Isnin, 30 Oktober 2017

Kenapa Bukan Doktor?

Salam semua=))

Masa kecik, apa cita-cita awak? Pasti sekali ada yang pernah bercita-cita nak jadi polis kan? Bila sebut je cita-cita, saya rasa yang paling banyak di sebut mesti doktor kan? Doktor, pilot, engineer, cikgu, polis, askar, bomba. Saya rasa masa kecik dulu saya nak jadi juruterbang askar. Taktaulah pengaruh cerita apa. Tapi bila dah besar sikit saya ubah kepada engineer. Walaupun masa tu tak tau pun engineer tu kerja dia buat apa. Tapi dengar sebut engineer pun macam dah cool kan hehe.

Saya tak pernah pula rasa nak jadi doktor. Tak tau lah kenapa. Nak kata takut darah, tak juga. Takut doktor pun tak juga. Memang dari kecik tak minat. Tapi saya ingat dulu, saya memang nak belajar di Jepun. Sebab pengaruh cerita Oshin haha. Jepun nampak cantik sangat dalam TV. Ada sakura, ada salji. Tapi lepas SPM masa dapat tawaran temuduga biasiswa ke luar negara, saya pilih Medic di UK sebagai pilihan pertama. Kedua Engineering di Jepun. Sebab apa? Sebab result SPM ok, Biology dapat A1 jadi, entah terasa macam expectation kebanyakan orang suruh saya pilih doktor. But guess what, mungkin rezeki saya kuat untuk ke Jepun. Saya dapat ke Jepun bawah tajaan MARA. Saya rasa mungkin antara sebab saya tak dapat UK, saya tak speaking English langsung masa interview. Dan saya tukar pilihan negara semasa interview tu. And I am glad I did it. Haha.


Doktor bagi saya satu pekerjaan yang sangat sangat mulia. Dan penuh tekanan. Haha.. Pengaruh tengok cerita Grey's Anatomy. Seorang doktor juga sangat berpengaruh dalam masyarakat, sejak dulu lagi kan.

Apa pun, sudah tertulis saya bukan seorang doktor. Saya cuma engineer biasa, kerja di kilang biasa dengan pendapatan yang biasa biasa. Tapi saya juga boleh tolong orang berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang sebaik mungkin.

Sorry this writing didn't come out the way I planned. I lost track. Anyway, take care people!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Isnin, 16 Oktober 2017

PENTING PENGETAHUAN FIRST AID

Salam semua,

Anak kedua saya, Haris sangat suka memasak. Dia memang selalu sangat ada dekat dapur, beria nak tolong orang memasak. Usia 6 tahun, dia dah pandai masak nasi. Sebagai mak, memang rasa berbelah bagi nak bagi dia tolong. Atas faktor keselamatan, dan juga selalunya memasak dalam keadaan nak cepat, sebolehnya tak nak lah ada gangguan kan. Tapi dalam masa yang sama, saya nak menyokong minat seorang anak yang suka sangat nak memasak tu. Cita-cita dia nak jadi Master Chef katanya.

Minggu lepas masa tengah nak menggoreng ayam, tangan Haris terkena kuali panas! Adui. Salah saya lah juga kan sebab benarkan dia ada kat dapur masa tu. Cepat-cepat buka air paip, suruh lalukan air yang mengalir kat tempat terkena panas tu. Alhamdulillah takda jadi gelembung. Lepas beberapa hari baru baik.





Dalam adik beradik bertiga tu, memang Haris yang setakat ni paling lasak. Jadi dia yang paling banyak parut sana sini. Kedua-dua belah kening dah berparut. Sebelah jatuh terlanggar bucu katil, sebelah lagi jatuh terkena palang besi dekat playground. Bawah kening dekat mata pun ada parut luka terjatuh juga. Tangan kaki semua ada lah huhu.. Memang lasak dia. lagipun dia bukan jenis yang kuat menangis. Sakit sekejap je lepas tu boleh main memanjat balik macam biasa.

Sebab tu kat rumah saya memang ada satu beg First Aid yang ada barang-barang keperluan rawatan sementara in case of emergency. Simple je begnya kecik je, saya dapat masa menang pertandingan memadam api kat kilang lama. Setakat ni Alhamdulillah memang sangat berguna. Bila travel pun saya pastikan sentiasa bawa beg ni.




Image result for first aid malaysia
Saya pasti ramai antara kita yang mengamalkan petua orang tua-tua untuk merawat sesetengah kes kecemasan di rumah. Tapi hati-hati! Tak semua petua boleh diguna pakai tau. Contohnya jika terkena panas, jangan sesekali letak ubat gigi ke kicap ke apa, bahaya sebab boleh menyebabkan jangkitan kuman lagi. Lebih baik lalukan pada air yang mengalir. Pelbagai tips lagi boleh diperolehi dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang ni. Salah satu nya boleh install apps First Aid Red Crescent seperti dalam gambar di atas tu. Macam-macam info ada dalam tu. Yang penting ibu bapa sedikit sebanyak kena cari ilmu dan ambil tahu, lebih-lebih lagi yang ramai anak macam saya ni hehe. 3 orang kira ramai la kan?



Kemalangan memang boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita jangka. Apa yang boleh kita buat ada bersedia untuk mengurangkan risiko sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tak diingini. Takaful dan medical juga salah satu cara untuk mengurangkan risiko dari segi kewangan. Kos rawatan akan ditanggung jadi kemudahan dan peluang untuk dapatkan rawatan dengan lebih cepat tu lebih cerah. Tuntutan untuk kes kemalangan tak perlukan 'waiting period' tau. Kalau semalam sign up polisi dan lulus, perlindungan kemalangan dah starts right away. 

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Jumaat, 13 Oktober 2017

Tentang Saya

Salam semua..

Hari ni saya rasa nak cerita sedikit sebanyak tentang diri saya. Macam ta'ruf gitu. Maklumlah lama tak update blog kan. Mana-mana yang kenal sikit-sikit tu, bolehlah kita refresh balik sambil merapatkan silaturrahim ewah.

Dari mana saya nak mula ya? Saya buat ringkasan sajalah saya rasa. Saya berasal dari sebuah kampung di Terengganu, dibesarkan di sana sehingga tamat darjah 6. Mula dari tingkatan 1 saya mula berkelana ke Johor Bahru, tinggal di asrama. Tamat sekolah, saya masuk ke Matriks Tangkak sekejap. Alhamdulillah dapat tawaran MARA untuk mengikuti program persediaan ke Jepun di KYPM Bangi selama 2 tahun. 

Tahun 2002, saya berangkat ke Jepun menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia selama 3 tahun. Setelah grad, saya bekerja pula di sebuah syarikat di Jepun juga selama setahun. Selepas tu sambung lagi pelajaran buat Sarjana dalam kursus yang sama.





Dalam tahun pertama Sarjana, saya mendirikan rumahtangga. Kehidupan di Jepun sebagai pelajar, isteri dan ibu. Selepas anak sulung berusia setahun lebih, kami pulang ke tanah air.

Pekerjaan pertama saya di Malaysia adalah sebagai Jurutera teknikal di sebuah kilang di Penang. Tahun yang sama saya mula bekerja, saya mendaftar sebagai ejen insurans di bawah syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful sebagai ejen takaful separuh masa.

Dalam 2 tahun yang lepas, suami saya pula mengikut jejak sebagai ejen takaful sepenuh masa dan kami berhijrah ke Ipoh. Saya pula mula bekerja di sebuah kilang di Batu Gajah, Perak dan dalam masa yang sama masih juga menjalankan bisnes takaful bersama suami.

Kalau diikutkan perjalanan saya yang boleh dikatakan banyak berhijrah ke sana sini, pengalaman tu sedikit sebanyak ada lah juga. Sepanjang  saya memulakan karier, rasanya berpuluh-puluh sesi temuduga saya pernah hadir. Temuduga biasiswa, kemasukan ke universiti, kerja di syarikat Jepun dan Malaysia, temuduga jawatan pensyarah, temuduga kerja part-time dan macam-macam lagi lah. Mungkin lain kali saya boleh share sikit pengalaman yang tak seberapa ni.

Kini saya ibu kepada 3 orang anak lelaki. Kebanyakan masa selain bekerja dihabiskan dengan memasak untuk keluarga dan biasalah jaga perihal keluarga walaupun dengan serba kekurangan hehe. Saya suka macro photography, membaca dan cuba exercise bila ada masa terluang. Membaca tu, erm kalau baca FB kira membaca juga kan hehe. Taklah, saya memang suka baca buku. Tapi tulah, kena baiki lagi pengurusan masa..
Begitulah sedikit sebanyak tentang diri saya. Saya harap entry ini sebagai titik tolak kepada saya ubtuk aktif berblog semula. Harapan saya juga untuk kongsikan pengalaman yang ada dan meningkatkan kesedaran ramai mengenai takaful dan pengurusan kewangan.

Sekian, terima kasih kerana membaca coretan yang tak seberapa ni!



Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...