Salam semua,
Esok anda semua kerja atau cuti ya? Atau sudah siap sedia nak beraya di kampung? =D Alhamdulillah saya kerja. Syukurilah nikmat kerja yang kita ada ya. Jangan malas-malas bekerja. Siapa tau mungkin ramai sebenarnya yang nak sangat bekerja tapi masih belum dikurniakan rezeki pekerjaan yang tetap kan. Jadi kita yang ada kerja ni, cubalah bekerja seikhlas mungkin. InshaAllah besar ganjarannya.
Dalam kita bekerja demi sesuap nasi (ewah) setiap bulan, janganlah lupa untuk menyimpan ya. Syabas jika anda sudah mula menyimpan dengan tetap setiap bulan. Kepada anda yang belum, bolehlah dimulakan dari sekarang ya. Jumlah menyimpan yang disarankan adalah 10% daripada gaji. Jika gaji anda RM3,000, maka simpanlah paling kurang RM300. Ini adalah kaedah pengurusan kewangan yang paling asas ya kawan-kawan.
MENYIMPAN SECARA AUTOMATIK
- Jumlah menyimpan yang disarankan adalah 10% daripada gaji. Jika gaji anda RM3,000, maka simpanlah paling kurang RM300. Tapi jika anda memang tak pernah menyimpan dan komitmen bulanan (hutang/perbelanjaan tetap) sudah pun tinggi, maka bolehlah dimulakan dengan sedikit dahulu. 8% ke 5% ke 3%. Yang penting, simpan demi pengurusan kewangan yang baik.
- Kawal perbelanjaan. Cuba anda kenal pasti perbelanjaan anda setiap bulan. Ada tak yang sebenarnya tak perlu atau boleh dikurangkan? Contohnya kalau anda penggemar kopi Starbucks dan membeli kopi mahal 3 kali seminggu, mungkin boleh dikurangkan kepada sekali seminggu dan digantikan dengan kopi biasa.
- Fikir dulu sebelum beli. Ini masalah orang perempuan ni. Hehe. Memang azalinya bila pergi shopping tu rasa macam eh! itu nak beli ini nak beli! eh! semua nak belilah! Cuba ambil tempoh bertenang. Beri masa pada diri sendiri 24 jam ke 48 jam ke. Selalunya rasa nak beli tu akan berkurang ataupun kita dapat mencapai tahap rasional yang sebenarnya barang tu kita tak perlu pun! Macam saya semenjak dua menjak ni Alhamdulillah dah kurang sangat keinginan nak membeli melainkan bila betul-betul perlu sahaja. Kalau tak kuat iman, ini yang paling sukar dalam pengurusan kewangan ni.
- Jika nak kaedah menyimpan yang paling berkesan adalah dengan cara menyimpan secara automatik! Bagaimana caranya? Paling mudah adalah dengan buat potongan gaji, terus masuk ke Tabung Haji misalnya. Simpan dahulu sebelum berbelanja. Jadi kita akan belanja mengikut baki yang ada setelah menyimpan. Kita pun tak perlu risau terlupa simpan. Inilah kaedah pengurusan kewangan secara automatik!
- Zakat dan sedekah. Dalam rezeki kita kan ada hak orang lain juga. Selain daripada berbelanja, nafkah untuk keluarga dan menyimpan, kenalah bayar zakat dan bersedekah juga. InshaAllah lebih berkat gaji kita. Islam itu kan indah, dah diajar kaedah pengurusan kewangan yang paling baik untuk kita.
Sekian sahaja untuk kali ini ya. Semoga bermanfaat.
012-2961984 (SITI) 012-7645998 (HAFIDZ)
Bagusnya awk. positif :) kalau orang lain tak dapat cuti, memang mengeluh juga lagi. anyway nice tips.
BalasPadamSaya follow sini #227
terima kasih Carly! positif itu lebih baik kan =))
PadamSha pun sedang cuba ajar diri menabung...dari duit syiling.. kepada duit kertas...harap dapat istiqomah
BalasPadamBaguslah Sha. Sikit2 lama2 jadi gunung hihi..
Padamkite mula kurangkan shopping da kak skrang..
BalasPadamnak menabong kaw nak pi jalan lagi =D
Alhamdulillah bagus SYM!
Padam