Salam semua..
Anda semua dah ganti kad ATM yang baru ke? Masa yang viral kena tukar kad sebelum 31 Julai tu ada juga saya pergi kaunter Maybank nak tukar, tapi masa tu waktu solat Jumaat jadi staff Maybank kata lepas Jumaat baru boleh tukar. Tak jadilah saya tukar sebab nak kena masuk kerja balik. Orang pun ramai nampaknya.
Kenapa kena tukar kad baru sebenarnya? Berikut saya copy paste dari adarain.com. Terima kasih ye.
Dengan penggantian kad baru akan memudahkan pengguna untuk melakukan aktitviti jual beli serta meningkatkan keselamatan.Penggunaan tandatangan untuk transaksi pembelian akan dihentikan apabila semua Kad kepada Kad PIN. Ini adalah salah satu inisiatif yang meluas untuk meningkatkan keselamatan kad anda yang berkaitan urus niaga tanpa kebenaran, melancong dan aktiviti penipuan.Kad ini diaktifkan dengan ciri sentuh iaitu Visa payWave, MasterCard® dan MyDebit. Anda boleh ‘wave’ atau sentuh pada pembaca kad tanpa sentuhan macam Touch N GO. PIN tidak diperlukan jika transaksi di bawah RM250, manakala transaksi di atas RM250 nombor PIN diperlukan.
Jika anda belum tukar lagi kerana kekangan waktu atau apa jua alasan, jangan risau! Bagi pemegang kad Maybank kini anda boleh tukar kad dengan hanya memohon dari laman web Maybank2u.
Langkah 1: Log in ke akaun Maybank2u anda, tekan butang Replace your Maybank Debit Card via M2U seperti di atas. |
Langkah 2: Tekan butang Replace Card. |
Langkah 3: Masukkan alamat anda ingin kad baru anda dihantar, tekan butang Continue. |
Langkah 4: Dah siap! Kad baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja. |
Ok sekian. Mudah kan? Tak perlu lagi menunggu lama di kaunter bank. Jimat masa dan tenaga. Terima kasih kerana membaca blog saya.
*Update 2/11/16: Kad ATM baru saya dah sampai yeay.
*Update 2/11/16: Kad ATM baru saya dah sampai yeay.
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
pttla aritu try beli tiket wyg xpyh buh pin,rupanya bwh rm 250 tak perlu.
BalasPadambahaya gak sbb sesiapa leh curi kad dan guna. haaa
husna xdak akaun maybank.. kad cimb tak tukaq lg.. huhuhu..
BalasPadam