Memaparkan catatan dengan label tv series. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tv series. Papar semua catatan

Isnin, 30 Oktober 2017

Kenapa Bukan Doktor?

Salam semua=))

Masa kecik, apa cita-cita awak? Pasti sekali ada yang pernah bercita-cita nak jadi polis kan? Bila sebut je cita-cita, saya rasa yang paling banyak di sebut mesti doktor kan? Doktor, pilot, engineer, cikgu, polis, askar, bomba. Saya rasa masa kecik dulu saya nak jadi juruterbang askar. Taktaulah pengaruh cerita apa. Tapi bila dah besar sikit saya ubah kepada engineer. Walaupun masa tu tak tau pun engineer tu kerja dia buat apa. Tapi dengar sebut engineer pun macam dah cool kan hehe.

Saya tak pernah pula rasa nak jadi doktor. Tak tau lah kenapa. Nak kata takut darah, tak juga. Takut doktor pun tak juga. Memang dari kecik tak minat. Tapi saya ingat dulu, saya memang nak belajar di Jepun. Sebab pengaruh cerita Oshin haha. Jepun nampak cantik sangat dalam TV. Ada sakura, ada salji. Tapi lepas SPM masa dapat tawaran temuduga biasiswa ke luar negara, saya pilih Medic di UK sebagai pilihan pertama. Kedua Engineering di Jepun. Sebab apa? Sebab result SPM ok, Biology dapat A1 jadi, entah terasa macam expectation kebanyakan orang suruh saya pilih doktor. But guess what, mungkin rezeki saya kuat untuk ke Jepun. Saya dapat ke Jepun bawah tajaan MARA. Saya rasa mungkin antara sebab saya tak dapat UK, saya tak speaking English langsung masa interview. Dan saya tukar pilihan negara semasa interview tu. And I am glad I did it. Haha.


Doktor bagi saya satu pekerjaan yang sangat sangat mulia. Dan penuh tekanan. Haha.. Pengaruh tengok cerita Grey's Anatomy. Seorang doktor juga sangat berpengaruh dalam masyarakat, sejak dulu lagi kan.

Apa pun, sudah tertulis saya bukan seorang doktor. Saya cuma engineer biasa, kerja di kilang biasa dengan pendapatan yang biasa biasa. Tapi saya juga boleh tolong orang berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang sebaik mungkin.

Sorry this writing didn't come out the way I planned. I lost track. Anyway, take care people!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Khamis, 27 Oktober 2016

Tips Rumah Tangga - Sokong Apa Yang Pasangan Minat


Image result for walking dead

Salam semua...

Eh tajuk kata tips rumah tangga, apasal tiba-tiba keluar gambar cerita zombie? Hehe.. Buat sesiapa yang mengikuti cerita bersiri Walking Dead, season baru dah mula dah ye, dah habis 1 episod.

Okay, baru masuk tajuk sekarang. Saya pada mulanya tak minat tengok cerita ni. Macam ganas je. Lepas tu bukannya benar pun zombie zombie semua ni pada saya impossible. Tak real. Saya lebih suka cerita yang berkisarkan kehidupan, yang terjangkau dek akal. Bahkan saya suka tengok cerita dekat Sundane channel, yang pada setengah orang mungkin bosan dan selalu ceritanya tanpa kesudahan yang jelas. 

Tapi disebabkan suami yang suka tengok cerita ni, maka saya pun sikit-sikit follow jugaklah. Tengok sama-sama. Lepas tu excited sama-sama nak tunggu episod minggu depan. Saya tau dia minat, jadi saya sokonglah. Supaya we have some moment in common. Boleh buat sesuatu bersama.

Suami saya pun sama juga. Dulu masa di Jepun, saya yang mula-mula layan cerita House. Lepas tu dia pula teman saya tengok. Kadang tu dia pula terlebih layan sorang-sorang tak tunggu saya. Antara cerita lain that we enjoyed watching together adalah drama bersiri Jepun, My Boss My Hero.

Sebenarnya saya dapat tips ni pun dari kawan sekolah. Dia pun sokong minat suami dia yang suka sangat kumpul jersi bola. Sampai ada satu wardrobe khas untuk jersi saja. Dasyat betul.

So that's it yang saya nak kongsikan. Selagi minat pasangan kita tu bukan sesuatu yang melanggar syarak atau memudaratkan, biarlah dia buat. Jangan asyik nak marah saja. Nanti dia tak happy, kita pun tak happy. Apa pun, toleransi adalah kunci utama kebahagiaan. Sekian, terima kasih kerana membaca=))


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Selasa, 4 Oktober 2016

Gilmore Girls Revival

Salam semua,

How was long weekend? Hope everybody had a blast. Harapan semoga semua dibawah rahmatnya Aminn..


Pagi tadi ternampak tweet kawan, katanya Gilmore Girls ada buat revival episode! Wahhhhhhhh..Apa tu? Tak pernah dengar pun? Ahah! Kalau anda lahir tahun 90-an mungkin, mungkin masa series ni bersiaran dulu anda kecik lagi. 

Saya mula tengok series ni masa form 2 ke form 4, lupa dah. Tapi masa saya kat STF dulu lah. Yang bestnye sebab watak utama dalam cerita ni adalah sama umur dengan saya. Kira macam classmate lah haha. So every season pun memang macam kami membesar bersama-sama gitu.

Saya share background cerita ni sikit je lah ye. Rory adalah anak kepada ibu tunggal, Lorelai. So cerita dia mostly mengisahkan sekitar ibu dan anak ni. Rory sangat nerd, bertentangan dengan mak dia yang lebih gila-gila. Family diorang sebenarnya sangat kaya, tapi Lorelai lari dari rumah sejak umur dia 15 tahun, semasa mengandung ke lepas dah lahirkan Rory. So diorang hidup berdikari lah gitu. Overall cerita mengisarkan relationships dan persekolahan Rory, dan yang penting relationship antara 2 beranak ni. 
Rory, now in her 30s, is hitting somewhat of a personal crisis in the revival. “It’s this idea of, you hit [your 30s], you did everything right—you went to college, you had the good grades, you worked really hard—and yet somehow life isn’t turning out the way you wanted it to turn out,” Sherman-Palladino said. “And because the world is changing [so quickly] I think that’s something a lot of very well educated [30-something] kids are going through. They’re turning around going, ‘I did it. I did the homework. I didthe finals. I did the whole thing. I know the s-t. Why am I not getting where I need to go?”
So me right now??

Gilmore Girls Revival starts 25 Nov. Ada 4 episodes, 90 minutes each. Harapnya ada peluang nak tengok nanti. 


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...