Selasa, 28 Januari 2020

DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM 50%!


Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar Januari 2020 pun sudah hampir ke penghujungnya.

Bagaimana dengan perlaksanaan azam baru anda semua? Sudah mula mengejar target atau belum?

Azam saya tahun ini adalah untuk menumpukan lebih perhatian terhadap kesihatan fizikal, mental dan rohani diri untuk diri sendiri dan anak-anak. InshaAllah.

Bab azam ini inshaAllah saya akan tulis dalam entri yang lain.

Hari ini saya nak kongsikan tentang diskaun saman trafik PDRM yang boleh dibayar secara online sejak 18 Januari 2020 dan akan berakhir pada 1 Febuari 2020.

Tempoh diskaun berbaki beberapa hari saja lagi.

Rebutlah peluang ini untuk membayar saman-saman anda yang tertunggak itu.

Saya sudah. Anda bila lagi hehe. Tunaikanlah kewajipan kita sebagai rakyat yang berhemah sambil berjimat =P

Pembayaran online boleh dibuat melalui MyEG dan Rilek.com.my.

Layarilah laman sesawang mereka dan mendaftar sekiranya anda masih belum mendaftar.

Daftar akaun MyEG di SINI.

Boleh terus semak jumlah saman dan bayar melalui FPX, lebih mudah.

Mudah sangat sangat berbanding bayar secara manual ya kawan-kawan.

Teringat kisah silam semasa membayar saman di kaunter yang dikelolakan oleh PDRM dan MBI Ipoh.

Beratur lebih 5 jam dalam panas terik ya ampun. Tak akan ku ulang lagi.

Jadi tunggu apa lagi. Bayarlah sekarang!


Image result for saman myeg
Sumber gambar : jomurusduit.com


Akhir kata, sepatutnya tanggungjawab kita adalah memandu secara berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan ya kawan-kawan.

Demi keselamatan bersama dan InshaAllah tak akan kena saman!

Semoga bermanfaat!

p/s: Terima kasih PDRM=)


PUBLIC MUTUAL
PRUBSN TAKAFUL
KELAS/ PENTERJEMAHAN BAHASA JEPUN
YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PRODUCTS

Selasa, 7 Januari 2020

IPOH-FUKUOKA TWIN CITIES - PENTERJEMAH BAHASA


Assalamulaikum,

Bersama InvestPerak dan Delegasi dari Fukuoka City Council



FOKUS NYA! 

Sekitar awal Disember 2019 saya dan suami diberi peluang untuk menjadi penterjemah bahasa Jepun-Melayu-Inggeris untuk program Bandaraya Berkembar Ipoh-Fukuoka di bawah anjuran Majlis Bandaraya Ipoh sempena sambutan yang ke-30 program tersebut. Secara keseluruhan, Alhamdulillah satu pengalaman yang baik dan bermakna buat saya. 

Di kesempatan itu dapatlah saya pun masuk dan melihat tempat DUN bersidang, pejabat Yang Di Pertua Dewan dan beberapa tempat di dalam bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Selama ni hanya lalu sahaja. 

Terima kasih kepada MBI kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk turut serta menyumbang dalam menjayakan program tersebut. Kami berharap agar program ini dapat diteruskan dan lebih maju di masa hadapan.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan program tersebut, bolehlah lawati laman sesawang MBI ya. Jika organisasi anda memerlukan khidmat penterjamah, boleh hubungi kami di nombor di bawah.  Sekian dulu=)


PUBLIC MUTUAL/ YOUNG LIVING EO 
PRUBSN TAKAFUL/KELAS BAHASA JEPUN 012-7645998 (HAFIDZ)

Khamis, 2 Januari 2020

SELAMAT TAHUN BARU 2020!


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Diharap semua sihat hendaknya ya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua. Ada sesiapa nampak kereta terbang tak pagi ni? Saya setakat ini belum nampak lagi =P

Anak-anak Alhamdulillah semua dah selamat sampai ke sekolah. Mama belum bangun tidur lagi, diorang semua dah siap pakai baju sekolah. Nampak sangat bosannya cuti sekolah kat rumah ya anak-anak!

Anak saya yang paling bongsu pun dah masuk darjah 1 hari ni. Saya cuma hantar ke sekolah pagi ni dan terus pergi kerja. Minta abang-abang tolong tengokkan adik. InshaAllah saya yakin Hadi okay saja. 

Tahun 2019 bagi saya Alhamdulillah, smooth sailing. Syukur atas segala nikmat, tidak lebih dan tidak kurang. Di harap tahun 2020 lebih bermakna dan lebih diberkati dan lebih mendekatkan kita semua pada jalanNya. Amin!


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...