Selasa, 31 Mac 2015

LAST MINUTE CLAIM INCOME TAX!!

Sesiapa pekerja makan gaji yang belum buat e-filing, masih sempat lagi ni!!!! Ada kurang lagi sebulan lagi sebelum habis 31/4/2015 ni!!

(UPDATED 1/4/2015 11:10 am thanks to DZ) So ada sebulan lagi ye kawan-kawan yang isi guna BE form. Maafkan saya tersilap info sebab panik semalam. Saya pun belum buat nih he he he)

Bayaran insurans nyawa, persaraan, perubatan dan pendidikan pun dapat pelepasan cukai tau. Insurans nyawa terhad kepada RM6000, yang lain RM3000.

Penyata tahunan selalunya dihantar ke rumah pada bulan 12. Tapi in case anda tak terima, boleh minta dengan ejen masing-masing. TQ!


Setiap tahun pun kena isu password baru sebab lupa hehe

Contoh claim untuk insurans nyawa, pendidikan dan perubatan..

p/s: Saya tak dapat refund. Kena bayar lagi ada he he he..


GST IS COMING TOMORROWWWWWW

Salam semua..

Hari ini hari terakhir bulan Mac 2015. Hari terakhir untuk first quarter of 2015. Hari terakhir untuk 2014 fiscal year. Company Jepun selalu guna fiscal year which starts on April and ends on March every year. So sekarang musim naik pangkat (atau tak naik pangkat macam saya) dan naik gaji untuk most employees in Japanese based company. Carta organisasi baru akan keluar esok, so boleh tau dah siapa yang naik pangkat atau tidak. Gaji pula kenalah tunggu hujung bulan dapat payslip baru tau =P

Esok 1 April 2015 maka bermulalah era baru dalam sistem ekonomi di Malaysia. Nasihat saya, terima sajalah seadanya. Tiada siapa boleh lari dari GST. There is no where to run. Let's hope and pray together that our hard earned money tu goes to somewhere really beneficial. Biar bermanfaat. Jika bukan kita yang merasa manfaatnya, mungkin saudara-saudara kita. In sha Allah..

Macam di Jepun, walaupun cukai mahal dan diorang dah lama implement GST  kat sana, saya dapat rasa ada manfaat daripadanya. Contohnya bila bersalin, kerajaan bagi lebih kurang 420,000 yen, about RM13,000 nilai matawang sekarang. Alhamdulillah boleh cover bersalin di hospital dengan tempoh warded 5 hari 4 malam. Hantar anak ke nursery juga dapat potongan diskaun mengikut tangga gaji parents. Lagi rendah gaji, lagi banyak diskaun. And all other facilites you now lah, very well developed. Sudah nama pun negara maju.

Ada orang pernah kata kat saya, mana boleh nak compare Jepun dengan Malaysia. Depa negara maju. Kita ni just not so long ago only a 3rd world country. Saya kata eh mana boleh. Kenalah compare. Kalau Malaysia nak jadi negara maju, kena compare. Kalau tak compare macam mana kita nak tau whether kita ni dah mencapai kemajuan ke tak? Mana benchmarknya? Kalau kita nak tiru policies mengikut negara maju, then kenalah tiru sekali dengan manfaatnya?

So lets cross our finger dan doa banyak-banyak. Semoga ada improvement dan semoga kemajuan tu dapat dinikmati oleh semua pihak dengan adil dan saksama. Anyway saya rasa ekonomi mungkin akan jadi sedikit stagnant bila bermula GST, orang akan berfikir banyak sebelum berbelanja. Wallahualam..

Anway caruman insurans/takaful juga bakal dikenakan GST. Seperti yang saya kata tak ada siapa yang boleh lari. Tapi jangan bimbang, GST untuk takaful hanya akan ditarik daripada cash value yang sedia ada. Jadi pemegang polisi sekarang, tak perlu tambah nilai bayaran bulanan. Kalau tak mau cash value berkurang banyak, boleh tambah saving sekali dengan pelan takaful anda okay.

p/s: Anyone yang nak pergi shopping spree demi menyambut hari terakhir sebelum GST? Silakan. Saya berbelanja macam biasa je. Sebab lepas ni kena makan juga, anak kena pakai pampers juga. Baik duit tu saya laburkan. Tapi ini kata-kata orang yang kurang budget lah hehe. Kalau ada duit, apa salahnya kan.

p/s/s: Memang kasihan pada yang berpendapatan rendah mungkin akan sangat terkesan dengan GST ni kan. Sebagai yang lebih sedikit kemampuannya, panjangkanlah tangan untuk bersedekah. Zakat jangan dilupa. Moga kurang beban mereka. Itulah fungsinya rezeki kita, ada terselit juga bahagian mereka. Wallahualam.

Jumaat, 27 Mac 2015

YAKINLAH PADA-NYA

Semalam Alhamdulillah berjaya melalui sehari buka booth PruBSN di KWSP. Sempat juga tunjukkan manfaat takaful dan medical card pada seorang dua yang berkesempatan. Seriously saya bukanlah jenis orang yang  terlalu go getter. Saya bukan mengejar sales sebab saya tak reti. Saya cuma educate saja pada mereka yang nak tau lebih lanjut mengenai kepentingan dan produk takaful. Tapi lumrahlah orang semua lari bila nampak ejen. Lalu pun buat-buat tak pandang. Kami cakap pun buat-buat tak dengar. Itu lumrah dalam business ini. Anyway yesterday was a good experience for me.

Suka saya nak kongsi cerita tentang 2 orang hebat (pada saya) yang saya jumpa semalam. Seorang adalah Pak Cik pengusaha kantin. Pak Cik ini dulunya kerja kilang berbelas tahun. Dalam masa yang sama dia juga pernah menjadi ejen insurans secara part-time selama 10 tahun. Income yang buat insurans tu pun dah hampir RM2000. Banyak tu bagi part-timer. Ditakdirkan dia ditukarkan ke shift malam jadi susah dah dia nak berurusan untuk jumpa orang dan sebagainya. Jadi dia berhenti jadi ejen. Tambahan pula sekitar zaman itu kekecohan mengatakan industri insurans ni haram and so on. Yelah masa tu takaful belum berkembang. Setelah berapa lama dia penat kerja kilang, dia ambik VSS. Dengan duit tu buat modal untuk jadi pengusaha kantin, sampailah sekarang Alhamdulillah. Dia cerita boss dia dulu pandang rendah pada dia. Boss dia kata boleh ke dari kerja kilang tiba-tiba nak tukar ke aliran business pula. Dan sekarang terbukti dia boleh!

Katanya, rezeki Allah pasti ada. Yakin saja. Yang penting kena syukur. Dapat sikit pun syukur. Dapat banyak pun syukur. Jangan mengeluh. Kalau kita syukur tak kira dengan yang sedikit atau banyak, Allah mesti bagi lagi. Sekali lagi pesan dia, yakinlah. In shaa Allah Pak Cik, terima kasih atas nasihat..

Orang yang kedua pula seorang anak muda, umur 26 tahun. Kerja sebagai security di bangunan itu. Masya Allah hebat anak ni. Pada usia muda dia sudah berkahwin, memiliki seorang anak, malah sebuah rumah juga! Dia beli rumah sebelum berkahwin lagi, joint loan dengan abangnya. Alhamdulillah. Untung isteri dia hehe. Saya puji dia. Bagi saya that is a very very good move. Saya dapat rasa dia ada perancangan masa depan yang bagus. Dulu sebelum jadi security dia kerja kilang juga jadi operator. Yelah sekolah sampai SPM je.. katanya merendah diri. Nampak dia sangat bersyukur dengan kerja dan gajinya kerja security tu. Allah jauhnya saya dibandingkan dia..

Jujur saya kata, saya tak kisah kalau sesiapa pun belajar hatta setakat UPSR mahupun tak sekolah sekalipun. Setiap orang berpeluang untuk berjaya dunia akhirat. Malah akhirat yang lebih utama. Kerana bak kata Pak Cik kantin tadi, rezeki Allah pasti ada. Yakinlah!

Khamis, 26 Mac 2015

26 MARCH BERSIARAN LANGSUNG DI KWSP SEBERANG JAYA

(STICKY POST)
Assalamualaikum semua,,

In shaa Allah esok saya dan kawan akan buka booth PruBSN di KWSP Seberang Jaya, pukul 9 pagi hingga 4.30 petang lebih kurang. Jemputlah datang ya sesiapa yang berdekatan. Kalau tak nak tanya pasal insurans pun saja datang kenal-kenal pun amat dialu-alukan.

Sila cari orang seperti di bawah. Haha..

Sesekali belanja selfie. Segan rasa di hati hahaha..
Anyway kalau ada yang berminat untuk panggil kami ke office anda untuk buat presentation berkenaan takaful ni pun boleh. Sekadar dengar dan belajar apa salahnya kan. Nak invite untuk buka booth pun boleh. Untuk cikgu-cikgu pula, boleh juga invite kami untuk bagi talk untuk memenuhi LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) di sekolah anda=))

Rabu, 25 Mac 2015

PEMENANG SEGMEN TOLONG BAGI DETAILS

http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://keymekeymoo.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.mizisempoi.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.mamaniza.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://kisahsinenot22.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.blogparihh.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html

Pemilik blog di atas tolong e-mail/whatsapp nama,alamat n no phone utk pengeposan hadia ye TQQ..
Saya memanjangkan tempoh menuntut hadiah sebab saya baik hati=)) Dan sebab saya tak sempat nak follow up betul2 hari tu -_-; Maaf ye..
Saya dah inform semua peserta kecuali keymekeymoo sebab saya tak dapat masuk blog beliau herm.. How ye..

http://aienlieyrusli.blogspot.com/2015/03/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://ukhti-ninja.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://www.cikimm.com/2015/03/ga-wwwsitisharinicom.html
http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://ladiesingreen.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://aleiyamustaffa.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://sweetsouryaya.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html
http://sallyadan.blogspot.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom.html

Yang kat atas ni pula yang dah bagi details. Terima kasih ya!! Thank you all for joining!!

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG TOUCH n GO

Touch N Go Penang Bridge saya baru buat 3 minggu lepas hihi=))

Benefit Kad Touch n Go

Nak cakap pasal benefit kad TnG ni pun macam semua orang dah tau ye. Memudahkan kita bayar tol hari-hari=)) Berbanding kalau guna tunai, kadang-kadang kereta banyak kat lorong tunai. Tambah-tambah nanti ambik masa kita nak keluarkan duit dari wallet, lepastu nak tunggu baki pulak. Kadang-kadang duit syiling terjatuh haha. Sayalah tu..

Jadi guna kad TnG lebih cepat dan mudahkan. *Walaupun kadang-kadang kereta bersusun juga kat lorong TnG kalau tiba-tiba orang kat depan tak cukup baki hihi*

Kalau guna dengan Smart Tag lagi bagus=))

Mana nak dapat kad TnG?

Kat mana-mana pejabat PLUS, Watson, dan lately ni ada self service kiosk juga. Bertambah maju! Husband saya dulu dapat free je kat tol masa nak balik raya. Rezeki heheh. Biasanya harga kad ni Rm10 (kad sahaja tanpa tambah nilai). Saya pula buat dekat tol Penang Bridge, so kalau nak pergi island bolehlah dapat diskaun tol! Dari RM7 harga biasa jadi RM5.60. Untungkan? Baru ni saya lalu kat tol ke Butterworth kat A tu Z tu nampak ada promotion beli kad TnG harga RM1, tapi tak sure kat mana. Nanti saya tengok lagi. Ada sesapa tau tak?

Satu info yang saya baru je tau, IC kita pun boleh guna sebaga TnG juga! Hehe. Kalau ada yang taktau macam saya ni, cuba keluarkan IC anda sekarang. Tengok belakang dia ada tak symbol TnG? Kalau tak ada, tolong pergi tukar IC baru hahaha.. So jimat dah RM10 sebab tak payah beli kad TnG. Tapi jangan lupa top up dulu ye.

Macam mana nak top up TnG?

Topap pun boleh buat dekat pejabat PLUS, applicable kaunter dekat tol, ATM machine, applicable stesen minyak, dan Watson. Kalau ATM, ke Watson ke stesen minyak ke ada charge RM0.50 ye.



Ataupun untuk heavy traveller, boleh link kan kad TnG dengan kredit kad. Contohnya dengan kredit kad Maybank dan CIMB. Zing Card nama dia. Boleh apply dengan bank yang berkenaan. Contoh kalau Zing Card Maybank, dia akan auto reload bila nilai dalam kad kita jatuh bawah RM50. Reload amount pula RM100. Cuma yang kurang syoknya ada charge RM2 setiap kali auto reload. Ini saya rasa CIMB Zing Card lebih murah chargenya kalau nak top up RM100, charge RM1.50.

Jimat berbelanja dengan kad TnG


Hanya tunjuk kad TnG anda dan dapatkan pembelian dengan discounted price di kedai-kedai yang applicable. Gambar di atas ini adalah promotion as of current date ye. Boleh cek kat website diorang selalu. Saya ni jarang sangat pegi fancy coffee shops or cafes. But if you feel like it, bolehlah gunakan peluang ni ye tak.

Apapun get more info on TnG at their website here ya. Boleh juga sign up portal MyTouchnGo untuk manfat yang lebih baik.Semoga bermanfaat =))

p/s: Nilah orang yang baru buat kad TnG sejak pindah rumah jauh dari ofis ni hahaha..

With the implementation of The Goods & Services Tax (GST) effective 1/4/2015, all products and services provided by Touch 'n Go will be subjected to 6% GST.

Selasa, 24 Mac 2015

PENYAKIT PALING SENYAP

Nak tau tak penyakit paling senyap apa dia?

Bagi saya, it's depression.

Bahaya tau sakit ni. Tak ada siapa yang tau. Tak ada siapa yang akan dapat detect. Sebab ramai pesakit depression ni sebenarnya pandai menyembunyikan keadaan sebenar dia. Nampak happy pada mata orang walhal sebenarnya dia sedang bertarung di dalam diri dia.

Physically nampak macam tak sakit. Tapi tiba-tiba mati bunuh diri. Senyap ke tak senyap penyakit ni.. Alangkah sedihnya kalau orang terdekat kita yang jadi macam ni kan..

Masa kat Jepun, selalu sangat orang bunuh diri terjun dekat lane keretapi. Selalu train delay sebab nak mengutip cebisan mayat. Kes macam banyak especially masa ekonomi jatuh. Mungkin ada yang tak tahan business jatuh, atau kena buang kerja sebab company down-sizing. Kesian kan..

Sebagai muslim, syukur Alhamdulillah kita percaya pada qada', qadar, dan segalanya adalah dari Allah. Malah hidup di dunia ni juga tak lama dan tak kekal. Bahagia di dunia bukan untuk selamanya. Sedih dan derita di dunia juga bukan untuk selamanya. All will come and go. Selagi kita hidup, segalanya datang dan pergi.. Tiada yang kekal. Allahuakbar..

Oleh itu, La Tahzan!

Isnin, 23 Mac 2015

MISTERI SAKIT KEPALA TERUNGKAI

Salam semua..

Setelah 2 minggu saya mengalami sakit-sakit pening-pening kepala especially semasa drive dan lepas buat kerja lama tengok monitor PC, akhirnya hari ni terjawab sudah puncanya. Rupanya power mata dah naik dua-dua belah mata adoi. Cermin mata ni padahal baru je saya buat tahun lepas. Tapi tak dinafikan memang penglihatan saya kurang baik lebih-lebih lagi bila memandu waktu malam.

Lunch hour tadi saya pergi Aeonbig, sambil-sambil errand, cari sama contact lense. Sekarang saya guna Softlen. Sangat tak selesa dan cepat kering. So tadi saya minta Air Optix dan cek mata sekali. Tu yang boleh tau power mata dah naik. Terus tak confident nak drive balik nanti huhu. Stok pula tak cukup tadi, esok kena pergi collect lagi sekali.

Kalau dulu masa kat Jepun, nak beli contact lens mesti ada prescription from doctor tau. So selalunya sebelah kedai spec mesti ada klinik mata. Kita kena cek mata dulu baru boleh beli lens. It's good lah actually. Sebab mata pun consider one of our health system kan.Memang kena bayar lebih sikit untuk test dan consultation doktor which is 70% covered by health insurance. Tapi dia akan cek mata kita kalau ada sebarang masalah ke sakit ke. So baguslah kan. Pemakaian contact lens pun sememangnya mengundang risiko pada kesihatan mata.

Kat sini suka juga saya nak ingatkan, belilah contact lens dari tempat yang bertauliah ya. Saya dapati sekarang lens juga dah boleh dibeli online dan sebagainya. Bukannya saya nak judge peniaga online, tapi pastikan keselamatan dan kesahihan sumber lens tu ya. Sayang tau mata kita ni ada 2 ni je. Kalau hilang penglihatan ni dah kira total permanent disability tau dalam bahasa insurance nya.. Beware sikit kalau ada yang offer harga yang murah sangat dari biasa. Manalah tau kan.. Wallahualam.

p/s: Teringat kawan Jepun satu lab dulu, dia pakai lens pakai buang yang sepatutnya boleh pakai sebulan tu, selama 2 tahun tak tukar-tukar. Erk!

p/s/s: Terima kasih kepada pemenang segmen yang dah bagi details. Hadiah dalam proses ye=))

Rabu, 18 Mac 2015

KANSER AKIBAT PENCEMARAN OLEH KILANG?

Assalamualaikum semua.

Last 2 weeks saya attend ISO 14001 training 2 hari dekat The Light Hotel Seberang Jaya (best makanan dia! most of it la). Very interesting training. Oh pada yang tak tau ISO 14001 senang cerita macam satu sistem untuk sesebuah organisasi mengawal alam sekitar lah. Very informative alhamdulillah syukur saya dapat join.

Anyway ada sorang colleague saya share kisah dia during the training session. Taman perumahan dia kat Kulim bersebelahan dengan kilang getah skrap. Bau toksah ceritalah memang 'wangi' amat.. Dah complaint dan panggil DOE semua pun still tak ada action apa2.

Dia cerita dalam masa terdekat ni dah 4 orang jiran dia meninggal sebab kanser. 2 orang kanser hati, seorang kanser payudara dan seorang kanser otak. Innalilahiwainnalillahirrojioun. Dari Allah kita datang kepadanya kita kembali..


Susah nak directly relate atau terus menyalahkan kilang getah tu kan sebenarnya. Surely no proven evidence. Nak lawan kat court pun mesti susah amat. Lebih-lebih lagi kita turut percaya qada dan qadar malah penyakit juga salah satu asbab penghapus dosa bagi yang bersabar.

Tapi adalah amat sukar juga untuk tak menyalahkan pencemaran dari kilang tu sebab yang meninggal semua hanya berselang-selang jaraknya dari rumah ke rumah. Sekarang colleague saya pun risau dengan kemaslahatan family dia. Who wont?

Banyak sangat benda yang kita boleh kupas sebenarnya daripada kisah ini. Isu pencemaran, isu compliance to the law, isu serombong asap kilang, isu rasuah mungkin, isu ketamakan, banyak lah senang cerita. I need to do proper study lah kalau nak tulis artikel kan. Luckily this is only my humble blog..

Come to think of it kilang may not be the only reason lah kan.. sekarang kanser pun dah macam jadi penyakit yang common. It's good to be prepared with a good medical insurance you know.. Please lah go find one for you n your family, dearest children especially. Kalau sekarang ni environment kita teruk, God knows lah how bad it will be during our children,grandchildren generation nanti. Nauzubillah..

You all ada pengalaman macam ni tak? Rumah dekat dengan kilang ke? Jiran atau saudara terdekat kena kanser ke.. Can share with me. Sorry kalau topik ini membosankan anda. But it is actually sangat sangat dekat dengan kita. We are so part of the environment. For better and for worse.. Moga Allah lindungi kita semua amin..

p/s: Teringat cerita Erin Brockovich..

Isnin, 9 Mac 2015

SAYA PILIH UNTUK JAUHI STRESS

Salam Isnin semua=)

Jemput baca artikel ini on how to reduce daily stress: Productive Muslim

Pagi ini saya ada every reason untuk jadi stress.
Sudah bangun awal, kejutkan anak suruh mandi semua tak mau bangun.
Dah siap lambat, ada yang minta nak breakfast makan nasi.
Masuk je higway jem teruk sepanjang jalan, sampai ofis lewat sejam.
Sampai ofis bos panggil masuk untuk appraisal, which dia precisely cakap saya tak akan naik pangkat sebab masalah selalu datang lewat dan banyak ambik cuti.

Tapi Alhamdulillah saya pilih untuk jauhi stress.
Esok saya kena bangun lebih awal, dan kejutkan budak-budak lebih awal.
Tadi saya sempat pack buah tembikai je untuk Haikal makan dalam kereta, esok bangun lebih awal mungkin boleh breakfast nasi.
Esok keluar lebih awal supaya kalau jalan jem pun saya masih sempat scan.
Saya tak kisah pun kalau tak naik pangkat sebab saya tau saya belum layak.

Kesimpulannya:
Malam ni tidur lebih awal dan esok bangun lebih awal.
In shaa Allah bakal menyelesaikan hampir kesemua masalah saya hehe.
Apa pun, moga istiqomah. Amin.

Jumaat, 6 Mac 2015

Pesta Angin Timur Perlis 2015



Salam Jumaat..
Siapa nak pergi esok JOM!
Info dari kawan kerja MADA yang handle event ini.
Saya nak buat proposal kat Abang Veder ni, taktau lagi lulus ke tak hehehe.



p/s: Jemput join segmen saya. Tamat dalam tempoh 9 hari lagi!!!

Khamis, 5 Mac 2015

KENAPA MELAYU JUAL TANAH?

Milik Siapakah Tanah Itu?

Setiap kali saya lalu suatu tempat yang dulunya perkampungan Melayu, tapi sekarang dah didirikan bangunan perumahan atau lot kedai, saya rasa sayu sangat. Saya rasa ya Allah.. sayangnya lah tanah-tanah ni semua dijual kepada pemaju. Pemilikan tanah berpindah hak milik begitu sahaja. Pemaju buat rumah, jual, dapat keuntungan jutaan ringgit. Si penjual tanah? Entah duduk di mana berbekalkan hasil jualan tanah yang entah boleh bertahan selama mana..

Adalah tidak adil sebenarnya bagi saya nak menghukum tindakan orang yang menjual tanah tu. Saya sendiri pun tidak bertanah. Tidaklah saya tahu sebab-sebab sebenar yang mendorong orang kita menjual tanah mereka. Kerana nak cepat kayakah? Kerana tak ada siapa yang menguruskan tanahkah? Kerana nanti takut waris berebut hartakah? Kerana terdesak nak guna duitkah?Wallahu'alam hanya Allah yang tau. Pasti ada sebab mereka tersendiri dan saya bukanlah siapa-siapa untuk menidakkan tindakan mereka.

Secara peribadi, saya rasa kalaulah saya ada tanah, saya tak akan jual.

Kasut Mereka

Semalam saya bercakap dengan kawan di tempat kerja. Berkenaan perihal pindah rumah, perihal harga rumah semakin mahal dan tidak lagi menjadi mampu milik, lantas terselit juga perihal tanah. Buat pertama kali saya berpeluang 'meletakkan diri dalam kasut mereka' si penjual tanah. Katanya ada saudara dia yang pada asalnya memang bermati-matian tak mau jual tanah mereka. Walaupun setelah beberapa kali dioffer dengan harga yang menawan bermula dari ratusan ribu hingga ke jutaan ringgit. Orang sekeliling semua tergoda dan tanah pun berpindah hak milik. Akhirnya mereka terkepung ditengah-tengah construction. Kebetulan tanah mereka berada di tengah-tengah. Dengan kurang sopannya pemaju membina dinding yang mengepung sekeliling rumah hingga kelemasan. Akhirnya terpaksa lah dijual juga tanahnya sebab tak boleh lagi nak duduk di rumah itu dengan selesa. Terkepung dan panas. Pandangan sekeliling cuma dinding. Dihalau dari tanah sendiri secara halus..

Kasihan kan..

Fokus Pada Pemilikan Harta

Semalam saya baca 1 artikel menarik kat sini berkenaan pemilikan harta. Tak kira harta apa yang kita pilih untuk beli samada emas, saham, rumah atau pun tanah, seharusnya kita lebih fokus pada pemilikan jangka panjang harta tersebut. Bukan sekadar jana keuntungan dengan 'beli murah jual mahal'. A nice thing to ponder about..

Apapun harta dunia bukanlah bersifat kekal. Samada kita akan meninggalkan dia, atau dia yang tinggalkan kita. Di saat sibuk mengumpul harta dunia, jangan dilupa harta akhirat. Wallahualam..

Isnin, 2 Mac 2015

APPRECIATION DAY

Dr. Shikin

Firstly, bebanyak terima kasih kat Dr. Shikin. Doc, hadiah dah sampai TQQQ. Sorry lambat update. So saya dapat hadiah GA sempena birthday beliau kat sini. Pada pandangan saya Dr. Shikin sangat nice dan cool. Di sebalik kesibukan sebagai doktor pun sempat berblog sambil buat hadiah lagi untuk blogger2 dan bergaya juga hehe. So check her blog out okay. Untung-untung boleh dapat free consultation he he he.


Sha

Secondly, thank to blogger Sha yang sudi jumpa saya masa CNY hari tu. Ingat lagi tak teka-teki (konon) saya kat sini hari tu? Hehe. So beliau lah jawapannya. Sha si ibu Fayyadh hehe. Very nice and friendly too. Sekejap je kami jumpa tak sempat nak gossip katanya hehe. Nanti next time kita arrange lagi okay?



Lastly, thank you semua yang selalu berkunjung ke sini. Dan yang join segmen saya  semua, TQ for the support!!! Tak sangka dapat sambutan. Terharu ni. Nanti saya BW pelan-pelan ye. Saya dah keluarkan entry segmen tu dari sticky post. Tapi you all can always click on the banner kat atas untuk dapatkan update terkini, senarai peserta and so on. Senarai pemenang nanti pun in shaa Allah akan diupdate pada entry yang sama je okay. Senang sikit saya nak manage. So stay tuned to the link!! Thanks =))

BETUL KE BAYAR LOAN KERETA LEBIH SETIAP BULAN LEBIH UNTUNG??

Assalamualaikum semua. Salam Isnin=))

Terima kasih pada yang berkunjung sepanjang blog ini tak ber-update. yang join segmen pun TQ sangat. Nanti saya update participant list ye in shaa Allah. Sesiapa belum join tolonglah jenguk kat sini=))

Untung ke bayar loan lebih setiap bulan?

Hari ni saya nak share sikit pasal pembayaran loan kereta. Ada orang kata kalau kita bayar lebih dari jumlah sepatutnya setiap bulan, lebih untung. Betul ke ni?

Jawapan saya, tak semestinya.

Habis bayar lebih cepat? Mungkin ya. Bergantung kepada berapa banyak jumlah yang anda bayar lebih tu lah. Kalau banyak, mungkin nanti beberapa bulan terakhir dah tak perlu bayar.

Lebih untung? Mungkin tak untung sangat. Sebab interest apa semua tu, semua tak jadi kurang pun. Sama je. In the end, jumlah total yang anda perlu bayar sama je dengan kalau anda bayar amount yang sepatutnya setiap bulan. Sebab dia tak akan re-calculate pun.

Silap-silap, duit yang anda bayar lebih tu mungkin dimasukkan kat dalam satu 'baldi', dan tak akan dikira sebagai payment pun. Rujuk kat bawah ni kat Advances Payment Bucket tu. Dia akan duduk je diam-diam kat situ.


Pendapat saya, daripada bayar lebih dan simpan duit dalam 'baldi', baiklah jumlah lebih yang anda nak bayar tu pergi letak kat Tabung Haji, atau topap saving kat PruBSN. Ada juga untungnya nanti.

Saya nak cepat habis bayar loan.

Yang pasti, cara paling berkesan nak cepat bayar loan kereta dan nak kurangkan interest adalah bayar habis dengan duit seguni. Masa tu baru dia akan adjust tang interest tu. Tapi kalau dah loan tinggal setahun je lagi, tak payahlah. Rugi je sebab interest telah pun anda bayar banyak dah pun. Bayar je loan macam biasa. Duit seguni tu p invest dan sedekah. Ambik insurans/takaful pun bagus.

Tapi, saya memang suka sangat bayar lebih loan setiap bulan.

Boleh je. Takde masalah. Tapi firstly, rujuk balik Sales & Purchase Agreement anda. Ada tak clause yang berkaitan. Or talk to your banker before making any decision okay=))

p/s: Sila betulkan kalau saya salah ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...