Rabu, 16 Januari 2019

TEMPAT MAKAN IPOH



Salam semua,

Hari ni saya nak kongsikan tempat makan di Ipoh yang saya selalu pergi makan di Ipoh. Ada hari yang gantung periuk atau saja nak bawa anak-anak makan di luar selain dari Tesco hehe.

1. Roti Goyang Temiang 

Ini bukan nama kedai, tapi nama menu favourite hehe. Kedai ni kedai favourite mak saya bila breakfast. Tempat dia dekat tepi lombong sebaris dengan Jabatan Saliran tu. Seberang sungai tu Kuala Pari. Kalau lalu nak pergi Ipoh, mesti singgah. Selain dari set roti telur goyang, ada pelbagai juadah lain pun ada. Nasi lemak, mi kicap, mi kari, masakan panas pun ada.

Roti Goyang Temiang

2. Johan Classic

Kedai Siam kegemaran kami sekeluarga haha. Menu dia macam-macam lah. Macam kedai siam biasa tu haha. Tapi yang specialnya ada banyak jenis kerabu kot. Pulut mangga pun ada. Kadang ada pulut durian. Ni kalau hari malas masak, selalu tuju ke sini je. Harga pun berpatutan.

Johan Classic

3. Warung Seri Timur

Kedai ni memang best! Bagi yang minat dengan makanan Kelantan mari lah ke sini. Ada nasi dagang, nasi kerabu, laksam, nasi lemak. Yang paling best ada akok. Walaupun saya orang Terengganu, tapi bolehlah buat lepas rindu kat makanan Pantai Timur. Kalau weekend ni memang penuhhhh sokmo lah. Baik you all pergi awal. Nanti nasi dagang habis!


Warung Seri Timur
Nasi kerabu sedap!


Akok pun sedap!

4. Rojak N Cendol Padang Ipoh 

Weekend kadang-kadang datang sini. Anak yang sulung tu memang peminat tegar rojak. Lepas makan kita kurangkan kalori di Padang Ipoh hehe.

Rojak N Cendol Padang Ipoh

Rojak Padang Ipoh

ABC special satu!







5. Bosskur Corner

Kedai ni dikendalikan oleh sepupu suami saya dan partnernya. Tempat dekat je dengan Padang Ipoh juga. Macam-macam ada dalam ni, style food court. Ada nasi briyani, nasi ayam itik, masakan panas, aneka mi. Cake pun ada!

Image may contain: 1 person, indoor


Image may contain: dessert and food


Sampai di sini dulu. Ada kesempatan moh ler singgah ye!


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN
012-2961984 (SITI)
012-7645998 (HAFIDZ)
siti.sharini@gmail.com

Selasa, 15 Januari 2019

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH



Salam semua..

Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sekian lama saya dan suami berangan nak berbuat demikian.

Minna de oide!


Biar saya ceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan kelas ini ya. Kelas kami beroperasi di Station 18, Ipoh di bawah nama AKH Synergy & Training Centre Ipoh. Syarikat AKH dibuka oleh suami dan 2 orang lagi rakannya. Selain daripada kelas Bahasa Jepun, program utama ada menyediakan Latihan Pengendalian Makanan.

Hafidz Sensei

Latihan Pengendalian Makanan adalah mengikut permintaan daripada peserta. Setakat ini kelas Bahasa Jepun adalah pada hari Ahad pukul 1030-1130 pagi. Kelas seminggu sekali, dengan yuran bulanan RM70. Bayaran pendaftaran sekali sahaja RM30. 

Objektif utama kelas kami adalah supaya pelajar dapat bertutur asas bahasa Jepun dengan target waktu pembelajaran selama 90 jam. 

Belajar betul-betul tau!

Di sini, saya ceritakan sedikit pengalaman dan kelayakan saya dalam bahasa Jepun ya. Saya pernah tinggal di Jepun selama lebih kurang 8 tahun. Saya belajar Engineering dan pernah bekerja tetap juga di sana. Selain itu saya buat pelbagai kerja separuh masa sewaktu di sana. Salah satu daripadanya adalah sebagai tenaga pengajar Bahasa Malaysia kepada orang-orang Jepun. Malah salah seorang pelajar saya adalah pelajar tahap Master dalam bidang Bahasa Malaysia. Saya juga mempunyai sijil Japanese Language Profiency Test (JLPT) tahap 1. 

Selain daripada mengikut silibus pembelajaran setiap minggu, kami juga ambil sedikit masa untuk berkongsi tentang kebudayaan Jepun, pengalaman kami dan lain-lain pengetahuan am mengenai negara Jepun. Setakat ini kelas baru berlangsung sebanyak 2 sesi dan kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas kami. Boleh hubungi nombor di bawah ya.

Baik setakat ini saja untuk hari ini. Arigatou ne!

Tempat kami.


KELAS BAHASA JEPUN/PUBLIC MUTUAL/PRUBSN
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 8 Januari 2019

KADAR DIVIDEN ASNB 2018


Salam semua,

Sebagai rakyat Malaysia bumiputera saya rasa sangat bertuah sebab kita ada banyak pilihan ruang pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Kebanyakan orang yang sudah bekerja saya rasa pasti ada membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji kan.


Kalau nak tau, boss saya yang Jepun tu pun jelous tau dengan kita. Sebab kata dia kadar dividen Tabung Haji tu pun sebenarnya sangat tinggi dan yang paling penting risikonya sangat rendah. Kalau boleh, dia pun nak menyimpan dengan Tabung Haji katanya!

Hari ini saya nak kongsikan kadar agihan dividen ASNB bagi simpanan tahun 2018 yang telah diumumkan pada 21 Disember 2018. Iaitu total sebanyak RM 7 sen seunit. Yang ada buat simpanan ASB. anda semua semua dah pergi cek baki akaun ke?


Saya? Saya tak cek pun. Sebab tak ada duit dalam tu he he.. Saya baru ingat nak mula menyimpan balik dalam ASB ni. Saya berhasrat untuk register online, jadi lebih mudah untuk semak penyata dan buat sebarang transaksi tanpa perlu beratur di Pejabat Pos.


Bagi agihan Tabung Haji dan KWSP pula dijangkakan akan diumumkan pada pertengahan Februari atau Mac 2018. Sama-sama kita nantikan ya.

Bagi yang belum mulakan menyimpan, mulakanlah. Sedikit dulu pun tak apa. Jika anda nak merancang kewangan dengan lebih tepat dan jitu, eloklah jika awak semua mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan anda.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 7 Januari 2019

5S DAN MINIMALISM


Salam semua,

Sejak beberapa minggu ni saya mula mengemas rumah yang sudah sekian lama tak berkemas-kemas. Mulakan dengan buang barang-barang dan baju-baju yang tak sudah tak perlu lagi. Siapa yang familiar dengan konsep 5S yang sinonim dengan masyarakat Jepun pasti tau kan. Kalau di kilang berorientasikan Jepun ni lagi lah. Hari-hari sebut 5S je haha..


5s Methodology and lean production

Dalam proses decluttering atau membuang barang-barang yang dah tak guna ni memang memerlukan hati yang kental kalau anda memang jenis yang susah nak buang barang. Suami saya memang tak boleh. Semua nak disimpannya. Sentimental value katanya.

Dengan lambakan barang yang semakin banyak, lama-lama semakin semak dan ruang yang ada tak dapat digunakan sebaiknya (not fully utilized). Jadi sebelum memulakan sistem pengurusan dan arragement barang-barang, adalah penting untuk kita segregate kan mana yang perlu, mana yang tak. yang tak perlu tu, bahagikan lagi untuk terus buang atau donate atau jual semula.

Saya pun buat sedikit demi sedikit, itupun dah sakit pinggang haha. Sempena tahun baru, naklah rumah yang lebih kemas dan sistematik. Anak-anak pun semakin membesar. Memerlukan environment yang lebih kondusif untuk sesi pembelajaran yang lebih baik kan.

Di Jepun juga terkenal dengan konsep MINIMALISM. Iaitu punyai barang sesedikit yang boleh untuk mengelakkan pembaziran, kesepahan dan juga lebih baik untuk alam sekitar. Awak semua bolehlah cari dekat google nanti ya. Minimalism juga satu langkah penjimatan yang sangat baik. Kita cuma beli atau ambil barang yang kita betu-betul perlu saja.

Sebenarnya dalam Islam pun dah ajar semua ni kan. BERSEDERHANA, ZUHUD. Islam tu kan indah. Islam dah ajar yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan supaya kita menjalani kehidupan yang mampan dunia akhirat gitu.

Jadi rumah pun tak banyak barang, senang kemas dan dapat ketenangan fikiran kan. Kalau tengok rumah orang mengamalkan konsep ni, memang lapang sahaja rumah tanpa perabot-perabot yang berlebihan. Saya memang suka konsep macam ni, maklumlah malas nak kemas haha..

Baiklah setakat di sini sahaja untuk hari ini. Harapnya informasi ini dapat memberi manfaat buat kita InshaAllah amin..


Image result for minimalist

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 3 Januari 2019

2019



Salam semua.

Selamat Tahun Baru 2019!! Alhamdulillah dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya masih lagi bernafas di muka bumi ni dengan kesihatan yang baik. Anak-anak dan keluarga semua pun baik-baik. Syukur Alhamdulillah.

Macam mana dengan setahun 2018 semua? Disimpulkan saya rasa semuanya baik-baik saja. Banyak benda yang berlaku tapi yang penting pengakhirannya baik.

2 anak lelaki saya berjaya dikhatankan. Alhamdulillah! Pencapaian di sekolah pun Alhamdulillah baik-baik semua. 2 orang tu dapat merasa naik pentas ambik anugerah. Syukur sangat.

Sebelum berkhatan sempat saya bawa anak-anak ke MAPS dan jalan-jalan seminggu di Penang. Balik dari Penang, terus majlis kecil-kecilan sempena khatan dan akikah anak saudara. Bila dah khatan tu, berehat sajalah mereka di rumah.

Saya pula yang penuh dengan aktiviti company di hujung tahun. Bermula dengan training dan exam Scheduled Waste competent person di Penang. Lepas tu event bersama ahli kelab sukan di Lost World of Tambun. Penutup 2018 dengan annual dinner di Casuarina Meru.

Memang berkejaran ke sana ke sini. Dengan event yang padat, jemputan kenduri dan acara mencari persiapan sekolah anak-anak. Tak cukup nafas mama dibuatnya. Penat tapi seronok dan puas hati dapat laksanakan semua aktiviti yang dirancang.

Azam tahun baru saya tahun ni simple saja, iaitu SABAR. Kenapa sabar? Sabar bukan sahaja bila diuji. Sabar merangkumi seluruh aspek kehidupan. Sabar dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya, isteri, ibu, anak, pekerja. Sabar dalam berdoa dan meminta. Sabar dengan menahan diri dari bermalas-malasan. Sabar dalam berusaha untuk mencapai setiap yang dihajati. InshaAllah. Semoga istiqomah dan semoga diberkati dan diredhaiNya. Apapun, hidup harus terus maju ke hadapan ya kawan-kawan? Azam you all semua pula macam mana?

Cukuplah saya menulis sampai di sini. Saya belanja serba sedikit gambar sepanjang tahun 2018 ya=)

Majlis Kahwin Haziq, April 2018.

Hari Raya Aidilfitri 2018

Menara Kuala Lumpur
Training ISO di KL

Malaysian wedding
Kenduri kahwin sepupu belah suami di Kuala Kangsar

Bayar saman trafik dekat DBI beratur 6 jam!

Raya Haji 2018

Sukan sempena sambutan Hari Merdeka Tabika Kemas

SUKMA Perak 2018

Seminar IGEM di KLCC 

taman tema Perak
Lawatan ke MAPS bersama sekupu-kupu 

chalet atok dolah
Family day di Chalet Atok Dollah Kampar

Hari Anugerah Sekolah Agama Abang Haikal

tempat menarik Penang
Design Village Batu Kawan

sunat kanak-kanak
Majlis berkhatan dan akikah (sepupu)

panduan bersunat
Sejurus sebelum khatan

taman tema Perak
MAPS sekali lagi bawa Adik tersayangg

tempat menarik Perak
Aktiviti kelab sukan company di Lost World of Tambun

dinner tema retro
Company Dinner Event di Casuarina Meru Perak


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...