Ahad, 25 September 2016

1 Hari Jelajah Ipoh

Salam semua,

Siapa kat sini orang Ipoh, angkat tangan sikit? Dah habis jalan-jalan Ipoh dah? Selalunya orang yang duduk dekat tempat tu yang tak pernah jalan-jalan kat tempat dia sendiri kan. Atas alasan alah dekat je, kalau nak pergi nanti bila-bila masa boleh pergi. Sudahnya sampai ke sudah tak pergi kan? Hehe.

Samalah macam kami haha. Minggu yang Raya Haji tu kan cuti sekolah seminggu. Abang Haikal hari-hari mengingatkan kami, cuti sekolah cikgu suruh pergi jalan-jalan. 'Bawak mak abah pergi jalan-jalan' katanya. Terima kasihlah cikgu tolong ingatkan -__-; Atas pelbagai kekangan, weekend yang terakhir tu baru kitorang kelam kabut demi menunaikan hajat anak nan seorang ni nak berjalan.

Jadi kat sini sedikit perkongsian dari saya, kot ada yang datang jalan-jalan kat Ipoh nanti. Maaflah ada setengah gambar memang tak cantik sebab kamera tak berapa sihat.

1. Stesen Keretapi Ipoh

Kami keluar dah tengah hari masa ni. Pergi stesen keretapi sebab nak beli tiket keretapi ke KL sebenarnya. Tiket pulak dah habis. Alang-alang dah sampai, ambik gambar je lah sikit. Tak boleh lama-lama sebab panas sangat. 

Kami pun dah lama tak pergi sana. Dulu ada jugak pergi main bubble tapi malam lah. Dulu bila malam memang meriah dekat sini. Macam-macam ada orang berniaga bagi sewa roller blade, scooter, kereta control, basikal dan macam-macam lagi lah. Sediakan duit je barang segenggam dua hehe. Tapi sekarang dah tak ada tau. Depa pindah pi Padang Polo.

Tengok dataran depan stesen tu cantik dia buat hiasan taman. Tak pasti sempena apa. Bertentang dengan stesen keretapi tu Dewan Bandaraya Ipoh, pun cantik bangunan dia. Tepi Dewan pula Masjid Negeri Perak. Cantik! Kawasan ni memang sesuai lah buat tempat untuk photoshoot. Banyak bangunan menarik.

Belakang Dewan Bandaraya pulak dah siap Medan Selera Dato' Sagor yang baru. Mula beroperasi selepas raya haritu katanya. Tapi saya belum pernah pergi lagi yang baru siap renovate ni. Siapa yang nak mencari telur goyang yang famous tu bolehlah pergi cari kat sini ye.

Depan Stesen Keretapi Ipoh. Bangunan yang kelihatan kat belakang tu Dewan Bandaraya Ipoh.

Seronok sangat budak-budak ni berlari tengah panas.

'Dah dah cepat masuk kereta, demam nanti', kata seorang Abah.

2. Taman Kanak-Kanak (TKK)

Dari stesen keretapi kami pergi makan kat Taman Kanak-Kanak. Saya ni tak reti sangat nak bagitau tempat-tempat ni kat mana ke jalan apa. Sesat memanjang haha. Korang google map je ye. Tapi semua tempat yang saya pergi ni dekat-dekat je kaedahnya. Tapi dia dekat Gerbang Malam Ipoh tu tau. (Gerbang Malam sekarang dipindahkan buat sementara waktu ke tempat yang lain)

Kami makan biasa-biasa je nasi goreng, mi goreng macam tu je. Tak ada yang special sebab memang tengah lapar haha. Tapi orang kata ada cendol yang sedap kat sini. Itu saya kena interview kat Abang Veder balik mana satu kedainya.

Cuma sekitarnya cantik juga dan ada tempat budak-budak bermain, err sesuai dengan namanya Taman Kanak-Kanak lah. Hehe. Walaupun selalu kami pergi tak nampak sangat kanak-kanak pun haha.

Setelah kenyang.


Abang Haris yang sibuk nak pergi main dekat playground tengah panas hangat -_-;

3. Taman Rekreasi Gunung Lang

Lepas tu kitorang bergegas ke Gunung Lang pulak. Pertama kali jejak kaki ke sini. Rupanya dekat je. Area nak masuk highway Jelapang je. Pemandangan sangat cantik. Memang cantik. Kalaulah ada camera yang lebih bagus, mesti lagi best ambik gambar.

Saya ingatkan Gunung Lang memang tempat untuk panjat gunung haha. Rupanya ada tasik yang dikelilingi gunung je.

Taktau Hadi tu buat gaya apa.

Hadi -_-;

Ada bot juga tau.
 Ada bot juga yang bawak orang ke seberang. Seberang sana tu pun menarik juga. Katanya ada pondok-pondok cantik. Kalau pergi pagi-pagi kurang sikit panas bestlah untuk berkelah kot. Naik bot seorang dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50. Tapi kami tak naik pun sebab ramai sangat orang. Agaknya sebab hari terakhir cuti sekolah, semua pakat rushing nak bawak anak berjalan macam kami gak -__-;

Lagipun Abang Veder esoknya pagi-pagi nak ke KL, abang Haikal pulak sibuk nak minum air. Jadi tak mampulah kami nak beratur untuk naik bot. 

4. Rojak N Cendol Padang Ipoh

Tadi dah memang berpanas tahap 7 petala langit, kami meneruskan perjalan mencari sesuatu yang sejuk di tempat yang sejuk. Terus kami zass ke Padang Ipoh mencari setitis air (ewah!). Berpatah balik ke area DBI.

Kami cuma order ABC dan air je tak makan pun. Kata percutian paling jimat kan haha. Tapi rojak dia dulu kami pernah dahlah makan. Pada saya not bad lah rasanya. Saya bukanlah peminat rojak. Tapi Abang Veder memang suka makan kat sini



Mural art yang cantik kan. Bangunan sebelah sana tu ada gambar
pakcik minum kopi tapi saya tak ambiklah gambarnya.

Budak-budak yang sentiasa bertenaga. Mama dengan Abah macam nak pengsan dah.

ABC Special



 5. Padang Polo

Okay Padang Polo ni sebenarnya kami pergi Sabtu malam sebelum jalan-jalan yang kat atas semua ni. Tapi okay jer kalau korang larat dan nak round sampai ke malam terus.

Seperti yang saya cerita kat atas, kemeriahan malam yang dulu ada kat stesen keretapi sekarang dah pindah ke sini. Saya rasa lebih baik lah berbanding kat stesen keretapi dulu. Sebab kawasan sini lebih luas, so kurang sikit crowdednya. Lebih selamat sikitlah. Kalau tak dulu nak jalan pun macam takut kena langgar dengan basikal ke skuter ke. Dan yang penting dia ada playground, jadi budak-budak boleh dibusykan dengan main taman, tak perlu nak sewa mainan banyak-banyak hehe. 

Kalau korang nak datang jogging dan work out pun boleh je. Dekat situ pun ada food court, lepas jogging bolehlah topap apa yang patut haha. Lepas main, kami terus balik sebab pehnattttt..


Main bubble yang lebih selamat dan ekonomikal hehe.


Deretan belakang sanun adalah food court. Banyak kedai makan dia. 
Okaylah setakat ni saja. Mehlah jalan-jalan kat Ipoh ye.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Sabtu, 24 September 2016

Cara Mudah Meninggalkan Harta Pusaka Untuk Isteri (PruBSN Takaful)

Salam semua.
Hari ni saya nak cerita simple je tentang hibah secara takaful. Apa itu hibah? Sebelum tu kita bagi briefing sikit saja tentang cara pengurusan harta bagi seorang muslim yang telah meninggal dunia.

Secara asasnya ada 3 cara pengurusan harta peninggalan:

  1. Wasiat - 30% daripada harta allahyarham/ah boleh diwasiatkan kepada sesiapa yang dihajatinya selepas beliau meninggal dunia. (Ada lagi requirement lain dalam wasiat)
  2. Faraid - pembahagian harta pusaka mengukut hukum faraid dalam Islam kepada waris-waris yang berhak.
  3. Hibah - Pemberian sebagai hadiah kepada waris.
Dalam borang permohonan untuk apply polis takaful PruBSN, ada 2 pilihan samaada Wasi atau Hibah. Beza dia, contoh kalau kita letak nama isteri sebagai penama manfaat kematian (pampasan) dan pilih Wasi, isteri perlu bawa duit tu kepada Amanah Raya untuk dibahagikan secara faraid.

Kalau kita pilih Hibah atas nama isteri, duit manfaat kematian 100% jadi hak milik isteri dan tak perlu difaraidkan. Dengan ini, isteri dapat gunakan duit untuk kegunaan keperluan harian dengan lebih cepat sebab tak perlu lalui proses faraid yang agak ambil masa. Penama ni juga boleh buat lebih dari seorang, dan boleh pilih nak beri berapa peratus setiap orang.

Okaylah itu saja. Harapnya boleh faham dan membantu dalam proses permohonan takaful you all nanti. Have a happy weekend everyone!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 21 September 2016

Langkah Mudah Ganti Kad ATM Maybank Melalui Maybank2U

Salam semua..

Anda semua dah ganti kad ATM yang baru ke? Masa yang viral kena tukar kad sebelum 31 Julai tu ada juga saya pergi kaunter Maybank nak tukar, tapi masa tu waktu solat Jumaat jadi staff Maybank kata lepas Jumaat baru boleh tukar. Tak jadilah saya tukar sebab nak kena masuk kerja balik. Orang pun ramai nampaknya.

Kenapa kena tukar kad baru sebenarnya? Berikut saya copy paste dari adarain.com. Terima kasih ye.



Dengan penggantian kad baru akan memudahkan pengguna untuk melakukan aktitviti jual beli serta meningkatkan keselamatan.
Penggunaan tandatangan untuk transaksi pembelian akan dihentikan apabila semua Kad kepada Kad PIN. Ini adalah salah satu inisiatif yang meluas untuk meningkatkan keselamatan kad anda yang berkaitan urus niaga tanpa kebenaran, melancong dan aktiviti penipuan.
Kad ini diaktifkan dengan ciri sentuh iaitu Visa payWave, MasterCard® dan MyDebit. Anda boleh ‘wave’ atau sentuh pada pembaca kad tanpa sentuhan macam Touch N GO. PIN tidak diperlukan jika transaksi di bawah RM250, manakala transaksi di atas RM250 nombor PIN diperlukan.
Jika anda belum tukar lagi kerana kekangan waktu atau apa jua alasan, jangan risau! Bagi pemegang kad Maybank kini anda boleh tukar kad dengan hanya memohon dari laman web Maybank2u.


Langkah 1: Log in ke akaun Maybank2u anda, tekan butang Replace your Maybank Debit Card via M2U seperti di atas.

Langkah 2: Tekan butang Replace Card.

Langkah 3: Masukkan alamat anda ingin kad baru anda dihantar, tekan butang Continue.

Langkah 4: Dah siap! Kad baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja.

Ok sekian. Mudah kan? Tak perlu lagi menunggu lama di kaunter bank. Jimat masa dan tenaga. Terima kasih kerana membaca blog saya.

*Update 2/11/16: Kad ATM baru saya dah sampai yeay.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 15 September 2016

Jalan-jalan Jepun Sekitar 2011

Salam semua.

Kami sangatlah bercita-cita untuk pergi ke Jepun bawa anak-anak jalan kat sana. Abang Haikal pun sibuk nak balik tempat lahir dia katanya -_-; Doakanlah kami berjaya sampai sana ye. In shaa Allah 2018, Japan here we come!!

Sebagai teaser, ini gambar-gambar di Jepun sekitar tahun 2011. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi semua dalam hard disc lama. Entah bila nak dapat ilham untuk dapatkan balik semua gambar sepanjang 8 tahun kami kat sana. 

Gambar ni di Tokyo Disneyland. Saya pregnant 5 bulan kot masa ni.


Gambar ni pulak di Nagano. Kami ramai-ramai konvoi pergi main ski.
Tapi sebab masa tu saya pregnant, jadi tak dapatlah nak main. 
Temankan abang Haikal je lah.

Gambar ni pula dekat mana yerr lupa lah haha. Sekitar Saitama ni je rasanya. Cantik kan 'sakura rumput'?

Gambar ni di Odaiba. Tepi pantai ni. Tempat ni apa walk entah nama dia ala-ala Europe sikit.

Ini pula masa pergi Tohoku cari momiji. Best cantik sangat tempat dia.


That's all for now. Ada masa saya share lagi hehe.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful

siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 13 September 2016

Salam Aidil Adha 2016

Salam semua=))

Macam mana raya semua? Saya dan keluarga Alhamdulillah. We had a blessed and wonderful raya with families and in laws. Selamat Hari Raya Aidil Adha semua ya.

Saya kembali bekerja hari ni. Pada yang masih sambung beraya, berhati-hati makan kambing dan daging. Berhati-hati juga di jalan raya. Pada yang balik kampung, watch our for your kids ya. Raya raya juga, keselamatan mesti jaga tau.

Sorry got to go now. Belanja gambar budak bertiga ni dulu ya.





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Sabtu, 10 September 2016

Tak Suka Sarapan? AWAS Risiko Serangan Jantung Lebih Tinggi!

Salam semua=))

Sarapan apa anda hari ini? Nasi lemak? Roti canai? Mi goreng? Atau Western style? Tak kira apa jua pilihan menu sarapan anda, adalah lebih baik jika kita makan sarapan yang sihat kan. Sarapan yang sihat seharusnya mengandungi 3 daripada 4 kumpulan makanan di bawah:

  1. Sayuran & Buah-buahan
  2. Bijirin
  3. Protein
  4. Produk tenusu
Apa macam? Sihat ke sarapan kita selama ni? Favourite sarapan saya of course, nasi lemak. Selalunya kalau saya makan nasi lemak di kantin saya akan minta timun banyak-banyak, dengan tambah telur mata sebiji. So bolehlah kira sihat kan? (Kena abaikan kandungan santan dalam kes ini haha). Produk tenusu tu mungkin susah sikitlah nak jumpa pagi-pagi kan. I seriously need to work more on it. Marilah kita semua makan yang sihat ye jom jom.


Ataupun anda seorang yang tak suka makan sarapan? Selalu juga saya jumpa orang yang katanya tak lalu nak makan sarapan sebab tak biasa makan. Awas bagi orang sejenis ini. Anda mungkin sedang membebankan jantung anda! 

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Heart Association (AHA) journal Circulation- July 22, 2013 mengatakan orang yang tidak mengambil sarapan mempunyai risiko serangan jantung atau kematian akibat penyakit koronari sebanyak 27% lebih tinggi berbanding dengan mereka yang makan sarapan.

Sebab apa? Sebab bila kita tak makan sarapan, kandungan gula dalam darah akan jadi rendah. Lepas tu otot kita akan berpecah untuk menghasilkan tenaga untuk kita melakukan kerja mahupun bergerak. Dan jantung juga adalah otot. Jantung akan jadi lebih terbeban bila terpaksa mengepam darah dengan lebih laju untuk mengalirkan oksigen ke seluruh badan. Lama kelamaan sakitlah jantung kita. Kita juga boleh kena stroke kalau selalu skip sarapan. Tak nak kan?

Kesimpulannya, marilah kita semua bersarapan ya. Dan amalkan menu sarapan yang sihat okay. Nanti saya kongsikan cara untuk periksa tahap kesihatan jantung pulak okay. Thanks for reading!



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 7 September 2016

PARALIMPIK RIO 2016 Bermula Hari Ini!



Sumber gambar dari twitter Team Malaysia.

Semoga berjaya buat semua atlet paralimpik yang mewakili Malaysia. We are proud of you!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 1 September 2016

Merdeka dan Zika?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam Merdeka semua. Bagaimana dengan sambutan hari kemerdekaan tahun ni? Sambutkah atau menikmati detik-detik cuti yang berharga di rumah hehe? Alhamdulillah kami sekeluarga sambut hari kemerdekaan dengan menyertai hari sukan tabika Kemas Zon Pengkalan yang berlangsung di Kuarters TUDM. Hari yang istimewa untuk Abang Haris. Walaupun ada adegan tangis menangis mula-mula tu, tapi Alhamdulillah semua berakhir dengan baik.

Zika!

Habis tajuk merdeka. Tak nak ulas lanjut lagi. Sebab ada yang lebih memeranjatkan iaitu virus Zika yang nampaknya semakin dan sangat dekat dengan kita! Dah sampai Malaysia pun. Allahu..


Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

Boleh dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

Langkah-langkah pencegahan
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM;

1. Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.

2. Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.

3. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr.Noor Hisham bin Abdullah berkata KKM akan terus mempertingkatkan pemantauan kejadian jangkitan virus Zika di Malaysia.

Malah, agar orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.

Sumber: Laman web Astro Awani



Maha Suci Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, betapa lemahnya kita sebagai hamba. Dengan sekecil-kecil nyamuk kita boleh tumpas begitu sahaja. Sungguh setiap kejadian, Allah nak kita sedar akan kekuasaanNya. Wallahu'alam. Apa pun, take care semua. Jaga diri baik-baik ya.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...