Isnin, 2 Mac 2015

BETUL KE BAYAR LOAN KERETA LEBIH SETIAP BULAN LEBIH UNTUNG??

Assalamualaikum semua. Salam Isnin=))

Terima kasih pada yang berkunjung sepanjang blog ini tak ber-update. yang join segmen pun TQ sangat. Nanti saya update participant list ye in shaa Allah. Sesiapa belum join tolonglah jenguk kat sini=))

Untung ke bayar loan lebih setiap bulan?

Hari ni saya nak share sikit pasal pembayaran loan kereta. Ada orang kata kalau kita bayar lebih dari jumlah sepatutnya setiap bulan, lebih untung. Betul ke ni?

Jawapan saya, tak semestinya.

Habis bayar lebih cepat? Mungkin ya. Bergantung kepada berapa banyak jumlah yang anda bayar lebih tu lah. Kalau banyak, mungkin nanti beberapa bulan terakhir dah tak perlu bayar.

Lebih untung? Mungkin tak untung sangat. Sebab interest apa semua tu, semua tak jadi kurang pun. Sama je. In the end, jumlah total yang anda perlu bayar sama je dengan kalau anda bayar amount yang sepatutnya setiap bulan. Sebab dia tak akan re-calculate pun.

Silap-silap, duit yang anda bayar lebih tu mungkin dimasukkan kat dalam satu 'baldi', dan tak akan dikira sebagai payment pun. Rujuk kat bawah ni kat Advances Payment Bucket tu. Dia akan duduk je diam-diam kat situ.


Pendapat saya, daripada bayar lebih dan simpan duit dalam 'baldi', baiklah jumlah lebih yang anda nak bayar tu pergi letak kat Tabung Haji, atau topap saving kat PruBSN. Ada juga untungnya nanti.

Saya nak cepat habis bayar loan.

Yang pasti, cara paling berkesan nak cepat bayar loan kereta dan nak kurangkan interest adalah bayar habis dengan duit seguni. Masa tu baru dia akan adjust tang interest tu. Tapi kalau dah loan tinggal setahun je lagi, tak payahlah. Rugi je sebab interest telah pun anda bayar banyak dah pun. Bayar je loan macam biasa. Duit seguni tu p invest dan sedekah. Ambik insurans/takaful pun bagus.

Tapi, saya memang suka sangat bayar lebih loan setiap bulan.

Boleh je. Takde masalah. Tapi firstly, rujuk balik Sales & Purchase Agreement anda. Ada tak clause yang berkaitan. Or talk to your banker before making any decision okay=))

p/s: Sila betulkan kalau saya salah ye.

16 ulasan:

  1. oh..gitu ek..baru tau ni..husband selalu byr lebih setiap bulan.tak lebih sangat pun,setakat dalam dua tiga puluh gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua tiga puluh pun banyak jugak tu kalau kumpul2 dalam masa setahun..cuba cek dekat statement nanti dia tulis mcm mana,,tak salah juga nak bayar lebih. cuma kita kena taulah kan apa effect/benefit/disadvantage dia=))

      Padam
  2. klu kredit kad standard chated ada benefit kalau kita bayar awal sebulan. dia kurang kan bunga ke percent tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira..kredit kad x sama macam hire purchase loan.
      Kredit kad memang definitely KENA bayar sampai habis atau lebih dari minimum amount..
      Dia orang banyak buat untung dari bunga-bunga tuuuu!!

      Padam
  3. Nak bayar kereta sedepuk tapi belum mampu, tu pun nasib ayah yang yg topup kan sesikit :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi nurul,,TQ for joining the segmen yer=)) takpe,,alhamdulillah ada ayah boleh tolong2 ye..nanti dah senang sikit bolehlah balas sikit jasa ayah tu=)

      Padam
  4. biahaha memang tak pun. haruslah bank pun nak kaut keuntungan..
    kalo parents CT ada budget lebih memang bayar extra.. cepat skit abes loan..
    then jangan delay2 bayar nanti kan ada denda.. amboiii kita kasi lagi duit xtra ehehe..

    BalasPadam
  5. Sya br ni cek2...kereta dah terlebih bayar sebanyak 8ribu lebih...kalau ikutkan 10bln x yah byr...bleh ke kalau kite nk refund blik duit tu...sbb tiap2 bln sy masuk cdm...tp die potong jg saving...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah banyak tu lebih bayar sampai 8 ribu..saya rasa lebih baik Puan cek dengan bank utk lebih info lanjut..

      Padam
  6. sy buat loan 5tahun tapi nak bayar dlm 2tahun.. kira saya rugi ke?

    BalasPadam
  7. Hutang loan 9 tahun. Bayar langsai 5 tahun banyk beza ke z

    BalasPadam
    Balasan
    1. beza 4 tahun bagi saya banyak. apa pun boleh bincang dengan bank.

      Padam
  8. Kalau saya bayar loan keta lbih tiap bulan..contohlh blan ni sya tak byar..lebihan byar tu boleh cover ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bayar lebih tu cukup untuk cover sebulan loan ke? kalau cukup saya rasa ok.

      Padam
    2. loan kete sy lbh kurang rm500..contohnya bulan nie sy bayar lebih rm300..bulan depan tak cukup bajet nak bayar full loan, boleh ke kalau sy bayar rm200 je sebab bulan lepas dah bayar lebih rm300��

      Padam
  9. Saya nak tanya..loan saya berbaki dalam 14.3k..jadi saya merancang untuk bayar 13k?apakah akan ada masalah untuk loan saya tu yg mana akan berbaki lagi 1.3k?

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...