hehehe. Saya jarang pun make up. But if I do, I rather go the natural look. Taklah berat sangat mata memandang mahupun bahu memikul haha. Anyway FCC ni available over the counter kat Parkson besar atau tru dealer. Boleh cek sini. Tapi kalau berminat nak beli dengan cousin saya tu boleh juga. PM saya nanti saya bagi no pone dia okay:) Dia kat Shah Alam.
 

Jumaat, 17 Oktober 2014

Biar gadjet beribu harga, tiada data apalah guna..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua. Amboi tajuk entry ala-ala pepatah Melayu gitu. Sambil senyum simpul persis gadis sunti dengan kain batik menudung kepala =D

Hehehehe.. al-kisah hari ni saya tertinggal pulak Maxis MiFi punya benda alah tu. So no whatsapp so everlah for today. Saya currently guna 2 phone. 1 untuk call / sms saja. Line phone saya ni memang murah punya RM28 jer per month. Lagi satu untuk data. Sebab saya punya iPad wifi punya so saya guna lah Maxis MiFi ni. So, 4 benda alah ni kena sentiasa ada bersama saya, baru saya boleh betul2 connected to the world hahahaha. Which usually end up saya akan terlupa bawa salah satu, dua atau tiga benda ni semua. Hehehe.. How easy our life back then kan. Ignorance is bliss. Kadang-kadang on weekend saya biar je semua habis bateri, tenang hidup. Tapi not good juga untuk business person kan. Sekali sekala okay ler.
So sepatutnya hari ni saya nak share dengan you all sesuatu jeng jeng jeng. Tapi tak boleh nak access gambar-gambar semua, so tak dapatlah. Sila nantikan yer. Keyword: Shawl.

Selamat melalui hari Jumaat yang penuh barakah you all.

PruBSN ada launch product baru UmmahLink. Later saya cerita lagi.

Khamis, 16 Oktober 2014

Hadiah GA Mama Kaori dah sampai!!

Assalamualaikum..

Entry ini khas untuk menghargai akak mama kaori dan kesoma rai kiter gitu.

Alhamdulillah hadiah GA Merdeka dah sampai semalam. Akak clerk tolong ambik dari Admin sempat membebel. Apa bendalah yang hang beli ni Siti oi bau macam ikan keghin apa nih.. hahahaha. Saya ambik cium pastu saya kata Oh sedapnyaaaaaa. Hahah hangin jer Kak Ina..


Amboi banyaknya bungkusan akak dapat semalam.. Manalah Kak Ina tak bengang keskes.. Terima kasih yer Kak Ina selalu tolong ambik barang kami. Selalu tolong dispatch untuk kami. We love u muah..


Jeng jeng jeng.. wah wah ada miso paste, konbu, bonito and sea weed. Nyums! Arigatou minna!!!
Dari semalam dah excited nak breakfast makan miso shiru. Pagi tadi bangun, masak nasi, keluarkan ayam, panaskan magic pan. Sekali jer api sat2 malap lalu padam! Huwarghh takde rezeki.. Gas habis. Kempunan. On the way mai keja singgah beli nasi lemak singgit aje leww.. So maaf kengkawan tak dapat nak review rasanya lagi kena beli gas dulu haha.

Bungkusan kedua ada lotion halia. Kawan sekolah saya hantar dari Johor. Produk keluaran Johor ni.. Thanks Ida=)

Bungkusan ketiga ada tudung halfmoon shawl, mama saya bagi hadiah!! Hihi. Mama yang beli kain, design dan jahit manik. Cuma jahit tepi je dia sub kat kedai jahit. Yang ni tak boleh tunjuk! Kena surprise sikit sebab saya nak pakai untuk company dinner Sabtu ni. Hehehe.. Tema dinner Glitz & Glamarous gitewww. So merasalah you all tengok akak Siti merelit nanti hahahahaha. Itu pun kalau dapat pergi lerr sebab husband kerja Sabtu tu -__-; Tengok dia boleh lari tak. Kalau tak boleh maka nya dinner kat rumah jer lah dengan anak2 =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...