Sarapan apa anda hari ini? Nasi lemak? Roti canai? Mi goreng? Atau Western style? Tak kira apa jua pilihan menu sarapan anda, adalah lebih baik jika kita makan sarapan yang sihat kan. Sarapan yang sihat seharusnya mengandungi 3 daripada 4 kumpulan makanan di bawah:
- Sayuran & Buah-buahan
- Bijirin
- Protein
- Produk tenusu
Apa macam? Sihat ke sarapan kita selama ni? Favourite sarapan saya of course, nasi lemak. Selalunya kalau saya makan nasi lemak di kantin saya akan minta timun banyak-banyak, dengan tambah telur mata sebiji. So bolehlah kira sihat kan? (Kena abaikan kandungan santan dalam kes ini haha). Produk tenusu tu mungkin susah sikitlah nak jumpa pagi-pagi kan. I seriously need to work more on it. Marilah kita semua makan yang sihat ye jom jom.
Ataupun anda seorang yang tak suka makan sarapan? Selalu juga saya jumpa orang yang katanya tak lalu nak makan sarapan sebab tak biasa makan. Awas bagi orang sejenis ini. Anda mungkin sedang membebankan jantung anda!
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Heart Association (AHA) journal Circulation- July 22, 2013 mengatakan orang yang tidak mengambil sarapan mempunyai risiko serangan jantung atau kematian akibat penyakit koronari sebanyak 27% lebih tinggi berbanding dengan mereka yang makan sarapan.
Sebab apa? Sebab bila kita tak makan sarapan, kandungan gula dalam darah akan jadi rendah. Lepas tu otot kita akan berpecah untuk menghasilkan tenaga untuk kita melakukan kerja mahupun bergerak. Dan jantung juga adalah otot. Jantung akan jadi lebih terbeban bila terpaksa mengepam darah dengan lebih laju untuk mengalirkan oksigen ke seluruh badan. Lama kelamaan sakitlah jantung kita. Kita juga boleh kena stroke kalau selalu skip sarapan. Tak nak kan?
Kesimpulannya, marilah kita semua bersarapan ya. Dan amalkan menu sarapan yang sihat okay. Nanti saya kongsikan cara untuk periksa tahap kesihatan jantung pulak okay. Thanks for reading!
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Dulu Zumal selalu skip sarapan tp setelah dinasihatkan Zumal ambil sarapan n skip lunch. Hehehe ^-^
BalasPadamx eok jugak main skip2 ni.. sebenarnya skip meal x akan menjadikan kita kurus.. yg penting makan dengan sihat ikut waktu walaupun sedikit. makan sedikit tapi banyak kali (bukan tambah 2-3 pinggan yer, tapi selang beberapa jam, dalam sehari 5-6 kali) x apa, asalkan jangan makan banyak tapi jarang2. sbb bila kita skip makan, nnti bila next meal konfom makan banyak. tu yg problem.
Padamlagi satu bila skip makan, kita akan rasa lapar yg lebih. bila lapar, kadar metabolisma dalam badan akan menurun bagi nk conserve energy. dan bila metabolisma rendah, susah nk bakar lemak berlebihan n turunkan berat badan..
jangan terlalu lapar n jangan makan sampai terlalu kenyang. cukup2 sekadar memadai.. baru metabolisma tinggi n dapat bakar banyak lemak.. heheh
eh, terpanjang pulak, again.. hahaha..
untuk maklumat lanjut, mohon rujuk pakar dietition.. saya farmasi je.. x bertauliah nk cakap pasal pemakanan ni.. hehehe
bagus bagus tq pha is!
PadamKena sarapan, walaupun secawan air dan sekeping roti
BalasPadamKena sarapan, walaupun secawan air dan sekeping roti
BalasPadamsaya ni x boleh kalau x srpn.. xboleh tinggal.. tpi bila sarapan, memang selalu makan mee segera(x sihat)
BalasPadamkalau x pun kentang goreng, nasi goreng,roti dll
x elok jugak kalau makan x sihat.. hehe..
Padamnice share.. pergh.. ambik rujukan dari AHA tu.. hahhaha
BalasPadamkihkih hasil dari training Prudential hari tu
Padam