Ahad, 6 Mei 2018

TIPS AJAR ANAK BERBELANJA



Assalamualaikum semua.

Sedar tak sedar kita dah pun masuk bulan 5 tahun 2018. Pantas masa berlalu kan. Entry blog nak dapat sebulan satu pun susah. Apa nak jadi ni Cik Siti? Okay abaikan.

Hari ni saya nak share tentang tips ajar anak-anak berbelanja. Saya pun bukanlah pandai sangat bidang kewangan mahupun parenting. Sekadar kongsi pengalaman. Kepada sesiapa yang tak mengenali diri saya, saya ibu kepada 3 orang anak lelaki. Anak saya umur 9, 7 dan 5 tahun. Setakat ini lah ye hehe. 

Mak-mak (dan ayah) di luar sana pernah tak alami situasi anak mengamuk berguling-guling kat kedai minta dibelikan barang? Atau nampak anak orang lain yang menangis kat kaunter kedai, lebih-lebih lagi kedai mainan? Atau dengar mak-mak marah anak yang tak habis-habis nak beli gula-gula? Saya rasa ini situasi yang biasa kita nampak. Atau orang putih kata common gitu.


Saya Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi anak-anak saya mengamuk kat kedai sebab tak dibelikan barang yang diorang nak. Jadi tak ada masalah lah kalau bawa anak-anak pergi kedai dengan poket yang limited pun he he he.. Apa cara yang saya gunakan untuk meminimumkan drama dalam kehidupan bersama anak-anak ni?

Teruskan membaca tips ajar anak-anak berbelanja (atau tidak berbelanja haha) di bawah.
1. SET MINDA ANAK-ANAK. Biasanya sebelum masuk ke kedai, saya akan pastikan saya terangkan siap-siap tujuan datang ke kedai, apa barang yang nak dibeli. Jika cuma nak beli groceries, cakap pada mereka cuma nak beli barang sekian sekian, selain dari itu kita tak akan beli. Minta tolong anak-anak tolong cari sama-sama barang yang nak dibeli to keep them occupied. Mereka akan rasa lebih seronok dan dapat belajar kenal nama-nama barang.
2.   BERI PENERANGAN. Mungkin cara di atas sukar berkesan lagi-lagi kalau kita baru nak practice. Anak-anak masih belum faham, itu biasa. Kita cuba terangkan dengan sabar, dan kena bari mereka masa. Terangkan kenapa tak boleh beli. Selalu saya cakap je duit yang mama bawa cuma cukup untuk beli barang sekian-sekian. Tapi kalau tiba-tiba nanti anak tanya kuat-kuat mama cukup duit ke tak sampai satu kedai boleh dengar, bertabahlah he he he. 
3.     BERI PELUANG PILIH DAN BAYAR SENDIRI. Jika hari tu adalah memang hari berbelanja untuk anak-anak, saya biarkan mereka pilih barang sendiri. Tentulah dah set limitation siap-siap berapa barang seorang boleh beli dan direct ke arah range harga yang saya nak he he. Tapi pastikan anda punya banyak masa untuk menunggu diorang shopping. Mau seharian kena tunggu kat kedai tu haha. Cuma ingat, ini adalah proses pembelajaran, dan sabarlah menunggu hihi.
4.     PERCAYA. Percaya pada anak-anak. Sekali sekala minta mereka tolong belikan barang. You will be surprise how much responsible they are ready for. Ia akan membantu anak-anak menjadi lebih berani, bertanggungjawab dan amanah. Dan mintalah bantuan padaNya dalam mendidik anak kerana Dialah sebaik-baik penolong dan penjaga.


Semoga bermanfaat!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 29 Mac 2018

Kes Buli di Kalangan Kanak-kanak Sekolah

Salam semua,

Saya pagi-pagi ni dah rasa panas hati. Kesnya duit anak saya sering diambil oleh kawan dia di sekolah. Duit yang saya bagi untuk beli baju sukan pula tu. Herm. Sekarang saya masih memikirkan cara yang terbaik untuk tackle masalah ni. Saya ingat petang ni nak pergi ke sekolah anak untuk menyiasat. 


Mengingatkan kembali zaman saya bersekolah rendah dulu. Di sekolah saya memang ada budak kembar yang suka sangat membuli. Selalunya dia baling batu, kacau, selak skirt dan macam-macam lagi. Memang saya trauma sangat dengan budak-budak tu masa tu. Bila beritahu tahu cikgu, cikgu buat tak tau saja. Bila beritahu nenek (masa tu saya tinggal dengan nenek), nenek saya cuma kata kalau dia pukul pergilah pukul dia balik. Buat apa balik menangis kat rumah T_T Arwah nenek memang ganas orangnya hehe.

Bagi saya kes buli kita kena tengok dari segala aspek. Tak boleh juga nak salahkan pembuli semata-mata. Dalam masa yang sama, kena didik anak supaya tak terlibat dalam aktiviti membuli. Perlu juga ajar anak dengan survival skill untuk elak daripada dibuli. Ibu bapa memang kena mainkan peranan yang penting. Cuba dengar cerita anak-anak supaya kita dapat kesan dengan cepat sebarang perubahan emosi pada anak. Saya pun masih banyak kena belajar dan memperbaiki diri sebagai ibu.

Kawan-kawan kat sini ada pengalaman dengan kes buli?





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 7 Mac 2018

Panduan Takaful



  1. Insurans atau Takaful hari ini bukan lagi satu kemewahan. Malah sudah jadi keperluan bagi setiap rakyat Malaysia yang berkemampuan.
  2. Namun tidak dinafikan juga di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat bagi sesetengah orang insurans bukanlah menjadi keutamaan.
  3. Banyak faktor yang menentukan seseorang memilih untuk mencarum Takaful ataupun tidak. Antaranya adalah tahap kewangan dan tahap kesedaran, boleh jadi juga tahap kesihatan dan usia seseorang itu.
  4. Sebagai contoh seseorang yang bergaji tinggi dengan komitmen yang rendah tapi tetap tidak mencarum Takaful kerana baginya Takaful tidak penting.
  5. Ada juga orang yang mempunyai kewangan yang kukuh tahap kesedaran yang tinggi tapi tidak dapat mencarum kerana sudah pun menghidap sakit kritikal.
  6. Malah ada juga yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk membolehkan mencarum Takaful tapi masih lagi tidak mula mencarum kerana sikap suka bertangguh. Ini yang paling bahaya.
  7. Nasihat saya, jika sekali sudah terdetik untuk mencarum Takaful bergegaslah mendapatkan penasihat Takaful untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut.
  8. Ada juga yang bertangguh kerana terlalu banyak membuat perbandingan antara quotation dari semua pengendali Takaful yang ada.
  9. Nasihat saya, dapatkanlah penerangan daripada ejen Takaful yang anda percaya dan anda selesa. Yang paling penting anda faham apa yang anda bayar.
  10. Manfaat sebenar Takaful  adalah untuk menyediakan peace of mind dari segi kewangan, andai kata anda ditimpa musibah seperti kemalangan, sakit kritikal mahu pun kematian pra matang orang tersayang.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Ahad, 18 Februari 2018

14 Tahun Berlalu - Jejak Jepun



Salam semua.


14 tahun yang lalu pada tarikh hari ini, merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki di Jepun. Itulah kali pertama saya ke luar negara, kali pertama naik kapal terbang. Perasaan bercampur baur. Nervous ada, exited ada, takut ada, sedih nak tinggal family ada. Tapi rasa yang paling besar adalah rasa lega. Selepas pelbagai cabaran lulus gagal exam, bertemankan air mata, tengah malam call mama di kampung sebab nervous takut tak dapat fly.. Akhirnya dapat juga saya ke Jepun! Alhamdulillah syukur sangat yang tak terhingga. 14 tahun berlalu, pada hari ini, saya masih lagi berkelana, mencari ilmu di bumi Allah yang luas ini.



Point saya di sini adalah, jangan give up. Jangan pernah mengalah andai gagal. Jangan pula berhenti berusaha walau sudah dapat capai setangkuk tangga kejayaan. Perjuangan perlu diteruskan. Walau apa pun bidang kita. Wa'ima isteri yang bekerja sebagai manager di rumah sepenuh masa. Saya percaya setiap kita yang ada di muka bumi ini, ada role dan matlamat masing-masing yang eventually akan memberi keseimbangan kepada alam ini.

Sebenarnya saya nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman di Jepun yang ada. Memandangkan saya sekarang update guna phone, di atas highway yang jammed teruk, tangan pun dah lenguh. Mungkin lain kali ya. Doakan saya terus rajin update blog. Hehe.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini:)

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Rabu, 3 Januari 2018

2018

Salam semua,

Selamat tahun baru. Sekejap masa berlalu kan. Macam mana dengan tahun baru you all semua? Mesti ramai yang masih sibuk kan. Dengan anak-anak masuk sekolah, lalulintas pun mula lah sesak hehe..

Anak-anak saya Alhamdulillah tahun ni darjah 3, darjah 1 dan tadika 5 tahun. So far okay semua. Sebab dah ada abang sebagai contoh. Semua bagi kerjasama yang baik-baik.

Saya berharap tahun ni saya boleh jadi lebih baik sebagai seorang isteri, ibu, anak, kakak dan segala macam 'role' yang dipinjamkan kepada saya ini. InshaAllah kalau diizinkan tahun ni teringin kembali aktif berblogging seperti dulu.

Okay, setakat ini dulu untuk kali ni. Bagi sesiapa yang berminat nak tau info takaful, boleh contact saya bila-bila masa okay.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...