Jumaat, 30 Jun 2017

Jaga Pemakanan di Bulan Syawal

Assalamualaikum semua.

Macam mana dengan raya? Balik kampung ke semua? Harapnya semua baik-baik sahaja dan sentiasa di bawah rahmatnya. Pada yang memandu balik ke kampung atau pun kembali ke rumah masing-masing, pandulah dengan cermat jiwa selamat. Semoga selamat pergi dan pulang hendaknya. Pada yang dah mula bekerja, kita serupa hehe. Bekerjalah dengan seikhlas hati. 

Saya pula beraya di Ipoh sahaja. Setakat ni adalah pergu beraya rumah saudara-mara. Tapi rasanya agak kurang meriah dari tahun-tahun yang sebelumnya. Mak saya pula kurang sihat. Rumah saya sendiri pun belum jemput orang datang beraya lagi hehe.

Bercakap tentang raya, tak sah kalau tak masuk bab makan kan hehe. Jemputan raya dan rumah terbuka sana-sini. Pasti ramai yang mengambil peluang mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara sambil makan, makan dan makan. I am guilty as charged! Tapi sukalah saya nak ingatkan, pemakanan yang seimbang dan kesihatan masih perlu dan amat penting untuk dijaga lebih-lebih lagi di bulan Syawal ni.

Follow my IG

Tips Pemakanan dan Kesihatan Semasa Musim Perayaan

  1. Minum banyak air kosong. Bangun bagi terus minum air kosong dulu. Dekat rumah paling sendiri senang nak kawal. Cuma bila pergi rumah orang selalunya tuan rumah hidang air manis. Pastikan bawa spare ais kosong untuk diminum selepas itu. Pergi beraya lebih-lebih lagi tengahari cuaca sangat panas sekarang, jadi amat penting minum air kosong untuk elakkan dehidrasi.
  2. Cuba makan banyak buah-buahan dan segala yang berunsur sayur di rumah. Musim raya selalunya orang cenderung menghidang makanan yang fokusnya daging dan daging, jadi kat rumah kita kena balance kan balik.
  3. Bila pergi rumah terbuka lazimnya tuan rumah hidang banyak jenis menu. Sebagai seorang manusia biasa yang excited tengok makanan, memang kita nak rasa semua benda. Saya pun sama hehe. Cubalah ambil dalam jumlah yang sedikit untuk setiap makanan. Elakkan terlampau kenyang. Sebab lepas tu, kita nak pergi beraya rumah lain pula kan? Kena makan lagi nanti hehe.
  4. Bila pergi rumah terbuka saudara-mara dekat, ringan-ringankanlah tulang tolong apa yang patut. Takdalah pergi makan lepas tu duduk menyembang semata-mata. Cari jalan untuk banyakkan pergerakan hehe.
  5. Bersenam. Saya tahu ini yang paling susah sekali nak buat. Waktu biasa pun susah, apatah lagi musim raya kan. Tapi cubalah. InshaAllah tak rugi pun. Sehari dapat bersenam yang ringan-ringan dalam 10 ke 15 minit pun ok dah. Boleh download apps untuk bersenam, macam-macam ada kat Apps dan Google store. Saya guna apps NikeTraining. 
Cukup dulu buat setakat ini. Sangat penting jaga kesihatan ya. Sebab sihat adalah satu nikmat, kita amat takut ia ditarik dan tak dikembalikan lagi pada kita. Dalam masa yang sama, boleh membantu kita lebih cantik juga dari segi penampilan hehe. Walaubagaimanapun sebagai persediaan dari segi kewangan, eloklah kita mencarum takaful. Tak nak apply medical card pun tak apa, sekurang-kurangnya ambil perlindungan sakit kritikal. Bila disahkan sakit kritikal, PruBSN bagi pampasan RM 50,000 (contohnya) untuk cover pelbagai perbelanjaan sewaktu sakit.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua=))

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Jumaat, 16 Jun 2017

Pentingnya Gaya Hidup Sihat

Salam semua,

Ramadhan dah lebih dari separuh dan semakin hampir meninggalkan kita. Sekejap je masa berlalu kan. Sikit sangat amalan yang dibuat rasanya. Apa pun harapnya semua jangan berputus asa dan teruskan beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Peringatan buat diri sendiri ni terutamanya.

Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang sedang saya usahakan. Kalau anda follow IG saya, mungkin anda pun tahu. Saya buat senaman mengikut saranan aplikasi NikeTraining+, durasi pelan selama 6 minggu, saya mula pada awal bulan 6 hari tu. So far Alhamdulillah so good, walaupun ada behind schedule sikit. 

Image result for nike training apps

Progress update, saya rasa badan dah ringan sikit. Baju pun macam ada longgar sikit. Saya tak timbang pun berapa berat badan saya, sebab mengurangkan berat badan bukanlah matlamat utama saya. Saya punya target adalah untuk menjadi lebih sihat, kuat dan fit. Manalah tau tiba-tiba dipanggil untuk berperang, saya pun boleh turun padang sekali. Hehe. 

Image result for nike training apps

Sebenarnya, orang yang sangat dekat dengan saya sekarang sedang menjalani rawatan penyakit kanser. Kanser di kesan sejak 3 bulan lepas, dan minggu lepas Alhamdulillah berjaya dibedah. Tapi ia tidak habis setakat ini sahaja. Rawatan susulan dan follow up bakal menyusul kerana dikhuatiri sel kanser semakin merebak ke tempat lain. 

Macam satu tamparan buat saya. Saya yang selama ni beria-ia mengajak orang buat caruman takaful, medical card, insurans, pampasan penyakit kritikal lah, saya sendiri kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Secara tak langsung saya tersedar dari lamunan. Jadi sekarang saya cuba bersenam ikut jadual yang ditetapkan, dan berusaha untuk mengambil makanan yang lebih sihat dengan jumlah yang sederhana. 

Jadi 2 point penting yang saya nak ingatkan pada semua. Yang pertama, jagalah kesihatan. Tolonglah jaga pemakanan. Elakkanlah ambil suplemen-suplemen yang diragui kandungannya. Makan yang lebih sihat. Kurangkan makanan segera. Bersenam selalu.

Yang kedua, siapkanlah diri dengan pelan takaful kesihatan yang baik. Kita memang tak minta untuk sakit, tapi kita tak tau. Sakit tetap datang. Sekurang-kurangnya masa sakit datang, kita tak perlu fikir banyak tentang kos rawatan. Kita boleh fokus untuk rawatan dan proses penyembuhan.

Sekian saja dari saya. Kalau nak join bersenam, boleh download apps NikeTraining+, ada untuk Apple dan Android. Kalau dah install, bolehlah add saya sebagai kawan nanti ye. Saya akan cuba update perkembangan dari masa ke semasa. Okay, thanks for reading!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 5 Jun 2017

MATI ITU PASTI

Assalamualaikum,

Pertama sekali, setinggi-tinggi takziah saya ucapkan buat keluarga sahabat saya di STF yang bernama Dalina. Beliau baru sahaja meninggalkan kita pada jam 3 pagi tadi di Hospital Selayang. Beliau rupanya sudah lama bertarung dengan penyakit SLE, tanpa kami sedari. Beliau juga merupakan adik kepada blogger Daddy Ziyad

Pada usia 33 tahun, beliau pergi menghadap Ilahi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Sungguhlah ajal maut, jodoh pertemuan semua ketentuan dariNya. Seterusnya mengingatkan saya bahawa akhiratlah matlamat utama kita.

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (QS. Muhammad 36)

Astaghfirullahal'azim.. betapa lalainya saya selama ini. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Semoga pengakhiran yang baik jadik milik kita semua. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...