Selasa, 11 November 2014

Pejabat PTPTN penuh sesak!

Tadi teman colleague p PTPTN office kat Seberang Jaya. Masuk je tu da aihhh penuh manusia. Dahlah office tu pun kecik comel je. Kerusi menunggu pun ada 2 baris je kot. Pelbagai bangsa, usia, lelaki, perempuan, kanak-kanak pun ada hehe. Dasat.. Even my colleague pun kata all the while dia datang berususan kat situ tak pernah encounter orang ramai macam tu!

So siapa di sini ada pinjaman dengan PTPTN? Dah mula bayar atau dah habis bayar? Atau tak pernah terfikir pun nak bayar tihihihi. Haipp jangan macam tu tau. Hutang mesti dibayar ye kawan-kawan.

Sebab apa agaknya office PTPTN ni tiba-tiba sesak ye? Anggaran saya mungkin juga ada kaitan dengan ugutan (eh) siapa yang tak bayar, nama akan dimasukkan dalam CCRIS. Boleh baca news berkaitan kat sini. Sesiapa yang belum pernah buat bayaran balik, eloklah at least pergi bertemu muka dia kaunter PTPTN sebelum 31/12/2014 ni untuk berbincang dengan diorang.

Atau pun mungkin juga sesak sebab ramai2 pakat nak rebut peluang menyertai promosi bertukar ke Ujrah. Yakni sistem pinjaman patuh syariah dan kadar upah yang lebih rendah (1%) berbanding konvensional (3%).

Atau pun semua pakat nak p bayar hutang secara lump sum sebab boleh dapat diskaun 20%.

Segalanya mungkin..hihi. Saya tiada pengalaman pinjam PTPTN jadi saya memang tak berapa arif. Tapi yang penting tak kiralah hutang apa sekali pun, mesti bayar, mesti manage betul-betul supaya tak memakan diri. Mesti ambil tahu. Jangan buat sambil lewa, nanti tiba-tiba sampai surat baru terkejut. Atau tiba-tiba tengok interest dah naik mencanak-canak baru buntang biji mata. Macam mana pun ingat those financial institutions are not working base on welfare. Segala benda ada kosnya. Same goes to hutang kredit kad, kereta semua. Even bil elektrik pun kalau lambat bayar ada penalti tau. So better take note dan baca agreement betul-betul ye. Take note juga dekat those T&C yang tulisan kecik-kecik tu hehehe.

Sesiapa yang terasa tak mampu nak bayar hutang-piutang, dah stresss banyak sangat hutang ke atau rasa teraniaya oleh pemiutang ke, talk to the right personnel ok. Cuba cari penyelesaian. Handle it right. Don't simply leave it. Boleh cek laman web AKPK juga..

OK cukuplah setakat ini dulu. Lets take a good care of our debts =)

p/s: Siapa nak buat simpanan pendidikan untuk anak dengan PruBSN can drop me a message. Anak 20 minggu dalam perut pun dah boleh start saving for education tau.


16 ulasan:

  1. hehe..sy lh tu slh sorg.bru tukar ujrah..insyaAllah niat utk byr tu mmg ada.

    BalasPadam
  2. sy dgn Mara...Alhamdulillah...balance lg 4k...fuh..fuh..fuh... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sikit lagi tu Zai..berusalah! saya doakan Zai dapat habis bayar cecepat yer

      Padam
  3. Moga urusan mereka dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  4. saya tak dpt surat lagi. hhe. kerja pun xdpt lagi.

    BalasPadam
  5. Salam Scha..
    semoga cepat2 dapat kerja ye. lepas tu boleh bayar hutang=)

    BalasPadam
  6. CT tak ambil PTPTN syukur gak.. sebab ada tengok kawan sengsara sket nak bayar. pinjam dahla banyak. CT alhamdulillah jadi scholar lepas tu. pulun study sebab tanak bayar hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. CT,
      Yes it's actually could be a big burden kan? Belum start kerja dah menanggung hutang. Tapi kalau tak hutang macam mana nak belajar. Tak belajar macam mana nak kerja ye dak.

      Alhamdulillah congrats utk CT..student yang bijak ni!

      Padam
  7. Waahhh..bestnya boleh dapat diskaun 20%.
    Saya pinjam 7 ribu je.
    Dah habis bayar.
    Lepas tu dapat JPA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nazeck banyak jugak kan 20% tu..tapi mesti ada fulusnya lah hihi..
      Congrats to you. Alhamdulillah rezeki kan..

      Padam
  8. Alhamdulilah saya tak terikat dengan PTPTN kalau tidak confirm semak samun jugak kepala huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kan..rezeki Kira kat situ..macam saya walopun takde hutang PTPTN tapi now dah stat hutang kereta n rumah pula hihu

      Padam
  9. saya pun ambik ptptn, tapi sebab tak kerja lagi, nak bayar camna.

    BalasPadam
  10. ana slh sorang peminjam PTPTN. tp ana byr via online banking je la. hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...