Khamis, 9 April 2015

BERSALIN ESOK

Salam semua=))

Eherm eherm. Siapa yang bersalin esok ni? Bukan saya tau. Biras saya yakni isteri kepada abang suami saya. Tadi terserempak kat nursery anak. Ye anak kami pergi nursery yang sama hehe. Dia dah pun on the way ke hospital. Esok mungkin kena induce sebab dia ada high blood pressure sikit. Wah wahhhhh excited nye sayaaaaaaa. Tak semena-mena saya memegang perut yang (tak berapa) kempis ni hehehe.

Saya doakan urusan mereka dipermudahkan amin. Semoga selamat semuanya sampai melahirkan. Yes bersalin memang sakit. Apa cara sekalipun memang sakit. Tapi sakit yang berbaloi hihi. Terasa macam nak share pengalaman bersalin saya dulu-dulu pula. Tapi kena tunggu ilham datang dulu lah. Sekarang banyak kerja sikit tak bestlah nak menulis entry yang panjang-panjang.

Jadi minggu ni, tak jadilah balik kampung. Standby kat Penang in case kakak dan abang ipar perlukan apa-apa bantuan. Lagipun bolehlah tengok baby baru nanti! Hihihi.

Dengan ini saya turut mendoakan ibu-ibu mengandung di luar sana, semoga selamat semuanya. In shaa Allah.. Proses kehamilan, bersalin, berpantang semuanya adalah pengalaman yang berharga. Yang membantu mengajar kita menjadi lebih kuat, tabah, sabar, mengharap dan bertawakkal pada Allah. In shaa Allah..

p/s: Sayang ibu bawa ke syurga..

Rabu, 8 April 2015

BAHAYA SUPPLEMENT BERLEBIHAN?

Salam..

Saya baru baca artikel Dr. Zubaidi tentang kesan pengambilan Vitamin C berlebihan dekat blog beliau. Sebenarnya kalau kita makan buah oren besar sebiji atau dua sehari, sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin seharian badan kita. Kalau bagi adult ideally kita ambik 65-90 mg sehari, maximum 2000 mg sehari.

Macam mana pulak kalau terlebih ambik? Apa kesannya? Antaranya cirit-birit, loya, muntah, insomnia, batu karang dan lain-lain boleh refer artikel tadi. Wah bahaya juga effect terlebih ambik vitamin C ni kan.

Tapi kalau kita amalkan pengambilan vitamin C melalui supplement memanglah kena monitor juga berapa intake kita ambik. Kawan saya yang dietitian kata, nak ambil supplement boleh, tapi make sure minum air masak banyak-banyak supaya kita boleh buang yang belebihan tu melalui perkumuhan. So what's the point ambik banyak2 pastu buang pula? Kan membazir tu he he he.

Bagi saya pula being moderate lebih bagus. Berserdehanalah. Bak kata kawan saya, air masak pun kalau dah diambik secara berlebihan sangat pun boleh jadi mudarat. Sebab tu Rasulullah pun menyarankan kita supaya bersederhana.

Saya pula as of now tak ambil Vitamin C atau apa-apa supplemen. Saya cuba makan buah dan sayur banyak hari-hari. Minum fresh milk. Makan kurma dan kismis. Kadang-kadang culas juga hehe. But I rather enjoy the foods sebab saya memang suka makan semua tu. Ikan pun suka.

Mereka yang ambil supplement pun tak salah juga. Pilihan di tangan anda kan. Apa yang penting? Kerjasama! Eh.. Sederhana. Sungguh Allah tidak suka pada mereka yang melampaui batas. Wallahualam..

Selasa, 7 April 2015

TASBIH SYUKUR

Salam semua=))
Semua pasti tahu kan cara nak dapatkan hati yang tenang, sabar dan syukur adalah sentiasa berzikir pada Allah. Atau dengan kata lainnya sentiasa ingat pada Allah. Zikir bukan setakat di bibir tapi sebolehnya dihayati dalam hati. Say it like we really mean it. Dalam hati tu biar betul-betul rasa, biar betul-betul minta apa yang kita doakan. Deep down from the bottom of your heart. Bukankah Allah itu Maha Mendengar, baik apa yang diperkatakan mahupun apa yang disembunyikan?

It's not all about the quantity. It's about the quality.

Oleh itu kalau sehari kita bertahmid 1000 kali, biarlah seribu kali itu tahmid yang benar-benar disertakan dengan rasa syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Kalau kemampuan kita 100 kali maka, 100 kali lah. Kalau 10 kali, maka 10 kali lah. Asalkan ikhlas dari hati.

Jadi saya discover konsep tasbih syukur ini.. (Sebenarnya baru tersedar) Kalau tasbih tu selama ni kita guna untuk berzikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.. Kita add on sikit. Contohnya sambil kita ucapkan Alhamdulillah yang pertama, terbitkan rasa syukur untuk nafas kita hari ini. Alhamdulillah yang kedua, syukur untuk nikmat sihat kita hari ni. Alhamdulillah yang ketiga, syukur kerana dikurniakan keluarga, anak-anak yang juga sihat hari ni. Begitulah seterusnya. Percayalah sebenarnya berapa ribu kali kita tuturkan Alhamdulillah pun in shaa Allah banyak lagi nikmat yang boleh kita syukuri. Semoga mudah-mudahan dengan ini hati kita lebih tenang dan rasa dicukupkan. Semoga rasa amarah, rasa sedih semua pergi jauh-jauh dari kita. Dan yang penting semoga Allah redha dengan usaha kita yang sedikit ini. Wallahualam..

Maka begitu jugalah sambil kita ucapkan Subhanallah, terbitkan rasa kagum pada  ciptaan Allah, putaran malam dan siang misalnya. Sama juga bila mengungkapkan Allahuakbar, ingatlah tanda-tanda kebesaran Allah..

Amalan ini sebenarnya mudah sangat. Tak perlu sebarang alat, tak perlu tempat yang istimewa, tak perlu adat istiadat. Cuma perlukan hati yang hidup saja. Kenapa saya kata hati? Kerana waima orang yang dijadikan Allah tidak boleh bertutur pun boleh berzikir dalam hati. Orang yang sakit terbaring pun boleh selagi bernafas dan sedar (kalau koma wallahulam, kenalah orang sekeliling yang sama-sama berzikir sebelahnya mungkin). Walaupun hakikatnya mudah, tapi amat berat bagi orang-orang yang tidak mengetahui. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang tak mengetahui itu.
Wallahualam..

p/s: Maafkan saya hanya berkisar topik yang sama semenjak dua menjak ini. Tapi saya rasa seronok dan bahagia dengan meng-explore bab syukur ini. Rasa totally refreshed. Semoga lebih istiqamah hendaknya. Secara serius, jika sekarang masa sihat kita rasa berat nak beramal, bagaimana bila masa kita sakit nanti? Lebih senang atau lebih lebih lagi beratnya? Kalau sekarang kita rasa sibuk dan tak ada masa..bagaimana nanti bila kita betul-betul kehabisan waktu?

p/s/s: Maafkan saya masih lagi belum pos hadiah-hadiah untuk segmen tempoh hari. Masih dalam proses. In shaa Allah saya pos pakai pos laju ye. Banyak yang tak dapat saya perbuat ni. Banyak nak kena reform and perbaiki diri ini.. in shaa Allah..

Khamis, 2 April 2015

SUKARNYA SABAR. SUSAHNYA SYUKUR.

Alangkah indahnya.
Andai sabar sentiada di dada.
Andai syukur memenuhi jiwa.
Setiap masa.
Tak kira waktu dan ketika.
Saat susah mahupun senang.
Saat kaya mahupun miskin.
Saat sihat mahupun sakit.
Saat lapang mahupun sibuk.
Ya Allah tunjukkankanlah jalanMu.
Kurniakan aku keyakinan yang teguh atas setiap janjiMu.
Kurniakan aku rasa berharap dan berserah hanya padaMu.
Benar.
Bukan hidup kaya raya yang aku impikan.
Sungguh aku hanya mahu hidup dengan tenang.
Bertemankan sabar dan syukur.
Namun.
Sukarnya sabar.
Susahnya syukur.
Hanya Allah yang mampu memudahkan.
Allah, dekatkan aku denganMu.
Dekatkan aku denganMu.
Dekatkan aku denganMu.
Astagfirullah.
Sebagai langkah pertamaku.
Sempurnakan solatku.
Sempurnakan solatku.
Sempurnakan solatku.
Moga sabar dan syukur milikku.
Amin.

Rabu, 1 April 2015

BAYAR TAKAFUL GUNA PLUG N PAY

Di zaman moden yang serba-serbinya canggih ini, macam-macam kemudahan dah ada ye. Kalau nak tau sekarang ni nak apply takaful pun boleh guna iPad atau tablet je tau. Sign je atas screen. And the latest, even can pay directly guna card dengan hanya swipe dekat device Plug n Pay ni. Canggih ke tak canggih PruBSN ni hehe. Sungguh memudahkan kerja-kerja client dan juga ejen.
Yes we are expanding really fast. Sebab tu kami nombor 1 hehehe. Sesiapa yang tengah berfikir-fikir nak buat takaful/insurance/medical card tu bolehlah consider PruBSN dalam list anda. Best takaful provider in sha Allah=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...