Khamis, 27 November 2014

Isteri dan Suzuki Cup 2014

Salam semua=)

Apa khabar hari ni? Saya Alhamdulillah getting better dengan simptom selsema masih berbaki. Small matter lah tu..

So you all minat dengan bola? Saya bolehlaa, kalau husband bukak channel bola saya layankan aje. Tips rumah tangga bahagia giteww. Cuba faham apa yang pasangan kita minat. Jangan sesekali perlekehkan minat dia sekalipun kita tak minat. I have a friend who is very supportive dengan minat husband dia terhadap bola dan terhadap segala jersey bola. Sama-sama stay up tengok game. Dia boleh sort out satu wardrobe untuk husband letak jersey saja. Walawwehh.. Kalau husband tak sayang lagi taktau la nih haha.



Saya pun ada satu masa tu minat juga bola. Siap join budak2 lelaki main Fantasy Football lagi. Haha takde kerja betul. Masa study dulu selalu join the boys main futsal. Siap ada perlawanan futsal antara Uni dekat Jepun dulu. Saya menang tau siap masukkan 2 gol lagi. Hehehe. Tapi saya sorang je josei (perempuan) yang terlebih semangat masa tu. Orang lain main malu-malu jer ihiks..

So sedikit sebanyak saya fahamlah kalau Abg Veder tak mau keluar rumah kalau ada hari yang ada game tu. Redho je lah haha. Bukan selalu pun. Ataupun kalau kat kampung, takmau balik rumah mama time ada game sebab mama tak subscribe sports channel. Okay ni tipu je. Dia balik juga dan tengok game kat phone guna Astro On The Go. Heheh.

Kesimpulannya mesti ada toleransi lah senang antara suami isteri. Suami cuba faham minat isteri, and vice versa lah. Baru adil dan saksama kan. Anyway husband saya pun selalu support je apa yang saya buat. Walaupun dia ada kata saya ni involve banyak sangat benda sampai tak fokus. Heheh. Betul tu. Saya sokong. So saya kena lebih fokus yer sekarang hihi.

So Suzuki Cup tahun ni saya pun tak perasan bila dia start haha. Tapi adalah join tengok sesikit game Malaysia main. So far the result, Malaysia seri dengan Myanmar 0-0, semalam kita kalah dengan Thailand 2-3. Next game lawan Singapore hari Sabtu ni 29/11.. So isteri take note yer kalau suami kaki bola, mungkin anda tidak akan kemana-mana hari Sabtu ni. Ataupun suami anda mungkin meninggalkan anda kat rumah untuk tengok bola kat kedai mamak. Hehehe.

p/s: Suami pun janganlah over sangat kalau boleh. Kalau lebih sangat kita nak support pon payah. Nak lepuk berdosa pulak. Hehe. Bersederhanalah dalam setiap perkara=)


9 ulasan:

  1. kan betoi. dah kawen kena support apa yang suami atau isteri suka asalkan tak melampaui batas hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupss kena faham dan beralah bila masa memerlukan hehe

      Padam
  2. -________- dh lama x tgk tv.xtau ada bola ka x...hik3

    suami pon x suka tgk tv...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus orang yg tak tgk TV ni Zai, sure masa terisi dengan baik. Arwah abah saya dulu pun xsuka tgk TV

      Padam
  3. Wowww..siap main Fantasy Football tu! tu dah kira hebat la for a girl....:)
    Saya dah lama tak main FF tu...last main zaman U dulu...
    Suzuki Cup kali ni...hmmmm..Malaysia mmg takde harapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun main masa kat U dulu juga DZ..saja suka2 tapi malas nak stay up tengok game. last2 player yg saya pilih semua hampagas..saya boleh main PS2 Winning Eleven jugak tau. Kalau main dengan budak laki yg x terer main, saya boleh menang mudah! hahahha

      Padam
  4. Kitorang sama-sama x minat bola.
    Tengok macam-macam tu aje..

    BalasPadam
  5. bolaaa memang bolayan hahaha

    BalasPadam
  6. ana pon layan bola bila abah pulun odk layan. maklumla -- hasben takdak lagi hehhe

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...