Rabu, 13 Ogos 2014

RM1 untuk RM1000

Assalamualaikum..
Saya nak tanya ni hihi.
Kalau saya nak bagi RM1000 sekarang, you all nak tak?
Syaratnya cuma bayar kat saya RM1 je sebulan, sampailah cukup saya dapat balik RM1000.
Kalau saya mestilah nak. Kena pulak kalau tengah urgent nak guna duit kan.

Inilah konsep Takaful. Kita cuma set aside berapa % je daripada income, untuk apa? Supaya kita ada duit yang banyak di saat2 kita memerlukan contohnyab bila sakit, accident dsb. Kalau kita meningggal, duit yang banyak tu dapat kat anak isteri atau keluarga kita. Kalau kita sakit kritikal atau lumpuh, duit manfaat dapat, even the RM1 tu pun dah tak payah bayar.

Isn't that good enough??

Image from Google


Hari Sabtu lepas saya jumpa client kat A tu Z. Sambil beli bunga, sempat sign up policy sat gitu. Si suami owner caterer kat kilang umur 36 tahun. Dia ambik policy yg minimum RM100 sebulan, dapat coverage RM100,000 bila meninggal dan lain2 benefit. Si suami kata sebab dia ambik takaful ni supaya kalau apa2 jadi kat dia, atleast ada tinggalkan something untuk isteri n anak dalam kandungan.. Bagus si suami ni kan..untung isteri dia.. (Selingan: suami saya pun bagus gak hihi)

So, sudahkah suami anda mempunyai plan takaful/insurans? Cuba tanya tengok. Kalau takda, sila lah cari ejen yg berdekatan. Kalau tak ada ejen kat tepi2 kiri kanan tu, boleh tanya saya. Kita jumpa boleh cerita details. Lepas cerita then decidelah whether you perlu atau tak ambik takaful ni. Isteri nak buatkan untuk suami pon boleh, sebab ianya untuk protect kita juga sebagai isteri.

P/S: Offer RM1000 di atas hanya ilustrasi. Jangan mintak RM1000 kat saya tau. Hihi.

Selasa, 12 Ogos 2014

Ust Ebit Lew & Pn. Lina Karim

Assalamualaikum semua.

Dalam misi saya menjadikan blog ni bermanfaat walaupun sikit, ingin saya kongsikan tentang 2 orang yang saya follow ni. Manalah tau kalau korang pun nak jenguk dan follow sama.


1)Pn. Lina Karim
Saya dulu follow blog beliau yg cerita pasal pendidikan al-Quran anak2 beliau Darwish n Darwisya. Alhamdulillah sejuk hati saya tengok anak2nya yang dari kecik dah dididik utk hafaz al-Quran. Dulu saya ada juga pnah try nak mengamalkan amalan makanan sunnah yg disuggest kat blog ni. Iaitu badam,kurma,madu,olive oil,buah tun,habbatus sauda,kismis n minyak ikan ni diblend sekali dan simpan utk diambil 2 sudu mcm tu hari2. Tapi tulah..tak istiqomah saya ni. Dari anak seorang sampai sekarang anak dah 3.. Ya Allah tak baiknya saya dah ada sumber ilmu tapi tak manfaatkan utk anak2 saya. Kesian diorang T_T

Sekarang Pn. Lina dah buat seminar n kursus utk share ilmu tentang pendidikan al-Quran anak2 ni. Boleh cek dekat http://www.islamicparentingnetwork.net/. Kalau korang subscribe mailing list dia, memang selalu dapat e-mail yg bermanfaat insya Allah. Dan saya rasa beliau taklah begitu pushy utk promote seminar/produk dsbnya.

2) Ust. Ebit Lew
Saya first time kenal Ust Ebit dari radio IKIM, dengar masa drive balik kerja beberapa bulan lepas. Saya rasa suka dan seronok dengar penyampaian beliau. Terus saya google dan cari info serba sikit tentang Ust Ebit..Menarik juga jalan hidup dia yang mana sebelum ni jauh dari Allah, diberi hidayah lalu sampai lah sekarang dah jadi Ustaz. Bolehlah follow beliau dekat FB. Post2 beliau semua senang faham dan menusuk kalbu especially pasal kekeluargaan, anak2 semua. Beliau pun ada buat training, boleh cek kat http://keluargasunnah.com/

Post ini bukan berbayar tau hehe. Saya saja share untuk manfaat bersama.


Isnin, 11 Ogos 2014

Walaupun hidup 1000 tahun part 2

Assalamualaikum..
Selamat kembali ke alam nyata hihi. Happy working Monday morning peeps! :)
Senyum lebar-lebar..

Lambat pulak update entry ni -_-;
Al-maklum kekangan masa di hujung minggu dengan melayan keletah anak2. Tambahan pula Abang Veder kurang sihat. So kami berkurung dalam rumah je sepanjang 2 hari. Tu yang budak2 tu mcm hyper sangat dah taktau nak melepaskan tenaga yang terpendam hehehe..

Anyway saya nak sambung sikit pasal entry yang lepas, kali ni kita tengok dari segi kewangan pulak. Siapa yang takmau hidup lama? Semua pun mahu kan. Tapi kalau terlalu lama? Sikit sebanyak akan ada juga masalah betul tak?

So you guys just imagine eh, kita sekarang umur bersara 60 tahun kan. So bila bersara, dapatlah duit EPF katakan lah ada RM100,000.. so let say sebulan korang belanja RM1000. So berapa lama duit EPF ni boleh bertahan? Jom kira sikit:

RM100,000/1000/12=8.3 tahun

This means we only can afford to live sampai umur 68 tahun je. Lepas tu we have no money left untuk meneruskan kehidupan. So how? Hidup mesti diteruskan..

Pic taken from Google

Itu kalau anggaran monthly expenses RM1000 je. Tapi kalau macam kami ni, buat loan rumah sampai umur 65 tahun, 5 tahun lepas bersara tu still lagi kena bayar loan rumah RM1600 sebulan! So ofkos lah dah lebih dari RM1000 sebulan kan..

In reality:
"Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata golongan pekerja khususnya mereka yang memperoleh pendapatan bulanan RM700 dan ke bawah menghadapi masalah kewangan selepas bersara dan wang simpanan KWSP habis dalam masa tiga tahun."
Sumber dan berita penuh: Berita Harian

So what do u think?
Korang ada buat planning utk lepas bersara nanti x?
If ada macam mana korang plan?
If tak ada, why is that?
Adakah anda berminat nak buat planning, atau tak berminat langsung?
Feel free to share ur thoughts. Thanks=)

Khamis, 7 Ogos 2014

Walaupun hidup 1000 tahun

Assalamualaikum..

Hari ni kawan saya kehilangan neneknya yang meninggal sakit tua, umur 98 tahun. Innalillahh..Al-Fatihah untuk Opah dan takziah buat kawan saya dan keluarganya. Opah meninggal sakit tua, ye lah dah dekat 100 tu umurnya. Opah ni dah 35 tahun tinggal dengan family kawan saya ni so diorang lah yang menjaga arwah Opah selama ni. Alhamdulillah. Kawan saya ni pula doktor. Parents dia pun doktor jugak. Baguih diorang kan..Semoga Allah membalas jasa baik diorang yang menjaga Opah selama ni kan..

Panjang betul umur arwah Opah ni kan. Sememangnya kita hidup untuk dimatikan, lepas tu dihidupkan semula kat alam lain nanti. So memang pasti dan tempoh masa hidup kita ni pun dah termaktub dah. Cuma kita je taktau.. Bila baca tafsiran sural Al-An'am ayat 60, memang terkesan di hati saya..

So korang semua agak berapa lama lagi akan hidup kat dunia yang fana ni? Eh..kan dah kata kita takkan tau berapa lama boleh hidup. Kuasa Allah semua tu. Mana boleh main agak2. So sebab kita tak tau lah kita kena bersedia sebenarnya kan. Bersedia untuk mati dalam masa terdekat, dan juga bersedia untuk hidup lebih lamaaaaa lagi. Bersedia untuk mati of course lah semua tahu kan. Buatlah apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang, beramal sebaik2nya. Tak perlulah Ustajah (tiba2!) nak kupaskan kat sini sebab semua orang dah tau. Yang taktau boleh rujuk buku, pergi kuliah, usrah dan sebagainya yer.

Gambar sekadar hiasan. Ihsan dari Google.


Bersedia untuk hidup lama pulak macam mana? Ni pun Allah dah bagitau kita kan, bila usia manusia ni dipanjangkan dia akan berbalik kepada keadaan macam bayi yang baru dilahirkan. Terbatas dari segi pergerakan, mungkin terbaring saja, ingatan pun tak kuat, gigi pun semua tanggal. Baby kan memang nak kena ada orang attend kat dia sepanjang masa, uruskan makan pakai segala, mcmtu jugalah orang tua ni kan. Jadi alangkah indah dan untungnya jika nanti anak kita pulak yang menjaga kita bila tua nanti. Saya yakin anak yg soleh/solehah akan sanggup menjaga parents yang sakit walau sesusah mana pun. Tanggungjawab kitalah nak melahirkan dan mendidik anak2 yg soleh ni pulak. Maha suci Allah segala yang ada di langit dan bumi ni semua bersistem kan sebenarnya. Herm sebenarnya saya taktau nak luah kan macam mana yang ada dalam kepala otak saya ni. Harap korang paham benda alah apa lah yg saya tgh cuba bgtau ni hehe.

Apa pun, semoga Allah memberi kita rezeki dan kekuatan untuk jaga parents kita pulak. Sebab saya yakin besar ganjarannya nanti. Sebaliknya kalau kita yang pergi dulu, semoga pergi dalam husnul khotimah. Amin Ya Rabbal 'Alamiin..

Rabu, 6 Ogos 2014

Blog List

Hi again:) Ini sticky post. Sila ke bawah untuk latest entry ewwaahh.

Selitan sekejap sebelum sambung entry pasal raya. Saya tengah dalam proses nak update n bagi cantek sket blogger list saya ni. So far I've got:
  1. Mates from School & College - ini include semua kawan2 sekolah dan kolej saya. senior junior pun sekali lah. FYI saya sekolah kat Sek Keb Merchang 1990-1996, Sekolah Tun Fatimah JB 1997-2001, KYPM Bangi (JAD) 2002-2004, Okayama Univ. of Science 2004-2007, Shibaura Inst of Tech 2008-2010..
  2. Northern Bloggers - memandangkan saya skrg pun dah tinggal kat Utagha, saya buat lah category ni supaya saya lebih dapat mengenali dan info pasal tempat2 menarik mahupun apa jua seni kebudayaan dan adat istiadat orang Utagha ni melalui baca blog korang. Ewahhhh!! Betul lah ni >_< Tapi sekarang list ni bercampur baur lah tak dapat nak sorting bebetul lagi.
  3. Sweet Bloggers - ni untuk category masak-memasak tapi saya ingat campur yo lah dgn blogger bukan utagha walopon bukan blog memasak. Mungkin includes parenting blog, jahit menjahit ke fesyen ke. Tihihi.
  4. Famous Amos - ni yg agak2 blogger otai lah kot. herm siapa lagi yg sesuai dgn jiwa saya untuk difollow agaknya ek.
So, any of you falls into any of these categories?? Sila mengaku hihi dan tinggalkan jejak di sini okay=)

Tambahan: Sapa nak ajar saya macam mana nak bg bloglist jadi pendek? Macam tunjuk 5 latest updated je ke, atau buat bg jd lam kotam yg boleh scroll ke. Ker ada option kat widget bloglist tu? Hihi saya taktauuu.Tolonggg..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...