Rabu, 16 Januari 2019

TEMPAT MAKAN IPOH



Salam semua,

Hari ni saya nak kongsikan tempat makan di Ipoh yang saya selalu pergi makan di Ipoh. Ada hari yang gantung periuk atau saja nak bawa anak-anak makan di luar selain dari Tesco hehe.

1. Roti Goyang Temiang 

Ini bukan nama kedai, tapi nama menu favourite hehe. Kedai ni kedai favourite mak saya bila breakfast. Tempat dia dekat tepi lombong sebaris dengan Jabatan Saliran tu. Seberang sungai tu Kuala Pari. Kalau lalu nak pergi Ipoh, mesti singgah. Selain dari set roti telur goyang, ada pelbagai juadah lain pun ada. Nasi lemak, mi kicap, mi kari, masakan panas pun ada.

Roti Goyang Temiang

2. Johan Classic

Kedai Siam kegemaran kami sekeluarga haha. Menu dia macam-macam lah. Macam kedai siam biasa tu haha. Tapi yang specialnya ada banyak jenis kerabu kot. Pulut mangga pun ada. Kadang ada pulut durian. Ni kalau hari malas masak, selalu tuju ke sini je. Harga pun berpatutan.

Johan Classic

3. Warung Seri Timur

Kedai ni memang best! Bagi yang minat dengan makanan Kelantan mari lah ke sini. Ada nasi dagang, nasi kerabu, laksam, nasi lemak. Yang paling best ada akok. Walaupun saya orang Terengganu, tapi bolehlah buat lepas rindu kat makanan Pantai Timur. Kalau weekend ni memang penuhhhh sokmo lah. Baik you all pergi awal. Nanti nasi dagang habis!


Warung Seri Timur
Nasi kerabu sedap!


Akok pun sedap!

4. Rojak N Cendol Padang Ipoh 

Weekend kadang-kadang datang sini. Anak yang sulung tu memang peminat tegar rojak. Lepas makan kita kurangkan kalori di Padang Ipoh hehe.

Rojak N Cendol Padang Ipoh

Rojak Padang Ipoh

ABC special satu!







5. Bosskur Corner

Kedai ni dikendalikan oleh sepupu suami saya dan partnernya. Tempat dekat je dengan Padang Ipoh juga. Macam-macam ada dalam ni, style food court. Ada nasi briyani, nasi ayam itik, masakan panas, aneka mi. Cake pun ada!

Image may contain: 1 person, indoor


Image may contain: dessert and food


Sampai di sini dulu. Ada kesempatan moh ler singgah ye!


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN
012-2961984 (SITI)
012-7645998 (HAFIDZ)
siti.sharini@gmail.com

19 ulasan:

  1. In shaa Allah klu sampai sana bolehla pegi maba yg berkenan.

    BalasPadam
  2. Wah blog baru...menarik blogni baru nak follow

    BalasPadam
  3. Wah, macam-macam ada di Ipoh yer. Rasa rugi lak tak jenjalan hari tu...

    BalasPadam
  4. Bnayak rupanya tempat makan menarik di Ipoh..kak siti pun kaki makan juga rupanya haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah Arz..makan itu penting untuk kelangsungan hidup, otak dan perut hi hi..

      Padam
  5. Semua menarik ni kak. ... Tggu p ipoh pulak bole p cari

    BalasPadam
  6. Johan Clasic tempat makan fav kita masa ddk batu gajah dulu

    BalasPadam
  7. waaahh siap ade da kedai Bosskur Corner hehe..

    BalasPadam
  8. ehhhh..banyak juga sha tak merasa lagi nih.. kedai pata timur tu kena try lahh..

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...