Hari ni saya nak cerita simple je tentang hibah secara takaful. Apa itu hibah? Sebelum tu kita bagi briefing sikit saja tentang cara pengurusan harta bagi seorang muslim yang telah meninggal dunia.
Secara asasnya ada 3 cara pengurusan harta peninggalan:
- Wasiat - 30% daripada harta allahyarham/ah boleh diwasiatkan kepada sesiapa yang dihajatinya selepas beliau meninggal dunia. (Ada lagi requirement lain dalam wasiat)
- Faraid - pembahagian harta pusaka mengukut hukum faraid dalam Islam kepada waris-waris yang berhak.
- Hibah - Pemberian sebagai hadiah kepada waris.
Dalam borang permohonan untuk apply polis takaful PruBSN, ada 2 pilihan samaada Wasi atau Hibah. Beza dia, contoh kalau kita letak nama isteri sebagai penama manfaat kematian (pampasan) dan pilih Wasi, isteri perlu bawa duit tu kepada Amanah Raya untuk dibahagikan secara faraid.
Kalau kita pilih Hibah atas nama isteri, duit manfaat kematian 100% jadi hak milik isteri dan tak perlu difaraidkan. Dengan ini, isteri dapat gunakan duit untuk kegunaan keperluan harian dengan lebih cepat sebab tak perlu lalui proses faraid yang agak ambil masa. Penama ni juga boleh buat lebih dari seorang, dan boleh pilih nak beri berapa peratus setiap orang.
Okaylah itu saja. Harapnya boleh faham dan membantu dalam proses permohonan takaful you all nanti. Have a happy weekend everyone!
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
nice entry... tq for information.. :)
BalasPadamTq sharibg CikSiti
BalasPadamTq sharibg CikSiti
BalasPadam